Mereka masuk ke dalam kereta apabila sudah selesai sarapan pagi. Hawa memakai seat belt lalu Hawa mengambil bekas tupperware yang dibawanya tadi. Hawa membuka penutup bekas tupperware itu.Noah yang sedang memandu, memandang ke arah Hawa sekilas. Terbutang mata Noah apabila Hawa sedang mencubik ayam itu lalu Hawa memasukkan ke dalam mulut. Makan lagi?
"Awak lapar lagi ke, Hawa?" Soal Noah. Hawa menggelengkan kepalanya sambil memasukkan lagi secubit ayam ke dalam mulut.
"Saya dah kenyang. Tetapi saya kena habiskan ayam ni." Kata Hawa.
"Kalau dah kenyang, jangan paksa diri tu makan. Nanti muntah, siapa yang susah? Saya jugaaa." Kata Noah dengan nada meleret.
Hawa mengangkat kepala dari menunduk memandang ayam. Hawa memandang ke arah Noah dengan kening dijongket sebelah.
"Ouh, so saya menyusahkan awak lah sekarang ni?" Soal Hawa dengan nada mendatar.
Noah terus berpaling ke arah Hawa dengan kepala digeleng laju. "Eh tak, tak. Bukan tu maksud saya." Noah berkata dengan gelabah. Risau juga kalau Hawa merajuk dengannya.
"Habistu? Ouuhh, dah pandai nak berkira ye sekarang ni?" Lantang Hawa bersuara. Mata dijegil ke arah Noah. Noah tersenyum apabila Hawa menjegilkan mata.
"Apa senyum-senyum?! Awak ingat saya bagi kata-kata romantik ke tadi?" Marah Hawa.
Noah terus menyedut kedua-dua belah dinding pipinya lalu Noah menggelengkan kepala dengan laju. Hawa menggulingkan anak mata lalu Hawa menutup kembali bekas tupperware itu. Tiada mood nak makan.
"Hawa, awak makan lah. Saya bergurau je tadi. Ke awak nak saya suu--"
"Tak! Saya taknak awak suap. Saya tak lapar pun." Hawa bersuara dengan nada mendatar. Noah menganggukkan kepala.
"Takpe, biar saya yang makan ayam tu nanti. Okey, tee rak?" Noah kembali fokus memandu. Hawa hanya diam membisu. Tiada mood mahu berborak.
Noah parking keretanya di hadapan kedai 7E, Noah matikan enjin keretanya. Hawa menoleh memandang Noah.
"Kita nak buat apa dekat sini?" Soal Hawa. Noah mengalih pandangan ke arah Hawa dengan senyuman. "Awak teman saya beli coklat kejap."
"Hah? Nak beli coklat pun kena teman ke?" Ternganga luas mulut Hawa. Noah menganggukkan kepalanya. "Saya risau kalau awak kena culik."
Terjongket kening Hawa apabila Noah berkata begitu. Aku? Kena culik? Dalam kereta? Seumur hidup, aku tak pernah terfikir yang aku akan kena culik di dalam kereta.
"Awak ingat saya ni budak kecil ke? Siapa je nak culik perempuan macam saya ni?" Hawa menyoal sambil menunding jari ke arah dirinya.
"Ssshhh, tak elok melawan cakap orang tua. Jom, teman saya. Nanti awak menangis pula sebab rindukan saya." Noah berkata selamba sambil membuka pintu kereta. Hawa mencebikkan bibir.
"Setakat pergi 7E aje pun. Buat apa pula saya nak rindu?"
Noah merenung Hawa. Hawa terkaku sekejap kerana Noah merenungnya bagai mahu terkam. Hawa menelan air liur gugup.
"Tetapi saya rindu." Noah berkata dengan nada lirih. Hawa hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu cakap apa.
"Yelah, yelah, saya teman." Akhirnya Hawa mengalah juga. Nak aje Hawa cekik leher Noah tu. Tetapi Hawa perlu sabar aje lah dengan perangai Noah. Karang tak fasal-fasal dia terkam aku dekat dalam kereta ni. Haa tak ke naya?
Apabila Hawa sudah keluar dari kereta, Noah memandang ke arah seat tempat Hawa melabuhkan punggung tadi. Berkerut kening Noah apabila melihat ada cecair berwarna merah di atas seat itu.
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...