Hawa merebahkan punggungnya di atas sofa. Nafas penat dihembus. Linda melabuhkan punggung di sebelah Hawa. Anak mata Linda melirik ke arah beg plastik yang berada di tengah antara Linda dan Hawa."Ada apa dalam beg plastik tu?" Linda menyoal dengan jarinya menarik sedikit plastik itu supaya dapat tengok isi di dalam. Hawa dengan pantas mengambil plastik itu.
"Eip! Jangan intai-intai ye." Hawa memeluk erat plastik yang berisi baju dan skirt yang dibelinya tadi. Linda mencebikkan bibirnya lalu Linda memandang ke arah skrin TV yang gelap itu.
"Besok aku ingat nak joging lah." Linda berkata dengan anak mata masih merenung ke arah skrin TV yang gelap itu. Hawa memandang Linda dengan kening berkerut.
"Joging?" Hawa menyoal lagi inginkan kepastian. Linda mengangguk tanda yakin dengan keputusannya. Lagipun sudah lama mereka tidak bersenam. Jadi apa salahnya kalau besok mereka melakukan aktiviti yang sihat.
"Kau taknak pergi IOI City Mall ke besok? Yelah, tadi kan kita tak sempat nak shopping dekat sana."
Linda memberi side eye kepada Hawa dengan kening dijongket sebelah. "Sedar rupanya." Linda bersuara perlahan tetapi masih dapat didengar Hawa.
Hawa tersengih lalu Hawa memegang tangan Linda seolah-olah mahu memujuk Linda. "Sorry lah, Linda. Aku pun tak sangka juga yang si Noah tu akan halang aku keluar dari lif tu." Hawa bersuara dengan nada lirih.
Linda mengherotkan bibirnya dengan anak mata diguling sengaja. Hawa melengkungkan bibirnya ke bawah seperti sedih kerana Linda masih tidak mahu maafkannya.
Linda melempang perlahan pipi Hawa lalu Linda melepaskan tawa kecil. Hawa juga turut ketawa sambil mengusap pipinya yang dilempang Linda. Tak sakit pun cuma pedih sikit.
"Aku risau tau. Nasib baik lah Noah tak bawa kau pergi rumah dia. Sekarang ni dah banyak kes remaja perempuan kena rogol tau. Aku risau kalau dia juga buat benda yang sama macam lelaki-lelaki jahat dekat luar sana. Dah lah semalam dia sesuka hati je nak cium kau. Nasib baik dia tak sempat cium! Kalau tak, entah apa lah jadi dekat kau semalam." Linda membebel dengan perasaan sebak. Linda sudah anggap Hawa sebagai keluarganya. Jadi, kalau Hawa di apa-apakan Noah, memang Linda akan naik baran.
Hawa tersenyum kecil. Sebak hati Hawa mendengar luahan Linda. Hawa memeluk bahu Linda dengan erat.
"Aku minta maaf sebab buatkan kau risau." Hawa menepuk-nepuk bahu Linda dengan tubuhnya digerakkan kiri kanan.
"Aku maafkan. Tetapi next time, kau jangan bercakap dengan mamat tu lagi." Linda memberi amaran. Hawa hanya diam sahaja.
"Hawa? Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Linda menyoal Hawa apabila Hawa hanya diam membisu. Kalau Hawa diam begini, Linda dapat rasakan yang Hawa ragu-ragu mahu menerima amaran dari Linda tadi.
Hawa meleraikan pelukan dengan bibir digemam. "Tapi kalau aku berkawan de--"
"No! Hawa, kau ni dah kena sampuk ke? Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat kau semalam?" Berkerut-kerut kening Linda sebaik sahaja melontarkan soalan itu.
"Iyee aku ingat. Tetapi dia kata dia nak berubah, so tak salahkan kalau aku bercakap dengan dia macam aku bagi kata-kata semangat untuk dia?" Hawa mengukir sengihan.
Linda menghembus nafas berat dengan kepalanya tergeleng-geleng. "Ikut suka hati kau lah. Nanti kalau dia culik kau, kau jangan nak menyesal pula!" Linda memberi peringatan sebelum Linda bangun dari duduk di atas sofa.
"Kau nak pergi mana?" Hawa menyoal.
"Aku nak mandi, lepastu aku nak sambung tengok k-drama. Chau!" Linda terus berlalu dari situ meninggalkan Hawa sendirian di ruang tamu.
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...