Hawa menuruni tangga untuk menuju ke ruang tamu. Hawa mahu menonton TV untuk hilangkan rasa bosan. Mahu mengajak Linda menonton TV bersama, Linda sudah tidur di dalam bilik.
Hawa duduk bersila di atas sofa. Hawa membuka TV menggunakan remote lalu Hawa mencari cerita yang best baginya. Apabila tangan Hawa terhenti di saluran yang menayangkan seorang lelaki sedang bermain gitar elektrik, tubuh Hawa terkaku seketika.
Hawa perlahan-lahan meletakkan remote TV itu di sebelahnya. Anak mata Hawa focus melihat lelaki itu sedang bermain gitar elektrik.
Tiba-tiba Hawa teringat pada Noah yang pernah bermain gitar elektrik semalam. Hawa sudah tidak focus ke TV, fikiran Hawa kini sudah melayang pada hari semalam. Hawa masih ingat dengan jelas cara Noah bermain gitar semalam. Sangat bergaya dan mampu membuatkan para wanita cair apabila melihatnya bermain.
"I'm not only handsome and stylish, but I'm also a talented person who plays a musical instrument."
Kata-kata Noah semalam terngiang-ngiang di fikiran Hawa. Kenyitan manja yang diberi Noah semalam membuatkan jantung Hawa kembali berdegup kencang. Hawa memegang dadanya dengan bibir bawah digigit sedikit.
"Tak akan lah aku dah jatuh cinta dekat dia? Dengan apa yang dia dah buat dekat aku kelmarin, aku dengan mudahnya jatuh cinta dekat dia? Tetapi dia dah minta maaf." Hawa bercakap seorang diri.
"Qǐng gòumǎi zhè bǎ jítā, zhè bǎ jítā zài shopee shàng yǒu shòu!"
Tersentak Hawa dari lamunan apabila suara perempuan yang melontarkan bahasa cina menyapa telinganya. Hawa kembali focus ke arah TV yang menayangkan iklan cina. Hawa terus menutup TV dengan nafas dihembus berat.
"Sejak bila kau rajin tengok cerita cina?"
"Oh Noah sayang!" Hawa termeletah kuat. Remote TV yang berada di tangannya sudah terbang tinggi. Hampir sahaja remote TV itu mahu jatuh di atas lantai, Hawa dengan pantas menyambut remote itu dengan nafas dihembus lega. Nasib baik sempat sambut. Kalau tidak, habis berkecai remote ini.
"Kau cakap apa tadi?" Linda menyoal dengan kening berkerut. Tadi Linda macam terdengar Hawa sebut nama Noah. Atau hanya khayalan Linda aje?
Hawa menoleh ke belakang untuk memandang ke arah Linda yang sedang berdiri di belakangnya. Hawa tersengih sambil menggaru pipinya yang tidak gatal.
"Tak ada cakap apa." Tergeleng laju kepala Hawa dengan sengihannya itu. Linda hanya menganggukkan kepala. Mungkin Linda tersalah dengar.
"Bukan tadi kau tidur ke?" Hawa menyoal Linda yang sudah duduk di sebelahnya. Linda menoleh ke arah Hawa. "Aku tak mengantuk." Linda melentokkan kepalanya di tepi sofa.
"Erm, Linda. Aku rasa nak main gitar elektrik lah." Kata Hawa. Linda terus duduk tegak sebaik sahaja Hawa berkata mahu bermain gitar elektrik.
Linda memandang Hawa dengan mulutnya ternganga. "Kau ni demam ke apa?" Linda meletakkan tapak tangannya di dahi Hawa. Hawa mempamerkan reaksi bosan. Apa pelik sangat ke kalau aku cakap nak main gitar elektrik?
"Kau tak demam pun." Linda berkata dengan bibirnya dijongket.
"Siapa kata aku demam? Aku memang nak cuba main gitar elektrik lah." Hawa menggoyangkan lengan Linda. Linda memandang lengannya yang digoyang Hawa.
"Kau goyang-goyangkan lengan aku ni, kenapa?" Linda menyoal dengan kening dijongket. Hawa mengukir sengihan.
"Jom teman aku pergi kedai musik." Hawa mengedipkan matanya berkali-kali. Linda pantas menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...