𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 II

1.9K 62 3
                                    

          "Papa buka!! Buka!" Dais Nowah menyepak-nyepak pintu bilik yang dikunci Harz Noah.

"Mama! Tolong! Papa buli Dais!" Jerit Dais dari dalam bilik.

Noah yang sedang menyandarkan bahunya di dinding, hanya mendengar jeritan anak tunggalnya dari dalam bilik.

BAM! BAM!

Pintu itu ditumbuk Dais dengan sekuat hati. Bagai mahu roboh pintu itu dikerjakan budak kecil itu.

"Kalau Dais nak keluar, Dais kena janji dengan papa!" Noah bersuara setelah sekian lama dia hanya mendiamkan diri.

Dais mendengus geram. Dia memeluk tubuh sambil memandang pintu yang dikunci itu dengan pandangan tidak puas hati.

"Dais kena janji dengan papa dulu. Kalau tak, papa kau yang kacak ni, akan biarkan Dais duduk dalam bilik ni sampai besok! Biar Dais tak payah makan!"

Terus membutang mata Dais apabila dia tidak akan dapat makan. Nanti kempis lah perut Dais!

"Dais kena janji apa papa?" Soal Dais ingin tahu.

Suara Dais hanya kedengaran sipi-sipi aje tetapi masih dapat didengar Noah.

"Jangan panjat peti ais! Promise with me!" Noah bersuara dengan nada keras.

BAM!

Noah menghela nafas berat apabila pintu itu bergegar akibat ditendang Dais.

"Siapa ajar Dais tendang pintu ni? Waktu papa kecil dulu, papa tak pernah tendang pintu tau! Papa waktu kecil dulu, baik budaknya. Dah lah handsome, baik pula tu."

Dais menggulingkan anak matanya. Mula dah papanya itu mengungkit zaman kanak-kanak dahulu.

"And one more thing, siapa ajar Dais panjat peti ais? Waktu papa kecil dulu, papa tak pernah panjat peti ais tau! Papa panjat sofa je dulu. Itu pun dah kena tarik telinga dengan nenek Dais." Noah membebel lagi.

Dais yang terkurung di dalam bilik, sudah mengekek ketawa apabila telinga papanya ditarik oleh nenek.

"Dais? Kau tidur ke apa?" Soal Noah apabila Dais hanya diamkan diri.

"Dais bukan saja-saja panjat peti ais!" Jerit Dais dari dalam bilik.

"Bukan saja-saja kau kata? Habistu, Dais panjat peti ais untuk apa?" Soal Noah dengan nada sudah bengang.

"Semalam Dais tengok cewita Peter Parker. Peter Parker tu dia jadi Spiderman! Lepastu Dais tanya mama, macam mana nak jadi spiderman? Lepastu mama kata kena panjat peti ais! Dais pun panjat lah! Lepastu papa kuwung Dais pula! Papa kuwung lah mama sekali!" Marah Dais.

Noah terpinga-pinga sekejap. Bini aku yang bagi ajaran sesat rupanya.

"Abang buat apa tu? Dais mana? Saya cari dekat bawah, dia takde pun." Soal Hawa sebaik sahaja dia sudah menaiki tangga.

Noah mengalihkan pandangan memandang Hawa. Tangannya sudah mencekak pinggang.

Hawa terkebil-kebil apabila Noah memandangnya seperti pandangan sedang marah.

"Tee rak bagitahu apa dekat Dais semalam?" Soal Noah dengan nada tegas.

Hawa menggaru kepala yang tidak gatal.

"Semalam Dais kata dekat saya, dia nak tanam kasut kerja abang. Lepastu saya pesan dekat dia, tak baik Dais buat macam tu. Lepastu Dais terus tak buat. Anak kita semakin mendengar kata kan, abang?" Tersenyum lebar bibir Hawa. Bangga mendapat anak yang mendengar kata.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now