🅑.🅦 - 45

1.6K 49 0
                                    


            "Hawa, kita dah sampai." Noah mengejut Hawa yang sedang tidur. Hawa mencelikkan matanya. Hawa melilau sekeliling untuk melihat keberadaan mereka sekarang ini.

"Kita makan dulu dekat sini." Noah membuka seat belt sebelum dia keluar dari kereta Audinya. Hawa juga turut keluar dari kereta. Hawa mengukir senyuman apabila anak matanya memandang ke arah ladang teh yang terbentang luas itu.

Sudah lama Hawa tidak menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Hawa memandang ke arah kedai yang perlu dituju mereka. Ramai manusia yang sedang memandang ke arah Hawa dan Noah. Secara spesifiknya, mata-mata itu memandang ke arah Noah. Noah hanya mempamerkan reaksi mendatar.

"Jom, Hawa." Ajak Noah. Hawa menganggukkan kepala lalu Hawa berjalan di sebelah Noah. Pandangan orang ramai, mereka hanya abaikan.

"Beb, handsome gila mamat tu."

Bisikan salah seorang perempuan, Hawa dan Noah dapat mendengar.

"Māmā, wǒ xiǎng yào yīgè xiàng tā zhèyàng de shuàigē." (Mama, saya mahu lelaki handsome macam dia.)

Orang cina juga ada yang bersuara selepas melihat Noah. Noah mengalih pandangan ke arah Hawa. Hawa menggemamkan bibirnya kerana Hawa rasa nervous. Terasa seperti mereka itu artis pula.

"Abaikan mereka, tee rak. Awak hanya perlu bayangkan, di sini, hanya ada kita berdua. Just you, and me." Bisik Noah kepada Hawa. Hawa perlahan-lahan menganggukkan kepala. Noah mengukir senyuman.

"Comel gila dia!!"

"Untungnya perempuan tu dapat lelaki handsome."

"Kacaknya dia, sayang. Jealous pula abang." Salah seorang pasangan yang berada di situ juga, memuji kekacakan Noah.

"Itulah, dia lagi kacak dari abang." balas si isteri pula.

Anak mata Hawa melilau untuk mencari tempat kosong. Ramai juga manusia yang berada di dalam kedai ini. Apabila anak mata Hawa terpandang ke arah satu meja kosong bersebelahan palang besi, Hawa terus mendongak sedikit untuk memandang wajah Noah.

"Awak, dekat sana ada tempat kosong." Kata Hawa kepada Noah. Noah memandang ke arah tempat kosong yang dikatakan Hawa. Noah menganggukkan kepala.

"Tee rak pergi duduk dulu. Biar saya yang oderkan untuk tee rak." Kata Noah. Hawa menganggukkan kepala sebelum Hawa menghampiri meja kosong itu.

Hawa melabuhkan punggung di atas kerusi. Hawa memandang ke arah ladang teh yang terbentang luas. Cantik sangat!

Hawa mengalih pandangan ke arah Noah yang sedang beratur untuk oder makanan. Hawa mengecilkan matanya apabila melihat sekumpulan remaja wanita sedang mengambil gambar Noah.

"Hai, adik manis."

Hawa mengalih pandangan ke arah sekumpulan bangla yang duduk bersebelahan dengan mejanya.

"Apa nama awak?" Soal salah seorang kumpulan bangla itu. Hawa hanya diam membisu. Hawa memang sudah agak yang dia pasti akan ditegur oleh bangla itu. Tiba-tiba Hawa teringat pula fasal Linda yang dikejar oleh dua orang bangla. Hawa menahan diri dari meletuskan tawa. Rasa kelakar pula bila diingat kembali.

"Adik manis, adik manis tahu tak fasal sekumpulan mafia yang sedang berlegar-legar di kawasan ini?"

Hawa mengerutkan kening. Mafia? Bruhh, semua mafia di dunia nyata perutnya bonyot, rambut pula botak tengah, lepastu ketuanya pula jenis pendek. Hahah!

"Haaa pasti adik manis tidak tahu fasal sekumpulan mafia itu."

Hawa hanya menggelengkan kepala. Hawa memang tidak ambil tahu fasal mafia-mafia itu semua.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now