Sebaik sahaja aku membuka mata, pertama sekali yang aku nampak adalah siling. Nasib tak muncul muka toyol aje.
Anak mata aku memerhati sekeliling bilik ini. Yang aku pasti, ini bukan bilik tidur aku. Ini bilik wad hospital. Hanya ada aku di dalam bilik ini.
Apa aku buat dekat sini? Aku sakit ke? Sejak bila pula aku datang hospital? Tak silap aku, malam tadi aku tidur. Selepas itu, aku...
Hah! Aku nampak pocong berguling!
Lepastu aku pengsan. Tetapi, macam mana pula aku boleh berada di hospital?
Takkan lah pocong tu yang bawa aku ke sini?
Err, perlu ke aku blushing sekarang ni? Pocong pun dah pandai bersweet.
"Hawa? Kamu dah sedar?"
Anak mata aku pantas memandang ke arah seorang perempuan yang seperti berumur 40 lebih. Wajahnya sedikit berkedut.
Nenek siapa ni?
Tetapi wanita itu tidak seperti nenek pun. Wajahnya hanya berkedut sedikit aje.
"Alhamdulillah Hawa dah sedar!" Wanita itu terus menghampiri aku dan tubuh aku dipeluk erat. Suara wanita itu jelas menunjukkan yang dia gembira kerana aku sudah sedar.
Mata aku hanya terkebil-kebil.
Ke wanita ni nenek aku?
Tetapi nenek aku dah lama meninggal. Aku sendiri yang meraung depan mayat nenek yang sudah berbungkus dengan kain kafan.
Mungkin aku ada nenek angkat.
Atau, ini ibu?
Eh aku ni dah kenapa? Ibu aku dah lama meninggal. Selang sehari dengan kematian nenek aje.
Habistu? Siapa wanita yang sedang peluk aku ni?
"Ya Allah syukur alhamdulillah!"
Wanita di hadapan aku ini meleraikan pelukan lalu kedua-dua belah tangannya memegang wajah aku pula dengan bebola matanya sedikit kemerahan.
Kenapa menangis? Aku ada sakitkan dia ke? Atau muka aku ada air liur basi? Lepastu dia menangis sebab terlampau banyak air liur basi dekat mulut aku?
Sebelah tangan aku perlahan-lahan mengangkat lalu aku memegang bibir yang kering.
Eh, takde air liur basi!
Wah! First time aku tidur tak keluar air liur basi! Ini kena bagitahu Linda!
Oh ya! Atau wanita di depan aku ini ialah Linda?
Tetapi macam mana pula Linda boleh jadi tua? Padahal umur Linda sama aje dengan aku.
Atau, aku sedang bermimpi? Aku bermimpi yang aku sudah jadi tua!
Adakah muka aku juga berkedut?
"Err Linda. Boleh kau tolong ambilkan cermin?"
Aku tersengih selepas meminta tolong Linda ambilkan cermin.
Linda seperti terpinga-pinga memandang aku.
"Hawa. Ini bukan Linda. Nama makcik, Datin Fazura."
Pandai Linda berjenaka. Aku perlu bagi 10 bintang untuk Linda.
"Maaflah kalau makcik bertindak memeluk Hawa secara mengejut tadi. Makcik risau kalau Hawa tak sedarkan diri."
Okey sekarang aku sumpah tidak faham apa yang berlaku.
Ini bukan mimpi. Jadi wanita di hadapan aku ini juga bukan Linda.
Habistu? Siapakah Datin Fazura ni?
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Roman d'amour[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...