🅑.🅦 - 44

1.4K 47 1
                                    

"Kita nak pergi mana?" Hawa menyoal Noah yang sedang memandu. Noah mengukir senyuman sambil menoleh sekilas ke arah Hawa.

"Saya nak bawa awak pergi Cameron Highlands."

"What?!" Ternganga luas mulut Hawa. Cameron Highlands?! Jauh ngek! Buat benda pula dia nak pergi ke tempat jauh-jauh?

"I know you're happy right now, tee rak." Kata Noah dengan senyuman lebar. Tidak sabar Noah mahu menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Nak petik strawberi.

"Saya tak tahu lah nak happy ke nak gembira." Hawa menggaru kepala yang tidak gatal. Noah mengerutkan kening sebaik sahaja mendengar ayat yang dilontarkan Hawa itu.

Mahu tergelak Hawa melihat reaksi Noah yang seperti keliru dengan kata-kata Hawa tadi.

"Bukan sama aje ke maksud happy dan gembira tu?" Soal Noah dengan keningnya masih berkerut. Hawa menganggukkan kepala.

"Siapa kata berbeza?" Soal Hawa pula. Terpinga-pinga Noah dibuatnya.

"So maksudnya awak gembira lah nak pergi Cameron Highlands dengan saya?" Noah menyoal sambil memandang Hawa sekilas sebelum dia kembali memandang ke hadapan.

"Tak."

"Auw! Hati saya sangat sakit." Noah bersuara dengan nada mendatar. Sudah lali dengan Hawa yang sentiasa mengreject dirinya itu.

"Saya nak pergi korea." Gurau Hawa dengan tangan di silang ke dada. Hawa memandang Noah yang sedang memandu.

"Boleh. Nanti kita pergi beli baju. Lagipun awak tak bawa baju kan?" Kata Noah seolah-olah Hawa memang series mahu pergi ke korea.

"Eh, saya gurau jelah." Kata Hawa. Risau pula kalau Noah ingat Hawa series fasal Hawa mahu ke korea. Apa? Ingat nak pergi korea tu macam pergi Terengganu ke?

"Tee rak." Noah memanggil Hawa dengan anak matanya masih fokus memandang ke hadapan.

"Hurm." Hawa menyahut walaupun tee tak itu bukan namanya. Biasalah tu, Noah. Suka-suka hati dia aje nak panggil aku tee rak. Kalau macam tu, aku panggil dia ahjussi.

"Saya teringin nak kepak." Noah berkata dengan nada mendatar. Hawa mengerutkan kening.

"Kepak apa? Awak teringin nak terbang ke? Atau awak nak kepak ayam?" Hawa meneka dengan keningnya masih berkerut.

"Saya teringin nak kepak kepak keboom keboom dengan awak!" Noah bersuara riang dengan senyuman lebarnya. Matanya juga turut tersenyum seperti eye smile. Bahagia sangat tu.

"Ha ha ha."

Gelak Tawa Noah terus mati apabila mendengar Hawa ketawa begitu. Dry betul cara ketawanya.

Hawa memandang Noah yang sudah diam membisu. Senyuman kecil terukir di bibir Hawa. Hawa menggelengkan kepalanya sebelum Hawa membali memandang hadapan.

"Awak." Hawa memanggil Noah. Noah menoleh ke arah Hawa sekilas. "Hurm."

Hawa terus berpaling ke arah Noah. Cenggitu je dia balas? Dia merajuk dengan aku ke apa?

"Kalau saya minta ni, awak jangan marah erh?" Hawa berkata dengan sengihan. Noah menjongketkan sebelah keningnya tanda 'apa?'

"Saya nak keropok lekor." Pinta Hawa dengan sengihan. Risau kalau Noah tidak mahu singgah beli keropok lekor.

Noah mengukir senyuman senget. "Untuk apa saya perlu marah awak, tee rak?"

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now