🅑.🅦 - 50

3.4K 67 0
                                    

Ternganga mulut Hawa melihat dekorasi rumahnya bersama Noah itu. Noah hanya tersenyum lebar apabila Hawa seperti suka dengan rumah yang dibelinya itu.

"How? You like it?" Soal Noah laludia memegang tangan Hawa. Hawa mendongak sedikit memandang Noah. Senyuman di bibir Hawa semakin melebar. Hawa menganggukkan kepalanya.

"Suka!"

Noah memeluk bahu Hawa sebelum Noah mencium tepi kepala Hawa yang bertudung bawal. "Jom, abang nak bawa tee rak tengok bilik kita." Noah bersuara sebelum dia menarik lengan Hawa menuju ke tangga. Hawa hanya mengekori.

"Saya nampak dekat kabinet TV, ada banyak frame gambar. Sempat lagi erh awak masukkan gambar saya dalam frame."

Noah hanya melepaskan tawa kecil. "Itu gambar untuk kita ingat memori kita berbulan-bulan yang lepas. Dekat kabinet TV tu, ada gambar tee rak dengan kambing biri-biri, gambar tee rak pakai kasut ice skating, gambar tee rak petik buah strawberi. Haa banyak lagi tau gambar yang boleh membuatkan kita teringat betapa--"

"Betapa bersungguhnya awak nak pikat hati saya." Hawa memotong percakapan Noah. Senyuman senget terukir dibibir Hawa. Noah memandang Hawa dengan kepala diangguk.

"That's right."

Noah dan Hawa melepaskan tawa kecil. Sesampai sahaja di tingkat dua, Noah membuka pintu bilik mereka yang berhampiran tangga.

"This is our room." Kata Noah sambil mendepakan lengannya sesaat. Bibir Hawa tidak lengkang dari mengukir senyuman. Hawa terlampau terharu dan gembira. Hawa suka warna kelabu dan putih yang dicat di dalam bilik.

"Tee rak berehat lah dulu. Abang nak pergi tandas kejap." Pamit Noah sebelum dia menuju ke tandas yang berada di dalam bilik itu. Hawa melabuhkan punggung di atas katil. Hawa melihat sekeliling bilik itu. Bilik itu dipenuhi dengan warna kelabu dan putih. Di ruang tamu juga dipenuhi dengan warna yang sama. Sofa berwarna kelabu, kabinet TV berwarna putih, dinding pula berwarna kelabu dan putih, haa nak jadikan ceritanya memang penuh dengan dua warna itu.

Hawa membuka tudung bawal yang tersarung di kepalanya. Hawa menuju ke arah kerusi lalu Hawa meletakkan tudung bawal itu di atas kerusi.

Hawa mengalih pandangan ke arah pintu bilik air. Noah keluar dari bilik air. Noah menghampiri Hawa. Hawa mendongak sedikit memandang wajah Noah.

"Dulu, you like a butterfly."

Hawa mengerutkan keningnya. "Kenapa dulu saya macam rama-rama?" Soal Hawa tidak mengerti.

"Because tee rak pretty to see, but hard to catch. And now, you're mine." Kata Noah sambil mencium hidung Hawa sesaat. Hawa hanya melepaskan tawa kecil.

"Dekat hidung juga yang awak nak cium." Kata Hawa dengan kepala tergeleng-geleng. Noah tersenyum nakal sambil mengecilkan matanya.

"Tee rak nak abang cium dekat mana?" Soal Noah dengan kening dijongket sebelah. Pandangannya itu tidak payah cakap lah. Memang menggoda sangat pandangannya itu.

"Cium dekat sini." Gurau Hawa sambil memegang bibirnya menggunakan jari telunjuk. Senyuman di bibir Noah semakin meleret. Kepala Noah terteleng ke tepi sedikit tetapi anak matanya masih merenung Hawa.

"Jom." Noah menarik lengan Hawa lalu Noah membawa Hawa menuju ke katil. Hawa sudah mengerutkan kening.

"Kita nak buat apa?" Soal Hawa gelabah.

"Kita buat apa yang patut kita buat." Jawab Noah dengan senyuman penuh maknanya itu. Hawa menelan air liur gugup.

"S..saya period. Haa awak kena ingat ye, saya period." Kata Hawa dengan bersungguh. Period lah penyelamatnya sekarang ini. Huhu.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now