🅑.🅦 - 25

1.6K 64 1
                                    

              Linda masuk ke dalam kedai yang menjual banyak teddy bear. Linda bukan lah peminat tegar teddy bear. Linda saja mahu tengok teddy bear yang comel-comel.

Di dalam kedai ini, ramai kanak-kanak yang berkunjung ke sini. Mahu tergelak Linda melihat ragam mereka. Ada yang menangis kerana tidak dapat beli teddy bear, ada juga yang mengamuk kerana hanya dapat beli satu aje teddy bear. Biasa lah tu budak-budak, rambang mata melihat benda menarik.

Linda mengambil satu teddy bear beruang. Nampak comel pula teddy bear ni. Mahu saja Linda beli, tetapi kalau beli pun, Linda mahu buat apa dengan teddy bear ni? Linda meletak kembali teddy bear itu di tempatnya.

Linda melihat sekeliling untuk melihat lagi anak patung yang menarik. Apabila anak mata Linda terpandang seorang jejaka yang tidak jauh darinya, Linda terkaku seketika.

"Handsomenya..anak siapa tu?" Linda menyoal sendirian.

"Dia datang sini untuk beli teddy bear untuk siapa? Anak dia ke? Tetapi tengok dia tak macam bapak orang. Mungkin dia beli untuk anak sedara dia. Tak akan lah dia beli untuk dia? Badan macho cenggitu lepastu peminat tegar teddy bear. Erk, nampak comel lah pula. Tetapi tak kena dengan tuan empunya badan." Linda membebel seorang diri. Linda langsung tidak perasan di sebelahnya ada seorang budak sedang terkebil-kebil memandang Linda.

"Mamaaaaa..ada orang gilaaaa..." Budak itu berlari anak menuju ke arah mamanya.

Linda hanya memandang budak itu sekilas sebelum dia memandang kembali ke arah jejaka tinggi lampai itu. Linda menghampiri lelaki itu. Linda bukannya mahu mengorat, tetapi Linda saja mahu bertanya khabar.

"Assalamualaikum." Linda memberi salam.

Redyan yang sedang melihat anak patung, terus berpaling ke arah seorang perempuan. Redyan memandang perempuan itu atas bawah. Cantik.

"Waalaikumussalam." Redyan menjawab salam.

Linda mengukir senyuman. "Awak beli anak patung untuk anak sedara ke?" Linda menyoal.

Redyan merenung Linda dengan matanya mengecil. "Kenapa nak tahu?" Redyan menyoal.

Linda mengangkat bahu. "Saja nak tahu. Tak akan lah awak nak beli anak patung untuk diri awak kan?"

Redyan menjongketkan sebelah keningnya. Minah ni macam sindir aku je.

"Apa kau ingat anak patung ni untuk perempuan je ke? Kau ada nampak ke dekat anak patung ni ada warning, 'Lelaki tidak dibenarkan beli'. Haa ada? Ada?"

Linda mengerutkan keningnya. Kuat membebel rupanya mamat ni.

"Jadi awak beli anak patung ni untuk diri awak lah?" Linda menyoal dengan wajah penuh lagaknya. Redyan memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar.

"Kalau ye?"

Linda memandang Redyan atas bawah lalu Linda melepaskan tawa. Redyan terus memandang sekeliling apabila Linda tiba-tiba mengilai.

"Woy! Kau gila ke? Karang orang ingat aku ni bela saka pula!" Redyan bersuara dengan nada berbisik. Sebelah tangannya mencubit bahu Linda. Linda meraung kesakitan.

PAK!

Linda pula memukul kuat perut Redyan. "Sakit lah! Dah awak buat lawak, saya ketawa lah! Itu pun nak cubit orang. Garang!" Linda bersuara tidak puas hati.

"Mana ada aku garang! Aku cool!" Redyan pula bersuara dengan nada tidak puas hati. Harap je cantik minah ni, tapi mulut berbisa!

"Hek eleh, macho-macho pun bila tidur peluk teddy bear!" Linda mengejek dengan tangan menyilang ke dada.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now