Aku terasa tubuh aku dipeluk kemas dari belakang. Aku hanya membiarkan kerana aku terlampau penat dan mengantuk. Lepas subuh tadi, baru aku dapat tidur. Aku menukar posisi kepada baring mengiring menghadap Noah.Entah mengapa aku masih terasa rindu. Padahal Noah sudah berada di hadapan aku. Aku menyembamkan wajah aku di dada Noah.
"Jangan tinggalkan abang lagi ye, tee rak?"
Noah bersuara dengan suaranya kedengaran serak. Aku membuka mata lalu aku bangun dari pembaringan. Aku duduk di sebelah Noah yang masih baring. Tangan Noah tidak lepas dari memeluk pinggang aku.
"Awak yang tinggalkan saya." Aku bersuara perlahan.
Noah juga turut bangun dari pembaringan lalu dia duduk dengan badannya bersandar di kepala katil. Dengan secara mengejut Noah menarik lengan aku sehingga aku terdorong ke arah Noah dan menyebabkan tubuh aku menindih tubuh Noah.
"Abang tak tinggalkan tee rak. Setiap malam abang tidur dengan tee rak. Tetapi hari ini dah masuk sebulan abang tak tidur dengan tee rak. Abang rindu.." Noah memegang pipi aku lalu Noah mengelus lembut. Aku tidak menghalang kerana aku rasa tenang apabila Noah membuat begini.
"Abang rindu sangat dekat tee rak. I can't stay away from you, sayang."
Aku tersenyum. Bukan senyuman kelat tetapi senyuman bahagia. Sungguh aku rasa bahagia sekarang ini. Noah juga turut tersenyum memandang aku.
"Senyuman Hawa is the most beautiful things in the whole universe and abang harap abang dapat tengok senyuman Hawa setiap masa."
Aku melepaskan tawa kecil. Tiba-tiba si Noah ni jadi sweet talker pula! Bulan lepas waktu dia demam, bukan main manja lagi! Hahah!
"Abang minta maaf. Disebabkan abang, tee rak kemalangan." Noah masih tidak jemu meminta maaf kepada aku.
"Saya maafkan. Saya pun nak minta maaf sebab biadap dengan awak. Saya tengking awak. Saya larikan diri dari awak.."
Tiba-tiba aku rasa mahu menangis pula. Aku berdosa kerana menengking suami. Aku berdosa sangat!
"Abang tak kisah fasal tu. Abang tahu perasaan tee rak waktu tu. Abang faham." Noah mengelus lagi pipi aku dengan lembut. Anak mata Noah tidak beralih dari memandang wajah aku.
Aku memandang jari aku kerana aku rasa malu. Malu apabila dipandang Noah begitu.
Oh wait, macam mana pula dia boleh tahu yang aku ada dekat Thailand? Manusia mana yang terlebih rajin bagitahu dia? Cis! Pasti Linda atau Nazril yang beritahu Noah! Memang tak boleh simpan rahsia betul dua ketul tu!
Tetapi tidak mengapalah, asalkan aku dapat lepaskan rindu terhadap Noah.
"Tee rak, jom kita buat sarapan."
Aku memandang Noah dengan kepala diangguk. Lagipun aku memang tengah lapar sekarang ni.
୨✿୧
Aku hanya memerhati Noah yang sedang memasak. Nampak kacak pula melihat Noah memakai apron berwarna hitam itu. Sangat Hot!
Pagi ini Noah mahu membuat sarapan nasi goreng. Aku mahu membantu tetapi Noah tidak benarkan. Dia hanya menyuruh aku duduk dan tengok dia memasak. Katanya, aku pasti akan tergoda dengan cara masakannya.
Tetapi aku terfikir lah juga, macam mana Noah boleh masuk ke dalam rumah apartment aku ni? Dia masuk ikut balkoni ke apa? Uihh tak akan lah dia sanggup panjat bangunan aparment ni sampai ke rumah apartment aku?
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romansa[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...