𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑

4.5K 91 11
                                    


          "Dais pergi mana tadi? Papa cari tak jumpa." Soal Noah sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah Dais yang sedang menonton televisyen.

Dais memandang Noah sekejap sebelum dia menelan air liur. Dia bermain dengan jari kecilnya.

Mata Noah mengecil apabila melihat anak tunggalnya itu seperti sedang gelisah.

"Dais ada nak cakap apa-apa ke?" Soal Noah dengan kening terjongket.

"Ermm papa, kalau Dais tanya, papa jangan bagitahu mama tau!" Dais membisik ke telinga Noah. Noah mengerutkan kening.

"Kenapa tak boleh bagitahu mama? Haaa papa tahu, mesti Dais yang habiskan Salted Caramel Cheesecake mama semalam kan?" Teka Noah dengan jari telunjuk menunding ke arah Dais.

Dais pantas menggelengkan kepala dengan kening berkerut. "Bukan papa ke yang habiskan?" Soal Dais dalam nada berbisik.

"Eh haah lah, papa lupa. Hehe." Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tergeleng-geleng kepala Dais. Bapak siapa ni?

"Dais nak tanya, kalau tingkap keweta mama wetak (retak), mama akan mawah tak?" Bisik Dais.

Noah melepaskan tawa sinis. "Berterus terang aje lah yang Dais baru lepas retakkan tingkap kereta mama kan?" Teka Noah dengan senyuman senget.

"Habis lah Dais...memang tidur luar Dais malam ni." Provoke Noah dengan mata membulat. Sengaja mahu takutkan anaknya.

Dais masih bermain dengan jari kecilnya. Bibir kecilnya digigit tanda dia sedang gelisah.

"Da-dais tak sengaja. Dais nak sepak bola tu wendah je, tapi tiba-tiba tertinggi pula. Lepastu bola terkena tingkap keweta warna hitam. Bukan salah Dais. Salah bola tu lah. Siapa suwuh dia tiba-tiba melantun tinggi." Ujar Dais dengan nada tergagap.

Noah mengerutkan kening sekejap. "Dais cakap apa tadi? Kereta warna hitam?"

Dais hanya menganggukkan kepala.

"Heh...hahh..hehh.." Terangguk-angguk kepala Noah dengan nada tawanya seperti kedengaran perit.

"Kereta hitam tu kereta papa!! Oh my god, Dais!!" Terjegil mata Noah dengan tangannya menepuk-nepuk dada. Oh hatinya seperti dirobek-robek.

"Ups! Sowwy papa!" Dais menekup mulut dengan mata membulat. Terkejut benor.

"Papa tengah mawah ke?" Soal Dais dengan mata terkedip-kedip.

"Hahahah takde lah. Tengih senyum ni, dik. Haa lebar dah ni senyum." Noah menayangkan sengihan hambar.

"Papa jangan mawah sangat, nanti dawah papa tinggi." Bebel Dais.

Noah menggulingkan anak matanya sebelum dia memeluk tubuh.

"Dah lah pelat huruf R. Dais ni ikut perangai siapa erh? Waktu papa kecil-kecil dulu, papa mana ada cakap pelat. Dari umur 3 tahun, papa dah fasih bercakap. Sekarang Dais dah umur 4 tahun, tetapi still pelat."

"Allah yang cipta."

Noah terdiam dengan jawapan Dais. Mata Noah terkebil-kebil memandang Dais sebelum Noah mengalihkan pandangan memandang karpet.

Dais menepuk-nepuk bahu Noah sebelum Dais turun dari sofa. Noah menggemamkan bibirnya dengan anak mata masih memandang karpet.

"Mamaaa! Dais nak susuuuu!" Jerit Dais sambil berlari menuju ke tingkat atas.

୨✿୧

"Dais minum apa tu? Nampak sedap je." Soal Redyan kepada Dais yang berada di dalam telefon. Kini, Redyan dan Dais sedang video call.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now