Beberapa bulan kemudian,Kini, Harz Noah dan Hawa Hauliya sudah sah menjadi pasangan suami isteri. Majlis perkahwinan mereka yang diadakan di dewan, sangat meriah dengan para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.
Majlis perkahwinan sudah sampai dipenghujung, tetamu-tetamu yang hadir sudah mula beredar dari dewan. Redyan dan Linda menghampiri Noah dan Hawa yang berada di ambang pintu dewan. Noah dan Hawa sedang menyapa tetamu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir.
"Lepasni aku duduk seorang lah dekat rumah." Linda bersuara dengan nada lirih. Hawa melepaskan tawa kecil.
"Alahh, kau kahwin lah cepat-cepat kalau macam tu." Dengan mudahnya Hawa berkata. Linda mencebikkan bibirnya.
"Jodoh aku ada dekat korea tu haa." Kata Linda sambil menyilangkan tangannya ke dada. Hawa hanya menggelengkan kepalanya. Kenal sangat dengan jodoh yang dimaksudkan Linda itu. Siapa lagi kalau bukan Park Hyunsik.
"Kau kahwin dengan Redyan ni jelah senang." Kata Noah dengan senyuman senget. Redyan mengerutkan keningnya.
"Aku? Kahwin dengan minah mulut becok ni? Huh, lambert lagi!" Kata Redyan sambil menggulingkan anak matanya. Linda mengecilkan matanya memandang Redyan.
"Lu pikir wa mau kahwin sama lu ka? Puih! Taknak lah saya dapat suami kuat membebel macam awak ni!" Perli Linda dengan anak matanya juga turut diguling. Noah dan Hawa menggelengkan kepala.
"Noah, Hawa. Kamu berdua pergilah balik dulu." Arah Datin Fazura yang baru tiba di ambang pintu dewan.
"Eh, takpe ke mama? Meja-meja dan penghiasan dekat sini, siapa yang nak kemaskan?" Soal Hawa dengan nada serba salah. Redyan menganggukkan kepalanya tanda setuju.
"Jangan risau, Redyan dan Linda boleh tolong kemaskan."
Redyan terus mengerutkan kening apabila namanya dipetik. Linda pula hanya mengangguk setuju.
"Okey lah, mama. Noah dan Hawa balik dulu." Noah menghulurkan tangannya ke arah Datin Fazura untuk bersalaman. Hawa juga turut melakukan perkara yang sama.
"Bye Hawa! Enjoy your first night!" Dengan selambanya Linda berkata sambil melambaikan tangannya. Mata Hawa sudah membulat besar. Noah pula hanya mengukir senyuman penuh makna. Redyan pula menepuk-nepuk bahu Noah.
"Be gentleman, bro."
୨✿୧
Sesampai sahaja di rumah keluarga Noah, mereka berdua keluar dari kereta. Noah menghampiri Hawa lalu Noah memegang tangan Hawa. Jantung Hawa berdegup kencang apabila tangannya disentuh Noah dengan lembut.
Hawa mendongak sedikit untuk memandang wajah suaminya. Suaminya. Noah mengukir senyuman manis ke arah Hawa.
"Jom, tee rak. Kita masuk rumah." Ajak Noah sebelum dia menundukkan kepalanya untuk berbisik di telinga Hawa. Bulu roma Hawa sudah meremang apabila terasa deruan nafas Noah.
"Dekat dalam rumah takde orang." Bisik Noah dengan senyuman penuh makna. Hawa terkebil-kebil seketika. Hawa menelan air liur gugup.
"Err, s..saya err saya..errr saya.." tergagap-gagap Hawa mahu bercakap. Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong. Noah melepaskan tawa kecil dengan kepala tergeleng-geleng.
"Don't worry, tee rak. Harini kita berehat dulu. Abang tahu, tee rak mesti penat kan?" Noah menyoal dengan sebelah keningnya dijongket sesaat. Hawa tergamam apabila Noah menggelarkan diri Noah sebagai abang.
YOU ARE READING
[C] Mrs.Harz Noah "Blind Wedding"
Romance[KARYA KETIGA] [COMPLETE] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" HARZ NOAH, jejaka yang suka akan keseronokan yang keji di sisi agama. Dia tidak lah berseronok hingga mengandungkan wanita yang berada di kelab malam itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙...