You won't always be lucky if you bother people who are remains quiet
- Alpha
Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️
Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...
Pada masa yang sama, di tempat keluarga Luth Irham
"Adikkkkkkkk!!!!" jerit Aryan memanggil adiknya dari dalam biliknya
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
*Aryan Mikhayl, satu-satunya adik beradik Arda Mikhayla dan juga merupakan abang yang sangat disayangi oleh Arda. Bagi Arda, Aryan adalah segalanya baginya kerana Aryan seorang abang yang penyayang dan merupakan pelindung terbaik dimana dia sanggup bertarung nyawa demi adiknya. Aryan yang merupakan sahabat baik Eariq Rizqin yg mana merupakan anak kepada Taun Harraz Shah juga sangat menyayangi sahabatnya itu dan sentiasa ada disisi sahabatnya tak kira apa pun yang terjadi kerana Eariq Rizqin yang merupakan sahabat kepadanya dan juga telah menganggap Eariq sebagai ahli keluarga sendiri. Daripada Uni lagi persahabatan mereka terjalin dan disitu lah terdetik nya rasa dimana Aryan ingin menyatukan Arda.
"Ye kenapa dengan Along ni jerit-jerit" balas Arda didepan pintu bilik Aryan
"Tolong amikkan baju Along kat bawah jup hehehe, nak keluar takde baju nak pakai dan malas sangat nak turun ambil kat bawah" balas Aryan sambil tersenyum tanpa bersalah
"Eeeeee Mama!!! Tengok Along ni! Dia malas nak ambil baju dia sendiri kat bawah" jerit Arda panggil Mama
"ALONGGGG!!" jerit Mama daripada bawah
"Ok-ok maaf Mama!" balas Aryan sambil memandang tajam ke arah Arda
"Hahahaha padan muka kena marah dengan Mama" balas Arda sambil ketawa selepas Aryan kena marah
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
*Arda Mikhayla, satu-satunya adik kesayangn Aryan Mikhayl. Bagy Aryan, Arda adalah seorang bayi dan memerlukan pelindungan yang rapi supaya tidak akan mendapat sedikit pun luka. Aryan sangat melindungi Arda sehingga Arda tak boleh berenggang dengan Aryan dan selalu meletakkan Aryan sebagai keutamaan seperti mana Aryan menjadikan Arda sebagai keutamaannya. Arda trauma bercinta dan bertemu lelaki kecuali Papa, Along dan sahabat-sahabat Along nya. Arda mempunyai trauma dengan lelaki akibat masa silamnya dan disebabkan itulah dia agak takut dengan lelaki. Bak kata Aryan, sahabatnya juga merupakan sahabat adiknya tetapi tidak boleh terlalu fokus terhadap adiknya.
"Macam ni ehh adikk! Takpe-takpe, Along buat sendiri" kata Aryan lalu segera turun daripada katil untuk turun ke bawah ambil baju
"Merajuk ke Along sayangku sorang ni?" tanya Arda main-main
"Takdela, dah tepi, Along nak turun" balas Aryan tegang
"Hahahahaha merajuk cepat sungguh Along ni, dah pergi duduk diam-diam kat atas katil tu dan tunggu adik naik sekali dengan baju-baju kita dua" pujuk Arda lalu segera turun sementara Aryan duduk menunggu diatas katil sambil tersenyum bahagia kerana lakonan nya berjaya
Beberapa minit kemudian,
"Nah baju Along" kata Arda sambil menghulurkan satu bakul yang dipenuhi dengan baju Aryan
"Thanks dohhh adikku tersayang!! Terpedaya juga ehhh budak comel ni hahahahaha" balas Aryan sambil ketawa selepas mengambil bakul yang dipegang Arda
"Apa??!! Along berlakon je ke tadi?" tanya Arda terkejut
"Haah hahahaha, padan muka, dah jangan mengadu dah dekat Mama dengan Papa, kalau tak Along tak nak beli kan album NCT yang baru" balas Aryan sambil memujuk Arda dengan mengusap kepala Arda
"Haishh yela2 tapi janji belikan album NCT full ver ehh" balas Arda mengalah
"Ye-ye, dah Along nak gi siap dulu, takut si Tuan Muda Eariq Rizqin tu menunggu, kang mengamuk pulak" balas Aryan
"Ok! Tapi hari ni Along balik pukul berapa?" tanya Arda
"Xtahu lagi sebab Along rasa macam tak sedap hati je dengan Eariq tu, rasa macam ada hal yang tak kena je dekat dia" balas Aryan
"Apa-apa nanti Along roger adik balik ok?" sambung Aryan
"Ok boleh, hati-hati bawak motor kejap lagi ok? Jangan bawa laju sangat, bahaya sebab tayar motor Along kan tak tukar lagi. Takut jadi apa-apa pulak" balas Arda risau
"Ye2 adikku sayang, Along akan dengar sepenuhnya arahan adik" balas Aryan sambil tersenyum
"Dah pergi la balik bilik tu, Along nk gi bersiap ni" sambung Aryan sambil menolak Arda lembut ke arah pintu
"Ok" balas Arda lalu terus kembali ke biliknya manakala Aryan juga terus segera bersiap untuk keluar berjumpa Eariq
Selepas 30 minit, Aryan dah selesai bersiap, di hadapan bilik Arda
Toktok
"Adik, buka pintu kejap" panggil Aryan sambil mengetuk pintu bilik Arda lalu pintu pon dibuka oleh Arda daripada arah dalam
"Ye Along kenapa?" tanya Arda pelik
"Along nak gerak dulu and kalau Mama ke Papa cari Along cakap kat diorang kata Along keluar jumpa Eariq Rizqin" balas Aryan sambil mengusap kepala Arda
"Ohhh ok, nanti jangan lupa bagitahu Arda bila nak balik takut makanan sejuk pulak and tak boleh nak dimakan" balas Arda sambil tersenyum kerana kepalanya diusap oleh Aryan dan membuatnya rasa tenang
"Ye baik Tuan Puteri kesayangan yang cantik comel ni, Along gerak dulu ok? Kalau nak apa-apa jangan lupa telefon atau mesej Along ok?" jawab Aryan sambil tersenyum lalu bergerak daripada hadapan bilik Arda dan turun ke bawah
"Ye-ye baik Tuan Putera kesayangan Arda yang handsome dan macho ni, bye! Bawa motor elok-elok!" balas Arda dengan tersenyum memandang kelibat abangnya yang semakin menghilang lalu terus masuk ke biliknya dan berbaring kembali di atas katilnya sambil membaca novel online.
"Arghhh kan best ada suami macam Abe Ilhan Zaim, dah la handsome lepastu bad boy. Dah tu sweet dan romantik pulak, arghhh memang idaman lah!" cakap Arda seorang diri sambil tersenyum kerana membayangkan watak Ilhan Zaim
"Tapikan ade ke lelaki yang macam ni kat kehidupan sebenar selain Papa dengan Along? Rasa macam takde je. Huhu, sedih la macam ni" sambung Adra sedih kerana sedar akan ketidak wujudan lelaki seperti Ilhan Zaim, watak fiksi dalam cerita novel online yang diminatinya.