"Metaw tu pandai bagi ayat pick up line ke?" Noah menyoal dengan reaksi wajahnya hanya mendatar. Kedua-dua belah tangan di masukkan ke dalam kocek seluar.
Hawa mengerutkan keningnya lalu kepalanya terus berpaling ke arah Noah. "Metaw mana pula?" Hawa menyoal.
Noah menggulingkan anak matanya dengan kepalanya tergeleng-geleng. Reaksi wajahnya cemberut sahaja.
"Metawin mata sepet tu lah. Yang awak kata dia comel sangat tu. Padahal tak comel pun." Noah perlahankan nada suaranya di ayat terakhir.
Hawa menepuk dahinya. "Punyalah sedap nama dia. Metaw juga yang awak gelarkan!" Hawa menggelengkan kepalanya tanda pasrah. Ini kalau si Linda dengar gelaran Metawin yang di beri Noah, silap-silap mulut Noah kena seletip.
"Jawab lah soalan saya tu. Dia pandai ke bagi ayat pickup line?" Noah tetap mahu tahu juga fasal Metawin yang berbakat atau tidak dengan ayat pickup line.
Hawa hanya menganggukkan kepalanya. "Pandai! Dia pandai giler bagi ayat pickup line. Semua ayat pickup line dia...peghrr! Menusuk jiwa! Kalau awak dengar pickup line dia, awak akan rasa macam...uwawwww!!!" Hawa menguatkan suaranya di ayat terakhir seperti kagum dengan Metawin. Padahal Hawa pun tidak tahu Metawin itu pandai ke tidak beri ayat pickup line.
Noah mengherotkan bibir tanda menyampah dengan Metawin. "Mesti dia google semua ayat pickup line tu."
Hawa menjongketkan sebelah keningnya memandang Noah. "Yang awak macam tak puas hati dengan Metawin ni kenapa?" Hawa menyoal.
"Mana ada. Saya cuma cakap mende yang betul. Entah-entah dia google je semua ayat pickup line tu." Noah berkata dengan nada menyampah. Hawa hanya mengukir senyuman.
"Yang awak percaya sangat ni kenapa? Sejak bila pula si Metawin tu suka bagi ayat pickup line? Hahahah!" Galak Hawa ketawakan Noah. Tak sangka pula yang Noah seratus peratus akan percaya.
Noah mengerutkan keningnya dengan anak mata merenung tajam ke arah Hawa. Reaksinya langsung tidak menunjukkan yang dia akan ketawa.
Gelak tawa Hawa terus mati sebaik sahaja melihat wajah dingin Noah. Hawa berdehem perlahan. "Saya gurau je. Awak ni series sangat lah."
Noah menggulingkan anak matanya lalu Noah terus sahaja berjalan. Hawa terus berlari anak menghampiri Noah. Hawa mendongak sedikit memandang wajah cemberut Noah. Hawa menggaru kepala yang tidak gatal.
Dia merajuk dengan aku ke? Aku gurau je pun.
Noah masuk ke dalam kedai alat musik. Hawa juga turut masuk ke dalam kedai itu. Hawa melihat sekeliling. Mulut Hawa ternganga sedikit apabila melihat banyak alat musik yang tergantung di dinding.
"Abang kacak dan adik manis, nak beli alat musik apa? Dekat sini, semua alat musik ada!" Seorang lelaki yang tubuhnya sedikit berisi, menghampiri Noah dan Hawa.
Noah memandang lelaki itu atas bawah kemudian Noah memandang ke arah gitar elektrik yang tergantung di dinding.
Safawi memandang Noah dan gitar elektrik itu silih berganti. Senyuman lebar terbit di bibirnya. "Wohoi, kau tengok gitar tu lama-lama, kau pandai main ke?" Safawi menyoal dengan kedua-dua belah keningnya dijongket berkali-kali.
Noah mengalih pandangan ke arah Safawi dengan matanya mengecil memandang Safawi.
"Kau pandang rendah?" Noah menyoal sinis. Safawi menyilangkan tangannya ke dada.
"Yup, saraleo!"
Noah mengerutkan keningnya dengan matanya terkebil-kebil memandang Safawi.
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...