Haah. Aku kena teman si Noah ni dekat hospital. Huwaaaa...sekarang ni aku pun keliru. Aku ni kerja sebagai maid atau pengasuh?
Aku rasa lah kan, kalau Datin Fazura cari pengasuh si budak terlebih umur ni, mesti berderet perempuan beratur mahu menjadi pengasuh Noah.
So, aku dikira beruntung lah sebab aku dapat jadi pengasuh Noah! Huahah!
"Tee rak...aku sejuk.."
Aku memandang ke arah Noah yang sedang menggigil. Walaupun Noah sudah berselimut, Noah tetap menggigil kesejukan. Bibir pucatnya juga kelihatan terketar-ketar.
Haih, kesian pula aku tengok. Sumpah lah aku cakap, kalau aku ni dah halal dengan Noah, memang aku akan peluk Noah ketat-ketat!
"H-hawa...aku sejuk.." Noah bersuara lagi dengan nada lemah. Tanpa berlengah, aku bangun dari duduk lalu aku menghampiri almari yang berada di dalam bilik wad ini.
Aku membuka pintu almari dan aku mengambil satu selimut yang berada di dalam almari.
Aku menghampiri Noah lalu aku menyelimut tubuh Noah yang menggigil.
"Sejuk lagi?" Aku menyoal.
Noah menggelengkan kepalanya dengan anak matanya merenung aku.
Aku terus mengalihkan pandangan apabila Noah tidak henti merenung aku.
"Hawa.."
Aku memandang Noah yang memanggil aku. Haa dia panggil-panggil aku ni, aku harap dia tak minta yang bukan-bukan lah.
"Kalau kau tahu sesuatu, kau akan maafkan aku?"
Huh?
Mata aku terkebil-kebil memandang Noah.
"Saya...saya tak faham."
Noah tidak lagi bersuara malah dia hanya merenung aku. Aku kembali duduk di atas kerusi bersebelahan katil. Sungguh aku malu apabila Noah memandang aku begitu! Terasa macam mahu keluar sahaja dari bilik wad ini.
"Aku nak tidur. Kau jangan tinggalkan aku ye?"
Sempat lagi Noah memesan jangan tinggalkan dia. Baru aje tadi aku ada niat mahu keluar dari bilik wad ni.
"Tee rak, kau dengar tak apa yang aku pesan ni?" Noah menyoal dengan nada lemah.
Aku mengangguk. "Ye, saya tak tinggalkan awak."
Aku melihat bibir Noah yang pucat dan kering itu mengukir senyuman kecil. Mata Noah perlahan-lahan terkatup lalu beberapa saat kemudian, aku dapat mendengar dengkuran halus.
Aku juga turut mengukir senyuman.
Sesungguhnya aku cintakan Noah.
୨✿୧
"Hawa.."
Aku terjaga dari tidur apabila terasa kepala aku ditolak sedikit. Aku mengangkat kepala dari melentok ke birai katil.
"Hawa..."
Aku memandang Noah yang memanggil aku dengan nada lemah.
"Aku lapar.."
Terkebil-kebil mata aku memandang Noah. Okey sekejap, aku masih rasa mamai. Aku bangun dari duduk lalu aku menuju ke tandas untuk membasuh muka.
Apabila sudah selesai, aku menghampiri Noah kembali.
"Awak cakap apa tadi?" Aku menyoal.
"Lapar.." Noah bersuara lemah.
"Okey sekejap. Saya pergi beli makanan dekat kafe hospital. Awak nak makan apa?"
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...