Aku menunggu grab di bus stop yang berdekatan dengan hospital. Sambil aku menunggu, aku bermain game subway surf. Baru sahaja beberapa minit aku main, aku sudah mula rasa bosan.PIN! PIN!
Aku melihat grab sudah terparking di hadapan aku. Waw, lain macam grab pakai Audi! Tetapi macam pernah nampak lah pula Audi ni.
Aku menyimpan telefon di dalam kocek seluar. Aku menghampiri kereta Audi yang berwarna merah itu lalu aku masuk di bahagian hadapan. Kalau nak masuk ikut belakang, mana ada pintu.
Aku menoleh pemandu grab yang duduk di sebelah aku. Berkerut kening aku apabila pemandu grab ini ialah Nazril.
"Sejak bila awak kerja driver?" Aku menyoal dengan wajah terpinga-pinga.
Nazril menoleh ke arah aku. Aku melihat bibirnya mengukir senyuman senget.
"Kau dah sedia?" Nazril menyoal dengan nada dingin.
"Err sedia apa? Sedia balik rumah? Haa memang saya dah bersedia. Lagipun saya balik sebab nak mandi je." Kata aku sambil memakai seat belt.
"Kau tak payah mandi lah, tak busuk pun. Kalau busuk, memang aku dah halau kau dari masuk dalam kereta aku ni."
"Busuk ke tak busuk ke saya tetap nak mandi." Tegas aku dengan anak mata memandang hadapan.
Nazril tidak berkata apa-apa malah dia terus mula memandu.
"Macam mana keadaan dia?" Nazril menyoal.
Aku memandang Nazril yang tekun memandu. "Siapa? Noah?"
"Yelah, siapa lagi manusia yang mengada dekat dalam hospital tu." Nazril memperli Noah.
"Awak ni tak habis-habis nak cari fasal dengan Noah. Noah tu takde pun kacau hidup awak." Aku membidas dengan kepala tergeleng-geleng.
"Tetapi dia dah rampas kau daripada aku!" Nazril memandang aku sekilas. Wajahnya jelas tegang menunjukkan yang dia sedang marah.
"Dia rampas apa pula? Dia dah ada girlfriend tau!"
Nazril melepaskan tawa sinis.
"Kau ada bukti ke yang dia ada girlfriend?" Nazril menyoal sinis.
"Ada. Dia pernah kata yang helmet tu kesayangan dia punya." Aku menjawab yakin.
"Kau tahu ke siapa kesayangan yang dia maksudkan?" Nazril menyoal lagi.
"Girlfriend dia lah."
Nazril ketawa lagi dengan kepalanya tergeleng-geleng. Aku hanya berkerut melihat Nazril ketawa sorang-sorang. Lawak ke jawapan aku?
"Stupid."
Aku menjongketkan sebelah kening apabila aku mendengar Nazril mengata aku stupid. Kalau aku stupid, dia ni pula weird! Ketawa sorang-sorang macam orang gila.
"Kalau macam tu, awak ada bukti ke yang Noah rampas saya dari awak? Haa ada bukti? Ada? Ada?" Aku pula menyoal dengan tangan disilang ke dada.
Nazril memandang aku sekilas dengan senyuman senget seperti mengejek aku.
"Bagus juga kan kau amnesia. Senang aku nak ambil kau jadi milik aku semula." Nazril berkata selamba.
Dia fikir aku akan jatuh cinta ke dengan dia? Huh never!
"Kalau kau tak amnesia, mesti-"
"Mesti saya dengan awak tak akan bertemu dan hati saya ni tak akan sakit bila berbual dengan awak!" Aku membidas.
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romantizm[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...