Redyan menuruni tangga sambil melihat ke arah Noah yang baru masuk ke dalam rumah. Noah menghela nafas berat lalu Noah terus sahaja berlalu ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang sudah kering. Redyan juga turut menuju ke dapur."Kau joging ke tadi?" Soal Redyan dengan anak matanya memandang Noah yang memakai t-shirt berwarna putih serta seluar track. Rambut Noah juga berserabai dibasahi peluh.
Noah meneguk air di dalam gelas dengan rakus sebelum Noah memandang ke arah Redyan. Noah menganggukkan kepalanya. Reaksi wajahnya hanya mendatar. Sekilas tengok, Noah kelihatan tengah sedih pun ada.
"Kau kenapa? Waktu kau joging tadi, kau jatuh tersungkur ke?" Redyan menyoal apabila melihat wajah Noah kelihatan lirih. Noah meneguk lagi air di dalam gelas lalu Noah meletakkan gelas yang sudah kosong itu di atas meja.
Noah melabuhkan punggung di atas kerusi lalu Noah mengambil kotak rokok yang berada di atas meja. Noah mengeluarkan satu batang rokok lalu Noah mengepitkan batang rokok itu di bibirnya.
Redyan hanya memerhati sahaja kelakuan Noah. "Kau kata nak berubah, tetapi hisap rokok ni pun berdosa." Redyan mula memberi ceramah dua saatnya. Noah memandang Redyan sekilas sebelum Noah memejamkan matanya. Noah menyedut rakus asap rokok itu lalu Noah menghembus lembut.
"Kau ingat senang ke nak berhenti merokok?" Noah bersuara selepas dia mengeluarkan batang rokok itu dari mulutnya. Redyan menggelengkan kepalanya tanda tidak mudah untuk berhenti merokok.
"Cuba kau cerita dekat aku. Kau ada masalah apa sampaikan kau balik rumah dengan keadaan muka monyok macam tu?" Redyan menyandarkan tubuhnya di kerusi.
"Hawa benci aku." Noah beritahu Redyan dengan nada lirih. Hatinya berasa sangat sakit apabila Hawa mula menjauhkan diri darinya. Kalau lah Hawa tahu bagaimana perasaan Noah sewaktu Noah terjumpa Hawa di taman tadi.
"Aku rindu dia. Semalam aku tak dapat tidur sebab terlampau rindukan dia. And semalam aku fikir Hawa akan percaya yang aku nak berubah. Tetapi tadi, Hawa kata yang dia tak percayakan aku." Noah bersuara sebak. Air mata yang hampir mahu menitis, terus dikesat kasar.
"Aku tahu semalam kau tak boleh tidur. Aku dengar kau main guitar electric semalam. Lepastu cakap sorang-sorang. Macam orang gila pun ada kau ni." Redyan mengherotkan bibirnya. Itu kali pertama Noah berkelakuan seperti itu. Sekarang baru Redyan tahu, cinta pada seseorang itu sangat menyakitkan.
"Kau nak mengalah macam tu aje ke, Noah?" Redyan menyoal dengan kening dijongket sebelah. Redyan kenal Noah ini macam mana. Kalau Noah mahukan sesuatu, Noah akan berusaha sehingga dapat.
Noah merenung Redyan. Senyuman senget terukir di bibirnya. "Kau fikir aku akan lepaskan Hawa macam tu je?" Noah bersuara dengan nada maskulinnya. Redyan tersenyum lebar dengan kepala terangguk-angguk.
"Macam ni lah baru Noah yang aku kenal! Bukannya meraung macam orang gila! Semalam dengan aku sekali tak boleh tidur, tahu tak?!" Redyan menjegilkan matanya ke arah Noah. Boleh stress Redyan dibuatnya dengan sikap Noah semalam. Mahu aje Redyan keluar dari rumah, semata-mata tidak mahu dengar Noah membebel seorang diri, lepastu meraung macam orang gila. Mungkin hari ini Noah keluar joging sebab mahu tenangkan fikiran.
Noah hanya mengherotkan bibirnya. "Kau belum rasa lagi kehidupan bila jatuh cinta. Kalau kau dah rasa, memang kau pun akan jadi gila! Lebih gila daripada aku."
Redyan melepaskan tawa sinis sesaat. Kepala Redyan tergeleng-geleng seperti perasaan cinta yang dikatakan Noah tadi tidak akan berlaku dalam kehidupannya. Redyan tidak akan jatuh cinta. Cinta itu menyakitkan. Cukup lah Redyan melihat Noah menderita semalam.
"Aku tak akan jatuh cinta dekat manusia." Kata Redyan dengan yakin.
"Kalau kau tak jatuh cinta dekat manusia, kau jatuh cinta dekat makhluk apa? Monyet? Ke jin?"
Redyan menggulingkan anak matanya tanda menyampah dengan soalan Noah itu. "Kau dah kemas baju ke belum? Petang ni kita dah nak flight ke Thailand."
Noah hanya menganggukkan kepalanya tanda sudah siap kemas. Dato' Wafi dan Dato' Sulaiman mahu membangunkan bangunan di negara Thailand. Di bantu oleh Dato'- Dato' yang berada di Thailand.
Noah dan Redyan pun tidak faham lah dengan mereka yang mahu membina bangunan di negara jauh.
"Kenapa lah kau setuju nak bekerjasama dengan dua pakcik tu? Sakit hati aku melayan diorang tu!" Redyan mula mengadu fasal Dato' Sulaiman dan Dato' Wafi.
"Kau ni banyak songeh pula. Kalau macam tu, kau aje lah carikan syarikat yang nak bekerjasama dengan kita. Lagipun itu memang tugas kau sebagai PA aku!"
"Eh eh, aku mula-mula dah suggestkan Dato' Noth! Tetapi kau tolak! Kau kata nak cuba bekerjasama dengan orang luar. Haa sekarang, dengan kita-kita sekali kena berangkat ke Thailand di sebabkan pakcik-pakcik tu plan nak bangunkan bangunan dekat sana. Asal tak plan nak bangunkan bangunan dekat Terengganu ke, Kelantan ke, Kedah ke, Sabah ke, ini dekat Thailand tu juga lah diorang nak plan!" Bebel Redyan dengan matanya terjegil-jegil ke arah Noah. Noah hanya tersenyum senget mendengar Redyan membebel.
"Aku kesian dekat bakal isteri kau nanti." Noah berkata dengan bibirnya dibentuk melengkung seperti sedih. Redyan mengerutkan keningnya tanda tidak faham. Apa kena mengena bakal isteri dengan bebelannya tadi?
"Mesti setiap malam bakal isteri kau kena dengar dulu kau membebel, baru lah dia dapat tidur dengan lena." Noah berkata dengan kepala tergeleng-geleng seperti simpati.
Redyan mengetap giginya tanda geram dengan Noah. Aku membebel pun kena judge ke?
"Hawa tahu tak yang kau akan ke Thailand untuk seminggu?" Redyan menyoal Noah. Kembali ke topik Noah fasal Hawa.
Noah menggelengkan kepalanya. Noah memang tidak memberitahu Hawa tadi. Noah hanya suruh Hawa datang ke syarikatnya aje. Itu pun kalau Hawa rindu Noah.
"Aku suruh dia datang HN's Holding kalau dia rindu aku."
Redyan menekup mulutnya apabila tawanya hampir mahu meletus. Redyan berdehem halus untuk hilangkan rasa kelakar. "Kau cakap macam tu ke dekat dia?" Redyan menyoal lagi.
Noah menganggukkan kepala dengan anak mata merenung Redyan dengan tajam. "Nak ketawa tu ketawa je lah." Noah berkata dengan nada mendatar.
"Mana ada aku nak ketawa. Aku cuma terfikir, Hawa akan rindu kau ke?" Soal Redyan selamba.
Noah menggulingkan anak matanya. "Aku yakin yang Hawa akan rindu aku. Nanti hidup dia mesti sunyi sebab takde lelaki kacak yang akan ganggu life dia." Noah bersuara yakin.
"Kalau Hawa tak rindu juga?"
"Dia pasti akan rindu."
"Kalau tetap tak rindu?"
"Yang kau ni macam tak backup aku je apahal? Kau pun dah jatuh cinta dekat Hawa ke?!" Noah mula meninggikan suara dengan renungan ngerinya.
"Eh tak, tak." Redyan menggelengkan kepalanya dengan laju. Risau terputus je leher Redyan tu sebab laju sangat kepalanya digeleng.
"Bagus. Kau jangan nak rampas Hawa daripada aku. Hawa Hauliya, aku punya." Tegas Noah bersuara. Redyan menganggukkan kepalanya dengan laju.
"Aku akan berusaha untuk membuatkan Hawa jatuh cinta pada aku. Demi Hawa, aku sanggup redah lautan api yang panas!" Dengan bersungguh Noah berkata.
Redyan menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan keningnya berkerut. "Ye ke? Minum air kopi pun kau tiup dulu. Macam mana kau nak redah lautan api yang panas tu?" Dengan selamba Redyan menyoal.
Noah menjeling Redyan lalu Noah bangun dari duduk. Noah membuang rokok yang diguna tadi ke dalam tong sampah. Noah menjeling lagi Redyan sebelum Noah keluar dari ruang dapur.
Terkebil-kebil mata Redyan apabila Noah seperti tidak puas hati dengannya. "Betul lah aku cakap. Minum air kopi pun dia tiup dulu. Ini kan pula nak redah lautan api yang panas."
୨✿୧
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...