HARZ NOAH menghirup rakus air haram itu sehinggakan air haram itu mengalir di tepi bibirnya. Harz Noah hanya membiarkan air itu mengalir turun ke halkumnya.
Di kiri dan kanannya dipenuhi wanita yang berpakaian tidak cukup kain. Harz Noah meletakkan cawan kecil yang sudah kosong itu di atas meja yang berada di hadapannya.
"Noah...You memang tak nak berseronok lebih dari ni ke? I mean, dalam bilik?" Wanita yang berada di sebelah kanan Noah menyoal dengan jari runcingnya menguis-nguis dada Noah yang berbaju t-shirt berwarna hitam.
Noah ketawa kecil dan memeluk pinggang ramping wanita itu lalu menarik supaya kedudukan wanita itu lebih rapat dengannya.
"Aku takkan buat perempuan mengandung. Aku malas nak bertanggungjawab. Umur aku masih muda untuk menjadi bapa."
Wanita itu mengeluh hampa. Noah memang tidak pernah membawa wanita ke bilik dan berseronok di dalam bilik. Noah selalu duduk melepak di sofa ini sahaja dengan kiri kanan dipenuhi wanita.
Sangat membosankan!
"Takkan lah You datang sini, hanya disebabkan nak peluk aje? Lagi seronok tau kalau kita buat lebih dari ni. Lagipun, Kalau I mengandung, I gugurkan aje lah kandungan I."
Noah tersenyum sinis. "Anak tu tak bersalah. Sejahat-jahat aku, aku tak adalah sampai nak membunuh "
Wanita itu berdecit geram. "Tak best lah you ni! Muka aje handsome, tetapi membosankan!" Wanita itu terus bangun dari duduk di sebelah Noah. Wanita itu beredar dari situ dan mencari lelaki yang lebih seronok dari Noah.
Noah hanya membiarkan wanita itu pergi. Noah mengambil kotak rokok yang berada di atas meja lalu mengambil satu batang rokok dan mengepitkan batang rokok itu di bibir. Noah mengambil pemetik api dan menyalakan api di hujung batang rokok itu.
Asap rokok disedut rakus lalu menghembus keluar dengan mata terpejam. Berkepul-kepul asap rokok keluar dari mulut dan hidungnya serentak.
"You memang handsome Noah. Untung siapa yang dapat jadikan You suami.." Wanita disebelah kirinya pula bersuara dengan mata memandang wajah Noah.
Sangat kacak!
Noah tersenyum senget. "Aku pun tak tahu siapa perempuan malang yang akan jadi isteri aku. Aku ni bukannya lelaki yang alim."
Wanita di sebelah kiri Noah bergerak merapatkan lagi tubuhnya dengan Noah. Jari runcing wanita itu mula bermain di bibir Noah. Geram aje wanita itu melihat bibir Noah.
Sangat seksi!
"I sudi jadi isteri You.."
Noah ketawa sinis dengan kepalanya tergeleng-geleng.
"Aku tak cintakan kau. Kau hanya pemuas nafsu aku." Noah memandang wajah wanita itu.
"Pemuas nafsu? Kalau pemuas nafsu, kita sekarang perlu berada di dalam bilik."
Noah tersenyum senget lalu mengeluarkan batang rokok itu dari mulutnya.
"Cara aku memuaskan nafsu bukan dengan cara merosakkan wanita."
Wanita itu menggulingkan anak matanya.
"Pelik lah you ni. Tak pernah lagi I jumpa lelaki yang puaskan nafsu dia tanpa menghamilkan wanita."
Noah hanya mengangkat bahu.
"Sudah lah. Aku nak balik. Kita sambung esok pula ye?" Pamit Noah sebelum bangun dari tempat duduknya.
"Sambung esok? Sambung berpeluk? Ish tak nak lah! Bosan tau! Daripada asyik berpeluk aje dengan you, lebih baik I buat projek dengan lelaki lain!"
Noah memandang wanita itu dengan kedua belah kening dijongket. "Suka hati kau lah. Bukannya aku yang datang pada kau. Tetapi kau yang tiba-tiba datang menempel sebelah aku tadi."
Noah bersuara mendatar lalu terus membuka langkah keluar dari kelab malam itu.
୨✿୧
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...