🅑.🅦 - 22

1.6K 75 0
                                    

"Awak ni takde kerja lain ke?" Hawa menyoal dengan nada marah. Geram sungguh dengan perangai Noah! Tidak habis-habis mahu mengacaunya!

Noah menyandarkan badannya di dinding lif. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Anak matanya merenung wajah Hawa. Senyuman meleret terukir di bibir.

Hawa menggulingkan anak mata tanda menyampah. Dah lah baju tshirt Noah sama warna dengan baju blousenya. Egh harap-harap lah mulut Linda tu tak masin.

"Harini kan kita nak pergi dating." Noah bersuara. Hawa mengerutkan keningnya. "Bila masa pula saya setuju nak dating dengan awak?"

Noah menjongketkan bahunya dengan muka tidak bersalah. Hawa mendengus halus. Boleh stress Hawa dibuatnya dengan perangai Noah ni.

TING!

Hawa tersenyum apabila pintu lif sudah dibuka. Baru sahaja Hawa mahu keluar dari lif, lengan Hawa dipegang Noah. Hawa menjeling tajam ke arah Noah.

"Lepas lah!" Hawa merontakan lengannya. Noah masih tidak lepaskan lengan Hawa sehingga pintu lif tertutup kembali. Hawa berdecit geram.

"Apa masalah awak? Kita tak pernah berkenalan pun dan kita langsung tak kenal antara satu sama lain!"

"Saya kenal awak, Hawa Hauliya." Noah mengukir senyuman bangga. Hawa menggulingkan anak matanya. "Bukan tu maksud saya! Maksud saya, kita ni bukannya rapat pun!"

"Hari ini saya akan buatkan hubungan kita rapat. Bermula dengan..kawan?"

Hawa melepaskan tawa sinis sesaat. "Dengan apa yang awak dah buat dekat saya semalam, awak ingat saya akan terima awak jadi kawan saya?"

Noah menarik lengan Hawa. Hawa yang tidak duga dengan kelakuan refleks Noah, terus terdorong ke hadapan. Wajah Hawa tersembam di dada Noah. Noah hanya mengukir senyuman kecil.

Hawa mendongak sedikit memandang Noah yang tinggi lampai. Noah pula hanya merenung wajah Hawa yang jelas kelihatan tidak puas hati dengannya.

"Apa masala--"

"Ssshhh.." Noah meletakkan jari telunjuknya di hadapan bibir Hawa.

"Harini kita luangkan masa bersama. You just anggap yang saya ni kawan awak. So dengan cara tu, awak tak akan takut dan nervous dengan saya." Noah bersuara perlahan.

Hawa berpaling ke arah lain. "Siapa kata saya takut dengan awak? Awak ni bukannya monster." Hawa bersuara dengan nada mendatar. Padahal jantung Hawa sudah berdegup kencang kerana masih takut dengan kejadian semalam. But dalam masa yang sama, Hawa rasa nervous dengan Noah seolah-olah Noah itu buah hatinya.

Noah tersenyum gembira. "Baguslah kalau macam tu. Don't worry, Hawa. Harini aje awak anggap saya sebagai kawan awak." Noah meleraikan pegangannya di lengan Hawa. Hawa terus menjarakkan kedudukan mereka.

"Awak ni takde kawan ke?" Hawa menyoal ingin tahu. Noah ketawa kecil. Terhibur dengan pertanyaan Hawa.

"Kenapa tanya macam tu?" Noah pula menyoal. Hawa menghela nafas berat. Haa elok lah tu, aku tanya dia, dia tanya aku balik.

"Iyalah, awak tiba-tiba aje nak berkawan dengan saya. So awak ni takde kawan lah ye?"

Noah menganggukkan kepalanya sekali. "Ada. Tetapi saya takde kawan perempuan. So, will you be my girlfriend?" Noah menjongketkan sebelah keningnya. Senyuman senget terbit dibibirnya.

"Girlfriend?" Hawa menyoal dengan kening berkerut. Noah menganggukkan kepalanya lagi. "Yeah, kawan perempuan." Noah menjelaskan lagi apabila melihat Hawa seperti tidak mengerti dengan maksud 'girlfriend' yang dikatanya.

[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"Where stories live. Discover now