🅑.🅦 - 11

2.9K 94 7
                                    

"Awak dah kenapa datang rumah saya malam-malam buta ni?" Aku menyoal apabila melihat Redyan tercegat di luar pagar. Redyan sedang bersandar di kereta Audi TT berwarna hitam. Redyan mengenakan baju kemeja berwarna putih dan kod berwarna hitam. Sudah seperti pakaian mahu ke majlis korporat.

Redyan mengangkat wajah memandang aku lalu dia mengukir senyuman manis. "Baru pukul 8 malam, tak akan lah kau nak tidur dah?" Redyan menyoal sambil melihat jam tangannya sekilas.

Aku menggelengkan kepala. "Ini kalau jiran nampak, mahunya kena fitnah."

Redyan memandang sekeliling sebelum dia memandang aku kembali. "Gelap je aku tengok rumah-rumah dekat sini. Diorang memang selalu tidur awal ke?"

"Mana lah saya tahu. Awak ingat saya ni rapat ke dengan jiran-jiran dekat sini? Diorang pandang saya pun macam nak taknak aje. Pelik juga saya kenapa diorang pandang saya dengan pandangan tak puas hati. Sebelum ni okey aje."

"Mungkin diorang jeles sebab ada lelaki kacak macam aku datang ke rumah kau." Sempat Redyan memuji diri sendiri dengan senyuman bangganya.

Aku hanya menggulingkan anak mata aku.

"Kita dah lambat." Redyan memandang lagi jam tangannya sekilas.

"Dah lambat nak pergi mana?" Aku menyoal dengan kening berkerut.

"Rahsia. Mana boleh bagi tahu kau, nanti tak surprise lah." Redyan berkata dengan sebelah matanya dikenyit ke arah aku.

"Oh wait." Redyan memandang aku atas bawah.

"Tak akan lah kau nak pakai macam ni?" Redyan menyoal dengan keningnya dijongket sebelah.

Aku memandang pakaian yang dipakai aku. Aku memakai tudung sarung berwarna kelabu, baju t-shirt berlengan panjang berwarna ungu dan seluar slack berwarna hitam.

"Okey lah ni. Tak akan lah awak nak saya pakai baju kurung malam-malam macam ni." Aku berkata lalu ketawa dihujung ayat.

Redyan menganggukkan kepalanya. "Iye Niedlich, kau kena pakai baju kurung."

Ternganga mulut aku dibuatnya. "Awak nak bawa saya pergi ke mana? Kenapa saya perlu pakai baju kurung bagai?"

"Pergi tukar baju kau, ini kalau kau masuk majlis berkorporat, mahunya orang fikir kau ni makcik cleaner."

What?! Makcik cleaner?

"Faster Hawa, kita dah lambat."

Aku mengeluh malas lalu aku masuk ke dalam rumah kembali untuk menukar baju.

"Apasal wey? Mamat tu nak apa?" Linda menyoal selepas dia selesai mengintai aku dan Redyan di tingkap.

Haih, memang itu lah kerja Linda kalau ada lelaki datang mahu berjumpa aku.

"Kau ni sibuk aje. Dia suruh aku tukar pakai baju kurung." Aku berkata malas sambil menaiki tangga. Linda pula mengikut di belakang aku.

"Baju kurung?! Dia nak masuk meminang kau ke?! Dia nak bawa kau pergi jumpa mak bapak dia ke?!" Linda menyoal dengan nada teruja.

"Ish mengarut lah kau! Buat apa pula dia nak masuk meminang aku? Dia mestilah akan cari bakal isteri yang sama taraf dengan dia. Macam kau lah."

Aku masuk ke dalam bilik untuk menukar baju. Linda juga turut masuk ke dalam bilik aku.

"Kau ni dah kenapa ikut aku? Aku nak tukar baju lah."

Linda tersengih lalu dia menghampiri almari aku. "Aku pasti dia nak bawa kau keluar dinner, so kau kena pakai baju yang meletops!"

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now