🅑.🅦 - 47

1.5K 48 1
                                    


            Hawa melihat cermin yang memantulkan dirinya sendiri. Hawa membetulkan awning tudung. Apabila Hawa rasa dirinya sudah perfect, Hawa terus keluar dari bilik.

Di awal pagi ini, Hawa mahu keluar berjoging. Hawa pun tidak tahu lah mengapa Hawa rasa rajin pula mahu berjoging. Hawa fikir mahu mengajak Linda, tetapi Linda masih nyenyak tidur. Hawa tidak mahu mengacau mimpi indah Linda. Jadi, Hawa mengambil keputusan untuk pergi taman seorang diri.

Hawa keluar dari rumah lalu Hawa mengunci pintu. Kang kalau tidak kunci pintu, Linda kena culik pula dengan Park Hyunsik. Hahah! Hawa rasa, bukan Park Hyunsik yang culik Linda, tetapi Linda yang culik Park Hyunsik.

PIN! PIN!

Hawa mengalih pandangan ke arah kereta Audi yang terparking di hadapan rumah. Hawa mengukir senyuman. Hawa kenal sangat dengan kereta Audi itu.

Hawa menghampiri pintu pagar lalu Hawa membuka pintu pagar. Noah keluar dari kereta dengan sebelah tangannya sedang memegang beg kertas.

"Awak buat apa dekat sini? Bukan ke harini awak kerja?" Soal Hawa. Noah menganggukkan kepala.

"Memang saya kerja, tetapi sebelum pergi kerja, saya nak beri awak sesuatu." Kata Noah dengan senyuman penuh makna. Hawa mengerutkan kening.

"Awak nak bagi saya apa?" Soal Hawa ingin tahu.

"Tadaaaaaa! Surprise~ Terkejut tak? Terharu tak? Rasa nak peluk saya tak?" Noah bersuara teruja sambil menghulur beg plastik itu ke arah Hawa. Hawa tersenyum suka.

"Waw! Apa ni?" Tanya Hawa sambil mengambil beg plastik yang dihulur Noah.

"Buka lah." Kata Noah dengan senyuman lebarnya. Hawa mengintai ke dalam beg plastik itu. Di dalam beg plastik itu, ada satu bekas tupperware.

Hawa mengeluarkan bekas itu lalu Hawa membuka penutup bekas itu. Ternganga luas mulut Hawa apabila melihat ada sepotong cheesecake.

"Awak bagi saya Cheesecake?" Soal Hawa dengan senyuman masih tidak lengkang dibibir. Noah menganggukkan kepala sambil mengusap belakang lehernya. Malu pula.

"Apa nama cheesecake ni? Maklumlah, saya tak pernah makan lah pula cheesecake ni. Selalunya saya makan blueberry cheesecake je." Kata Hawa dengan sengihan. Terasa bangang kejap kerana tidak tahu apa nama cheesecake ini.

"Salted Caramel Cheesecake. Ini adalah cheesecake kegemaran saya. Awak cuba lah rasa. Cheesecake ni saya buat sendiri tau."

Mulut Hawa ternganga luas apabila Noah berkata cheesecake itu dia yang buat sendiri.

"Bila awak buat?" Soal Hawa sambil menghidu bau Salted Caramel Cheesecake itu. Baunya pun boleh membuatkan Hawa kecur air liur. Terasa mahu makan sekarang pula.

"Saya buat malam tadi. Saya nak bagi awak rasa. Saya tak tahu lah awak suka atau tak dengan Salted Caramel Cheesecake ni."

"Saya tengok rupa cheesecake ni pun dah nampak sedap! Nanti saya rasa. Kalau sedap, saya suruh awak buat lagi. Hehe." Hawa tersengih selepas menyuruh Noah membuat lagi. Noah tersenyum lebar sambil menganggukkan kepala.

"Anything for you, tee rak." Noah bersuara ala-ala gentleman. Hawa melepaskan tawa kecil.

"Okey lah, saya pergi kerja dulu. Nanti kita jumpa lagi." Pamit Noah sambil melambaikan tangannya. Hawa juga turut melambaikan tangan ke arah Noah.

"Bye! Hati-hati memandu!" Pesan Hawa kepada Noah. Noah menganggukkan kepalanya sebelum dia membolos masuk ke dalam kereta Audi.

Selepas kereta milik Noah hilang dari pandangan, Hawa terus masuk ke dalam rumah untuk menyimpan Salted Caramel Cheesecake itu ke dalam peti ais.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now