Hawa mencelikkan matanya apabila lampu biliknya dibuka oleh Linda. Linda menghampiri Hawa yang masih terlentang di atas katil. Linda menghela nafas kecil sambil menggelengkan kepala.
"Tak elok tidur lepas subuh! Bangun, bangun!" Linda menarik selimut tebal yang menyelimuti tubuh Hawa. Hawa berdecit geram apabila tidurnya diganggu Linda.
"Bangun lah Hawa! Di awal pagi begini, lagi elok kalau kita mulakan senaman!" Linda mula melompat bintang di sebelah katil Hawa. Hawa hanya mengerutkan keningnya dengan matanya separa terbuka.
"Kau jangan kata yang kita akan pergi joging sekarang."
"Exectly, Hawa! Kita akan mulakan joging sekarang!" Linda berkata dengan bersemangat. Tidak sabar mahu berjoging di taman dan menghirup udara segar.
Hawa menghela nafas berat lalu Hawa menekup mukanya menggunakan bantal. "Aku ingatkan kita pergi joging pada waktu petang!" Hawa bersuara kuat namun suaranya sipi-sipi aje kedengaran. Linda mencekak pinggang.
"Petang panas lah! Udara pun tak berapa segar! Kalau pagi-pagi macam ni, baru lah best berjoging! Cepat lah Hawa! Bangun! Bangun!" Linda memanjat katil Hawa lalu Linda melompat-lompat di atas katil Hawa.
"Bangun! Bangun!" Jerit Linda sambil melompat-lompat di atas katil. Renungan ngeri dari Hawa hanya di abaikan Linda.
"Aku mengantuk laaaahh.." Hawa bersuara meleret sambil memejam rapat matanya. Di awal pagi begini, elok kalau kita rehatkan tubuh. Hahah.
Linda turun dari katil dengan wajahnya sudah cemberut. "Bangun lah, Hawa! Sekarang ni kau rasa mengantuk sebab kau tak mandi! Apa kata kalau kau pergi mandi, haa nanti segar lah badan kau!"
Hawa membuka matanya lalu Hawa bangun dari pembaringan. "Kau ni bising lah." Hawa turun dari katil lalu Hawa meregangkan otot-ototnya.
Tersenyum lebar Linda apabila Hawa sudah bangun. "Aku tunggu dekat bawah tau! Kau pakai baju yang sesuai ye! Jangan kau pakai baju kurung sudah ler." Linda berkata sebelum dia keluar dari bilik Hawa.
Hawa mengambil tualanya lalu Hawa masuk ke dalam bilik air. Hawa menyangkut tualanya di tempat penyangkut lalu Hawa merenung cermin yang memantulkan dirinya sendiri.
"Apa pandang-pandang?" Hawa menyoal sendirian dengan anak matanya diguling menyampah. Sibuk je orang dalam cermin ni tengok-tengok aku.
"Kau jangan intai aku mandi erh?" Sempat Hawa memberi amaran kepada dirinya yang berada di dalam cermin. Agaknya otak Hawa masih belum berfungsi dengan baik, sebab itu Hawa bercakap seorang diri seperti orang gila.
୨✿୧
Hawa menghela nafas penat dengan tubuhnya terbongkok-bongkok sambil mencekak pinggang. Hawa tercungap-cungap mengambil nafas. Penat Hawa mahu mengejar Linda. Linda kata dia mahu berjoging! Tetapi Hawa tengok Linda bukannya macam orang tengah joging! Macam orang tengah lumba lari!
Hawa sudah malas mahu mengejar Linda yang sudah jauh ke hadapan. Hawa melabuhkan punggung di atas bangku sambil mendongak memandang langit. Cuaca tidak panas hari ini. Maklumlah, baru pukul 7 pagi. Hawa mengelap peluh yang sudah berkumpul di dahi.
Hawa mengipas wajahnya dengan tangan sambil melihat sekeliling. Tidak ramai manusia yang joging pada waktu ini. Mungkin orang-orang yang tidak berjoging itu berfikiran sama macam Hawa. Waktu sekarang, lebih elok kalau merehatkan badan. Hahah!
"Tee rak!"
Mahu jatuh terguling Hawa apabila laungan yang kuat itu menyapa telinganya. Manusia mana lagi yang memanggil Hawa tee rak selain...
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...