Sesampai sahaja di IOI City Mall. Linda mencari parking. Lama juga lah Linda mencari parking yang kosong. Hujung minggu ini memang ramai lah manusia yang mahu shopping di sini.Setelah Linda jumpa parking yang kosong, Linda terus memparking keretanya di situ. Mereka keluar dari kereta.
"Aku ingat nak main Ice Skating lah. Dah lama aku tak main!" Hawa bersuara sambil mereka berjalan menghampiri pintu masuk. Linda mengangguk setuju.
Apabila mereka sudah sampai di hadapan lif, Hawa menekan butang di tepi lif itu. Setelah Lif terbuka, mereka masuk ke dalam lif. Nasib baik lah lif kosong. Kalau tidak, pasti akan sesak dengan manusia.
"Tee rak!" Noah yang berdiri agak jauh dari lif, terus melambaikan tangannya ke arah Hawa yang berada di dalam Lif.
Mata Hawa dan Linda terus membulat sebaik sahaja Noah menghampiri mereka. Hawa dan Linda berpandangan.
"Macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sini?!" Hawa menyoal dengan nada berbisik.
"Mana lah aku tahu!" Linda juga bersuara dengan nada berbisik. Kepalanya juga digeleng laju.
"Tutup pintu lif ni cepat!" Linda bersuara sambil menekan butang lif dengan laju.
TAK! TAK! TAK!
"Aghh apasal pintu lif ni lambat sangat nak tertutup!" Sudah seperti nampak hantu cara Linda menekan butang lif.
Sikit sahaja lagi pintu lif ini mahu tertutup, tiba-tiba Noah dapat menyelit masuk. Hawa dan Linda melopong seketika. Tangan Linda terus terhenti dari menekan butang lif.
Noah merenung Hawa dengan nafasnya tercungap-cungap. Hawa menelan air liur perit apabila teringat kisah semalam.
"Why are you running away from me?" Noah menyoal dengan nada seperti lirih. Wajahnya juga mempamerkan reaksi hampa kerana Hawa larikan diri darinya. Hawa menundukkan kepalanya ke bawah. Malu mahu bertentang mata dengan Noah.
Linda di sebelah Hawa hanya terkebil-kebil memandang Hawa dan Noah silih berganti. Suasana di dalam lif ini sunyi seketika.
Noah tidak beralih pandangan dari memandang wajah Hawa. Hawa pula hanya buat tidak tahu aje dengan renungan Noah.
Ting!
Apabila pintu lif sudah dibuka, Linda terlebih dahulu keluar dari lif. Hawa yang baru sahaja mahu keluar dari lif, terus dihalang Noah. Noah berdiri tegak di hadapan Hawa. Hawa mendongak sedikit memandang Noah. Kening Hawa berkerut.
Tangan Noah pantas menekan butang lif dan menyebabkan pintu lif hampir tertutup.
Linda menoleh ke belakang untuk melihat keadaan Hawa. Terus terbeliak mata Linda apabila pintu lif hampir mahu tertutup. Dan yang lagi mengejutkan Linda, Hawa masih berada di dalam lif bersama lelaki itu!
"Hawa!"
Linda dengan pantas menekan butang lif supaya pintu lif terbuka kembali. Namun lif sudah pun naik ke tingkat seterusnya.
"Haduhh macam mana ni? Macam mana kalau mamat CPR tu nak sambung tugas dia yang tak kesampaian semalam? Aaghh!" Linda menghantuk-hantukkan kepalanya di dinding bersebelahan Lif.
"Mianhe, Hawa. Aku tak dapat selamatkan dirimu..." Linda bersandar di dinding. Keluhan berat dilepaskan.
"Tetapi maybe mamat tu jodoh kau. Sebab dia pakai baju hijau sama dengan kau." Linda berkata seorang diri.
Dua pasangan bercinta yang berada di hadapan lif, hanya memandang pelik ke arah Linda.
୨✿୧
Redyan mendengus geram. Sudah lima kali Redyan telefon Noah, tetapi Noah langsung tidak angkat panggilannya!
"Jin apa yang merasuk Noah sampaikan dia ponteng kerja harini? Dah lah harini ada meeting lagi dengan dua pakcik tu!" Redyan merebahkan punggungnya di atas kerusi empuknya. Redyan menyandarkan tubuhnya di kerusi.
Tok! Tok!
Redyan memandang ke arah pintu sebaik sahaja pintu diketuk dari luar. Pasti pakcik-pakcik tua itu sudah datang. Redyan berdiri tegak sambil membetulkan kod di tubuh. Nanti kalau selekeh, tak fasal-fasal pakcik tua tu mengata aku budak hingusan pula!
"Masuk!" Redyan melaung sedikit kuat. Dato' Sulaiman dan Dato' Wafi terus masuk ke dalam bilik Redyan. Redyan hanya mengukir senyuman hambar ke arah mereka.
"Kenapa adakan meeting di dalam bilik kamu? Kenapa tidak di bilik Noah?" Dato' Wafi menyoal.
Redyan hanya tersenyum. Sekali dengan matanya turut menyepet. "Noah ada hal, jadi dia tak dapat datang meeting harini." Nafi Redyan dengan senyuman tidak lengkang di bibir.
Terangguk-angguk kepala Dato' Sulaiman dan Dato' Wafi. Dato' Sulaiman melihat sekeliling bilik Redyan. "Kemas bilik kamu. Pasti anak-anak kamu juga pembersih macam kamu."
Redyan menggaru keningnya yang tidak gatal. "Saya tak ada anak lagi, pak-- Dato'. Isteri pun saya takde." Redyan berkata dengan senyuman. Redyan hanya mampu bersabar. Noah ni pun satu! Noah juga yang bersungguh mahu bekerjasama dengan mereka. Tetapi harini sudah masuk dua hari Noah tidak datang meeting! Aku juga lah yang kena hadap mereka ni. Ini bila nak mulakan perbincangan kalau mereka sibuk bercakap fasal bilik kerja aku?
"Kesian kamu. Muka handsome tetapi tiada perempuan mahukan kamu." Dato' Wafi pula bersuara dengan kepalanya digeleng seperti simpati.
Redyan hanya mampu tersenyum hambar. "Apa kata kalau kita sambung perbincangan semalam." Redyan melabuhkan punggung di atas sofa. Dato' Sulaiman dan Dato' Wafi juga turut duduk berhadapan Redyan.
"Baik lah, semalam kita bincang fasal mahu bina sebuah hotel di sini." Redyan menunjukkan tempat pembinaan hotel di dalam peta.
"Saya rasa, hotel tidak sesuai kalau dibina di sini." Dato' Sulaiman membantah. Redyan merenung Dato' Sulaiman. Semalam Dato' Sulaiman yang bersungguh mahu membina hotel di tempat itu kerana di situ tanahnya luas. Lepastu harini dah kenapa tiba-tiba kata tak sesuai pula?!
Redyan mengambil nafas lalu menghembus perlahan. Sabar Redyan..sabar..
"Dato' rasa bangunan apa yang sesuai untuk dibangunkan di sini?" Redyan menyoal dengan jari telunjuknya mengetuk-ngetuk peta.
"Saya cadangkan, kita bina hospital dekat sini. Sebab dari kawasan sini nak ke hospital yang lain, sangat jauh." Dato' Sulaiman mencadang.
Redyan mengangguk seolah-olah setuju. "Saya cadangkan hospital orang tua. Nanti kalau Dato' sakit, Dato' pergi aje dekat hospital itu nanti." Redyan berkata dengan senyuman yang penuh maksud tersirat. Dato' Sulaiman berdehem sekejap.
"Saya tidak setuju! Di situ tiada trafik light, jadi menyusahkan orang mahu U-turn jauh-jauh."
Redyan memetik jarinya tanda setuju dengan kata-kata Dato' Wafi.
"Jadi keputusan saya, saya nak adakan sebuah hotel di sini. Ada bantahan?" Redyan menyoal sambil memandang Dato' Sulaiman dan Dato' Wafi silih berganti.
"Baiklah, kami setuju."
୨✿୧
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...