Redyan mengalihkan pandangan ke arah pintu rumah sebaik sahaja terdengar bunyi pintu dibuka. Berkerut kening Redyan melihat Noah yang seperti orang angau. Tersengih-sengih seorang diri. Redyan menjongketkan bahu sebelum dia kembali menonton TV. Macam lah tak biasa dengan Noah yang akan mabuk setiap kali pulang dari kelab. Dah lah harini dia tak datang kerja! Mentang-mentang boss, lepastu boleh lah dia biarkan aku meeting sorang-sorang?
BUK!
Redyan menundukkan kepalanya. Anak mata memandang ke arah kotak rokok di atas riba. Redyan memandang Noah yang sudah duduk di sebelahnya.
"Rajin pula kau belikan untuk aku." Redyan tersenyum senget sebelum dia mengeluarkan sebatang rokok. Noah memandang Redyan sekilas.
"Aku jumpa dekat dalam tong sampah." Noah berkata mendatar. Dia juga turut mengambil sebatang rokok. Pemetik api yang berada di dalam kocek seluar, dikeluarkan.
"Kau tak mabuk ke harini?" Redyan pelik sungguh dengan sikap Noah. Dari semalam lagi Noah balik ke rumah dengan keadaan normal. Dan hari ini kali pertama Noah ponteng kerja.
Noah memandang Redyan sebaik sahaja dia sudah menyalakan api di hujung batang rokoknya.
"Aku tak pergi kelab hari ini." Noah berkata sambil mengeluarkan batang rokok dari mulutnya. Bekepul-kepul asap rokok keluar dari mulut dan hidungnya serentak.
Ternganga mulut Redyan sebaik sahaja mendengar jawapan Noah. "Kau biar betul?" Pelik bin ajaib! Noah ni kena sampuk dengan jin mana sampaikan tak pergi kelab harini? Jin baik mungkin.
"Kau buat apa seharian ni? Meeting kau tak datang, lepastu malam ni kau tak pergi kelab pula." Tergeleng-geleng kepala Redyan dengan sikap baharu Noah ini. Redyan mengepit batang rokok di celah bibir. Pemetik api di hidupkan. Redyan menyedut asap rokok dengan mata terpejam.
Noah mengukir senyuman senget. "Aku hampir nak cium dia."
"Uhukk! Uhuk!" Redyan terbatuk-batuk sambil menepuk-nepuk dadanya. Berkepul-kepul asap rokok keluar dari mulutnya.
Redyan memegang batang rokok dengan kening berkerut memandang Noah. Aku tak silap dengar kan?
"She's cutee.." Noah tersenyum meleret. Terpinga-pinga Redyan memandang Noah. Sah! Noah sudah angau!
"Perempuan mana yang kau jatuh cinta ni? Kau biar betul terjatuh cinta dekat perempuan kelab tu?"
Noah menggelengkan kepalanya. "Dia baik." Noah berkata tentang Hawa.
"Kau sempat ke cium dia tadi?" Redyan menyoal dengan kening dijongket sebelah. Alang-alang Noah sudah membuka cerita, tak salah kalau Redyan tanya.
Noah mencebikkan bibir. Kepala digeleng. "Dia sempat lari."
Terangguk-angguk kepala Redyan. "Bagus lah dia lari. Entah-entah kau ni bernafsu aje dengan dia. Tak pasal-pasal perempuan baik tu hilang maruah disebabkan kau!" Redyan berkata. Batang rokok dikepit lagi di bibir.
Noah memandang tajam ke arah Redyan. "Aku bukan nak cium dia disebabkan nafsu!" Noah bersuara dingin.
"Habistu?"
"Bibir dia cantik. Bila dia senyum, dia buatkan aku jatuh cinta." Noah meluahkan perasaannya dengan bibir tersenyum senget.
"Apa nama dia?"
"Hawa Hauliya."
"Dasyat betul dia sampai buatkan kau tak pergi kerja. Dan kau dapat tahan diri kau dari pergi kelab malam tu!" Redyan menepuk-nepuk bahu Noah seolah-olah bangga dengan Noah.
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...