🅑.🅦 - 35

1.3K 44 0
                                    

Bangkok, Thailand.

           Noah, Redyan, Dato' Wafi dan Dato' Sulaiman masuk ke dalam hotel mewah. Mereka akan bermalam di hotel aje untuk seminggu ini. Mereka menuju ke kaunter yang terletak di tengah-tengah ruang lobi hotel.

Empat staff wanita yang menjaga kaunter itu, mengukir senyuman ke arah mereka. Anak mata ke empat-empat wanita itu sesekali melirik ke arah Noah dan Redyan. Noah dan Redyan hanya mempamerkan reaksi mendatar. Manakala Dato' Sulaiman dan Dato' Wafi tidak lengkang dari mengukir senyuman ke arah wanita-wanita Thailand itu.

"Sawadikap." Wanita-wanita receptionist itu menyapa mereka dengan kepala ditunduk sedikit dan menyatukan kedua tapak tangan di hadapan dada. Noah, Redyan, Dato' Sulaiman dan Dato' Wafi juga turut membuat perkara yang sama tanda mereka menghormati wanita-wanita reseptionist itu.

"We want to check in for a week." Pinta Dato' Sulaiman. Salah seorang wanita receptionist itu menganggukkan kepala sambil membuat tugasannya.

"This hotel only has two empty rooms left. Do you want to share a room?"

Noah, Redyan, Dato' Sulaiman dan Dato' Wafi berpandangan sesama mereka. Dato' Sulaiman terus menganggukkan kepalanya tanda setuju untuk berkongsi bilik.

"I will share a room with Noah." Dato' Sulaiman berkata sambil melirik ke arah Noah. Dato' Sulaiman mengukir senyuman menggoda. Noah hanya mempamerkan reaksi mendatar. Walhal, dalam hati Noah sudah berdoa kepada Allah supaya Noah dijauhkan dari sebilik dengan Dato' Sulaiman dan Dato' Wafi.

"Hell no, Noah sahabat saya! Jadi, dia kena sebilik dengan saya." Redyan memeluk bahu Noah seolah-olah melindungi Noah dari di ancam Dato' Sulaiman.

"Tidak mengapa Redyan, anda boleh sebilik dengan saya." Dato' Wafi pelawa Redyan untuk sebilik dengannya. Redyan pantas menggelengkan kepalanya dengan laju.

"Taknak! Saya tetap nak sebilik dengan Noah." Bantah Redyan dengan renungan tajamnya. Kalau lah dua manusia di hadapannya ini sama umur dengannya, memang Redyan akan bahasakan kau, aku. Tetapi disebabkan Redyan perlu hormat orang yang lebih tua darinya, Redyan perlu bahasakan dirinya, saya.

"Okay, how about if, you all share a room, and I will share a room with Noah. How? Fair?" Wanita reseptionist itu terus bersuara apabila mereka mula bertengkar di ruang lobi hotel ini.

Redyan terus memandang wanita itu dengan kening berkerut. "Kau ni gila ke apa?" Redyan menyoal menggunakan bahasa melayu. Terkebil-kebil mata wanita itu kerana tidak faham apa yang ditutur Redyan.

"Enough, let me make my own decision. I will share a room with Redyan. Full stop." Noah membuat pilihannya sendiri. Redyan di sebelah Noah sudah tersenyum lebar. Suka betul apabila Noah setuju mahu sebilik dengannya.

Wanita reseptionist itu menganggukkan kepalanya dengan senyuman lega. Akhirnya sudah tiada pertengkaran di hadapan kaunter ini. Sudah lah mereka menggunakan bahasa asing, jadi wanita itu langsung tidak faham apa ditutur mereka.

୨✿୧

               Redyan meregangkan bahunya sebaik sahaja masuk ke dalam bilik hotel yang berada di tingkat 16 ini. Noah memasukkan kad ke tempat yang berada di dinding lalu Noah menuju ke katil. Di dalam bilik ini ada dua katil single.

"Apahal kita tak check in bilik VVIP je?" Redyan menyoal Noah lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Noah.

"Kita datang hotel ni untuk bermalam. So sama je, setiap bilik ada katil untuk kita tidur." Jawab Noah dengan nada mendatar. Redyan hanya menganggukkan kepalanya. Betul juga tu.

"Aku nak tidur lah sekejap. Penat betul aku duduk dalam kapal terbang tu." Redyan bersuara dengan nada malas. Redyan merebahkan badannya di atas katil yang di duduknya bersama Noah tadi.

"Duduk pun penat?" Noah menyoal dengan kening berkerut. Redyan menggulingkan anak matanya dengan kepala diangguk malas.

"Pakcik-pakcik tu lah! Tak habis-habis membebel itu ini. Aku nak pejam mata, diorang sibuk kata bulu mata aku cantik! Lepastu aku nak makan pun, diorang kata cara aku makan comel! Disgusting! Kalau diorang perempuan, memang aku dah tersenyum bangga! Masalahnya dua-dua dah berumur! Sama jantina pula tu!"

Noah melepaskan tawa sebaik sahaja Redyan habis membebel. Redyan ni pun sama je dengan Dato'-Dato' tu. Suka membebel!

"Kau pula lena je tidur dengan telinga kau disumbat earphone! Aku nak sumbat earphone dekat telinga pun, diorang kata nanti telinga aku pekak." Redyan membebel lagi dengan nada suara marah. Sakit naw hati!

"Diorang suka kau lah kut." Noah membuat andaian sendiri dengan kedua belah keningnya terjongket-jongket. Redyan mempamerkan reaksi jelik.

"Kalau diorang suka aku, kenapa Dato' Sulaiman tu nak sebilik dengan kau?" Redyan menyoal dengan kening dijongket sebelah. Noah menjongketkan kedua belah bahunya.

"Mana lah aku tahu." Hanya itu yang dibalas Noah.

"Dah lah, aku nak tidur." Redyan memejamkan matanya. Noah hanya menganggukkan kepala. Apabila Noah baru tersedar yang Redyan tidur di atas katilnya, Noah terus menolak tubuh Redyan dengan kakinya.

GEDEBUK!

Redyan terjatuh tergolek menyembah lantai yang beralas karpet itu. Redyan terus berdiri tegak dengan renungan tajam diberi kepada Noah.

"Woy!! Kau nak aku mati ke apa?!" Lantang Redyan bersuara dengan reaksi wajahnya sangat bengis. Namun, Noah langsung tidak rasa takut dengan reaksi wajah Redyan. Malah, Noah hanya ketawakan Redyan.

"Alah, setakat jatuh dari katil, kau tak akan mati." Noah berkata selamba dengan tawanya masih bersisa. Redyan mendengus kasar lalu Redyan menyingsing lengan bajunya hingga ke paras siku.

"Oouhhh, kau main kasar erh.." Redyan berjalan perlahan-lahan menghampiri Noah. Sudah seperti perogol bersiri pun ada.

"Kau nak buat apa ni?" Noah menyoal dengan keningnya berkerut. Nada tawanya tadi terus hilang sekelip mata.

"Hihi.." Redyan sengaja ketawa seperti itu dengan kedua tapak tangan menggosok antara satu sama lain.

"Aku tak akan bagi kau gaji dalam masa setahun!" Lantang Noah bersuara dengan jari telunjuknya ditunding ke arah Redyan. Redyan terus berhenti melangkah menghampiri Noah.

"Kau ni dah kenapa?! Aku nak geletek kau aje pun!" Redyan menarik muka seperti sedang merajuk. Redyan terus merebahkan tubuhnya di atas katil lagi satu.

Tergeleng-geleng kepala Noah lalu Noah juga turut baring di atas katilnya.

"Redya--"

"Diam."

Berkerut kening Noah apabila Redyan menjawab begitu. Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ada juga aku baling Redyan dari tingkat 16 ni.

୨✿୧

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now