Apabila kereta BMW X6 masuk ke pekarangan rumah, mulut aku terus melopong melihat rumah tiga tingkat ini.
Cantik juga rumah ni! Besar pun besar! Ada tiga buah kereta dan sebuah motor yang terparking di halaman rumah ini.
Kereta Audi Q5 berwarna putih!
Kereta Audi A5 Coupe berwarna merah!
Kereta Audi A7 Sportback berwarna hitam!
Dan motor Kawasaki Ninja yang berwarna hitam!
Waw! pe citer ada tiga buah kereta Audi! Yang paling mengancam skali Audi A7 sportback yang berwarna hitam itu! Hitam berkilat! Sangat hot! Aum!
Entah-entah, owner kereta tu pun handsome dan-
"Eh Hawa, tak nak keluar ke?"
Aku tersentak apabila ditegur Datin Fazura. Kepala aku terus berpaling ke arah Datin Fazura dan Dato' Noth yang sudah keluar dari kereta.
Aku tersengih dan terus membuka pintu dan keluar dari kereta BMW X6 ini.
"Jom Hawa, kita masuk."
Aku hanya mengangguk dan mengikut langkah Datin Fazura dan Dato' Noth.
Sampai sahaja di hadapan pintu utama, Aku terus menanggalkan selipar dan masuk ke dalam rumah mewah ini.
"Hari ini Hawa berehat lah dulu. Besok baru Hawa mulakan kerja ye."
Aku tersenyum memandang Datin Fazura dan aku menganggukkan kepala. Lagipun aku memang tengah sakit kepala sekarang ini.
Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?
"Terima kasih Datin." Aku membongkokkan tubuh aku sedikit dan aku kembali berdiri tegak. Alah, macam orang jepun selalu buat tu.
"Eh tak perlu lah Hawa panggil saya Datin. Panggil aje mama."
Erk. Biar betul ni? Tak sangka bibik zaman sekarang boleh panggil majikan dengan gelaran tu.
"Mama bukan apa, Hawa. Mama takde anak perempuan. Jadi alang-alang di dalam rumah ni ada perempuan muda seperti Hawa, boleh lah mama merasa ada anak perempuan." Ujar Datin Fazura. Terangguk-angguk kepala aku tanda faham.
"Mari, mama tunjukkan bilik Hawa."
Aku mengikut langkah Datin Fazura sehingga tiba di tangga.
Oh, bilik aku di tingkat atas ke? Selalunya aku tengok dalam drama, bilik maid selalu ada dekat dapur. Aku pun tak tahu kenapa bilik maid perlu berada di dapur. Mungkin senang maid nak masak untuk majikan kut. Atau senang nak pergi tandas sebab tandas berada di dapur.
Sampai sahaja di kemuncak, anak mata aku memandang ke arah empat buah pintu di tingkat ini.
"Haa ini bilik Hawa."
Aku menoleh ke arah pintu bilik yang berhampiran tangga untuk naik ke tingkat 3.
"Hawa pergi lah berehat. Nanti makan malam, biar mama aje yang masak."
"Eh tak pe Datin. Saya boleh aje masak untuk Datin sekeluarga."
Haah kau nak masak apa Hawa? Makanan apa yang kau reti masak? Maggie?
Agh! Dasar mulut takde insurans!
"Hawa, jangan panggil Datin. Panggil aje mama. Lagipun, Hawa belum start kerja lagi. Besok baru Hawa start kerja. Jadi makan malam harini, biar mama aje yang masak."
"Baik m..mama.." Tergagap-gagap aku memanggil Datin Fazura dengan gelaran mama.
Datin Fazura mengukir senyuman puas sebelum Datin Fazura beredar dari tingkat dua ini.
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...