🅑.🅦 - 7

2.8K 110 1
                                    

              Aku mengetuk pintu bilik Noah. Lama juga lah aku menunggu Noah membuka pintu. Apabila Noah masih belum membuka pintu, aku mengetuk lagi dengan separa kuat.

Ada juga aku tendang pintu ni karang, mahunya orang demam tu kena heart attack.

Aku mengeluh kecil apabila pintu masih belum dibuka. Aku mengambil keputusan untuk masuk sahaja ke dalam bilik Noah.

Kalau dia marah aku, aku marah lah dia balik. Haha! Setakat minion tu aku tendang sekali je entah-entah dah terpelanting keluar dari balkoni bilik.

Tambah lagi dia tengah demam sekarang, so mana lah dia larat nak balas tendangan aku.

Aku terus menutup pintu bilik selepas aku masuk ke dalam bilik yang sejuk ni. Amboi, bilik sejuk dah macam bilik mayat. Noah ni tak sabar nak mati ke?

Eh tetapi tak elok kalau berduaan dengan manusia yang belum halal di dalam bilik.

Aku kembali membuka pintu.

Haa biar aje lah pintu bilik ni terbuka. Kalau Noah tu tiba-tiba jadi hulk, senang lah sikit aku nak terus lari lintang-pukang.

Aku memusingkan tubuh aku menghadap Noah yang sedang terbaring lesu di atas katil.

Kesian pula aku tengok.

Aku menghampiri Noah yang masih nyenyak tidur. Bagus lah dia tidur, karang kalau dia terjaga..memang mulut dia tu tak henti nak tuduh aku. Kata aku ni ambil kesempatan lah, aku rindu dia lah, itu lah ini lah..haihh minion ni.

Aku meletakkan dulang yang berisi nasi lemak di atas meja lampu. Nanti bila dia dah bangun tidur, pandai-pandai lah dia makan.

Tak akan lah aku nak suap dia kot?

"Tee rak..."

Aku memandang Noah yang bersuara dengan nada serak. Mata Noah masih terpejam tetapi bibir Noah menggigil seperti kesejukan.

Macam dah nak nazak je Noah ni. Nanti aku akan turunkan suhu aircond.

"Tee rak...."

Tubuh aku kejung apabila aku dapat rasa tangan kanan aku dipegang Noah.

Akibat terkejut dengan pegangan Noah itu, aku terus merentap kuat tangan aku yang dipegang Noah.

Panas juga tangan Noah ni. Sampaikan masih ada rasa bahang di tangan aku.

Noah mencelikkan matanya lalu dia memandang aku dengan mata separa terbuka.

"Awak dah bangun, kan? Awak lapar tak? Saya ada bawa nasi lemak."

Saya masak sendiri tau.

Nak aje aku tambah ayat tu tetapi nanti dia fikir aku nak perhatian dari dia pula.

"Kau ke yang buat?" Noah menyoal dengan nada lemah.

Aku mengukir senyuman lalu mengangguk.

"Awak kena rasa tau. Mama, papa dan Nazril sampai bertambah sebab nasi lemak ni sedap sangat!"

Aku mengambil kerusi yang berhampiran katil Noah lalu aku melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

Aku menarik sedikit kerusi itu supaya dekat dengan katil Noah.

Aku mengambil pinggan yang berisi nasi lemak lalu aku menghulurkan ke arah Noah yang masih berbaring.

"Awak bangun lah. Tak akan awak nak makan sambil baring. Nanti awak tercekik, tak pasal-pasal girlfriend awak tu meraung tak ingat dunia."

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now