🅑.🅦 - 13

2.6K 103 4
                                    


                  "Hantar saya balik rumah, lepas saya dah siap mandi, awak hantar saya dekat hospital semula." Pinta aku sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Audi.

"Kau tak bosan ke duduk sana?" Nazril menyoal sambil memusingkan stereng kereta.

"Dah memang tugas saya untuk jaga Noah." Aku berkata dengan nada mendatar. Aku sudah dapat agak apa yang dibalas Nazril nanti.

"Dia bukannya budak kecik."

Yea yea yea memang aku dah agak ayat itu yang dia akan kata.

"Saya nak tanya, Noah tu memang dia akan jadi manja ke kalau demam?" Aku menyoal untuk kepastian. Harap-harap Nazril jawab pertanyaan aku ni dengan series.

"Dia tu gila."

Aku mengeluh nafas bosan. Malas aku cakap dengan manusia hati kering ni.

"Apahal kau diam?" Nazril menyoal.

"Jawapan awak tu tak boleh nak series ke? Saya tanya betul-betul ni, boleh tak awak jawab soalan saya dengan betul?" Aku bersuara dengan nada marah. Kalau lah aku boleh tarik rambut Nazril ni kan senang.

"Aku dah jawab betul-betul lah tu. Kau nak aku jawab macam mana lagi?" Nazril masih dengan loya buruknya.

"Malas lah saya cakap dengan awak ni." Aku mengalih pandangan ke luar tingkap.

"Aku cakap benda betul. Noah tu gila."

Aku memandang Nazril dengan pandangan tajam. "Awak cakap macam tu sebab awak bermusuh dengan dia kan? Sebenarnya dia tak gila pun, awak aje yang reka cerita supaya saya benci dengan Noah tu. Memang tu kan plan awak?"

Nazril memandang aku sekilas. "Suka hati kau lah nak percaya ke tak. By the way tu bukan plan aku ye, plan aku sekarang adalah aku nak jadikan kau isteri aku."

Dengan selamba Nazril berkata.

Aku menggulingkan anak mata tanda menyampah. "Taknak saya kahwin dengan awak. You not my taste!"

Nazril memandang aku lagi dengan reaksi terkejut. "Waw, dah pandai menjawab ye?" Nazril melepaskan tawa sinis.

Aku kembali memandang ke luar tingkap. Sudah tidak tahu mahu cakap apa lagi. Kalau cakap pun, Nazril tetap akan meloya buruk terhadap Noah.

"Hawa, kau sepatunya rasa beruntung tau sebab aku melamar kau." Nazril bersuara.

Aku hanya mencebirkan bibir. Lain lah kalau aku ada perasaan dekat Nazril, haa memang aku pun tak nafikan yang aku ni beruntung! Tetapi masalahnya aku langsung takde perasaan dekat mamat ni.

"Kau sombong lah kan sekarang? Kau tunggu jelah waktu semua dah terbongkar nanti. Kau pasti akan terhegeh-hegeh nakkan aku." Nazril berkata dengan nada seperti kedengaran sinis.

"Apa yang awak nak sampaikan sebenarnya? Dari haritu lagi awak asyik cakap pasal terbongkar."

Nazril hanya mengukir senyuman sinis.

"Kau yakin ke tahun ni kali pertama kau jumpa Noah?" Nazril menyoal sambil memandang aku sekilas.

Aku hanya membisu. Jadi betul lah apa yang Ameera cerita dekat restoran tadi? Aku dan Noah memang pernah berhubung dua tahun lepas? Tapi kenapa aku langsung tidak ingat memori aku bersama Noah?

"Kenapa kau diam? Kau pun dah sedar ke?"

"Kalau ini bukan kali pertama saya jumpa Noah pun, kenapa? Ada masalah ke?" Aku menyoal ingin tahu. Mungkin dua tahun lepas aku hanya terserempak dengan Noah di mana-mana tempat. Tetapi cerita Ameera tu memang jauh gila dengan apa yang aku fikir.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now