13

101 9 0
                                    

Disisi Aryan dan Arda,

"AHHHHHH TOLONGLAH!!! AKU TAK NAK MACAM NI!! JANGAN KAWAL FIKIRAN DAN EMOSI AKU!! DIA AKAN SELAMAT! TAK KAN ADA BENDA BURUK YANG JADI!!" jerit Aryan disebabkan fikiran buruknya makin menjadi-jadi sambil menumbuk dinding kuat sehingga darah mengalir teruk daripada tangan kirinya

Tok tok,

Bunyi ketukan yang kuat daripada arah luar pintu bilik air Aryan dan dengan segera dia berhenti menjerit dan mandi lalu segera membuka pintu untuk melihat siapa. Ternyata adiknya , Arda yang mengetuk pintu dengan muka yang sangat risau

"Along ok tak? Kenapa jerit-jerit ni? Fikiran buruk along datang lagi ke? Pasal Abang Eariq ke? Jangan bagi yang lain risau dengan keadaan abang , ni baru adik je yang tahu abang jerit-jerit" tanya Arda bertalu-talu kerana risau akan keadaan alongnya selepas mendengar jeritan alongnya tadi

"Banyaknya soalan kau dik , yup along tak ok dan semua sebab Eariq ,  along rasa ada yang tak kena dengan Eariq , along risau Eariq jadi apa-apa je" balas Aryan sambil memandang tepat ke arah muka adiknya dan menahan kesakitan di tangannya akibat luka hasil ulah nya sendiri tadi

"Tapikan Mama dengan Papa tak dengar kan along jerit tadi? Risau pula kalau diorang tahu" tambah Aryan risau takut mengganggu rehat Mama dan Papanya

"Hehe sorry , adik faham apa yang dirasakan dan adik nak bagitahu along yang daripada tadi adik nampak raut wajah abang Eariq lain tapi takut salah tekaan , selalunya firasat along la paling tepat tu yang adik diam je. Dan Ya , Mama dengan Papa tak tahu yang along jerit tadi , Arda je yang dengar sebab bilik kita bersebelahan kan" balas Arda yang masih tidak sedar akan luka ditangan alongnya

"JUP!! ALONG!! TANGAN ALONG BERDARAH TERUK LA!! YA ALLAH KENAPA LAH AKU TAK PERASAN DARIPADA TADI!! JOM ADIK UBATKAN TANGAN ALONG TU , MAAF SEBAB ADIK BARU PERASAN" jerit Arda terkejut bertambah gelabah selepas melihat tangan alongnya yang berdarah teruk dan rasa bersalah disebabkan dirinya baru perasan akan keadaan tangan alongnya lalu segera membantu alongnya ke katil untuk membantu mengubati tangan alongnya

"HEY! Perlahan sikit suara tu , kang tak pasal-pasal Mama dengan Papa dengar. Tak pe along tak marah pun kalau adik baru perasan dan along tak salahkan sesiapapun sebab luka ni pun ulah daripada along sendiri " pujuk Aryan sambil mengusap kepala Arda dan menunjukkan senyuman yang manis meskipun dalam kesakitan

"Sorry along" balas Arda lalu segera mengubati tangan alongnya dengan lemah lembut supaya tangan alongnya tidak bertambah sakit

20 minit kemudian,

Arda pun telah selesai merawat tangan alongnya dan juga telah selesai membersih bilik alongnya yang dipenuhi darah luka

Tiba-tiba,

Tuttut tuttut

Telefon Aryan berdering menandakan ada panggilan masuk , dan nama yang tertera ialah daripada Eariq lalu dengan segera dia mengangkat telefon tersebut

"APA??! DIA DEKAT MANA SEKARANG?!"

"BAIK! SAYA GERAK SEKARANG!"

"Terima kasih atas pemberitahuan ini"

Lalu dengan segera Aryan bersiap untuk keluar

"Along nak pergi mana dengan sakit-sakit ni?! Siapa yang telefon along tadi?"

"Along nak kena gerak pergi hospital dik , Eariq kemalangan teruk dan sekarang masih dalam bilik kecemasan" balas Aryan risau sambil bergegas bersiap dan dibantu oleh adiknya

"APA?! Abang Eariq kemalangan?! Ya Allah teruknya , kejap biar adik ikut along , along tak boleh bawa motor sebabnya kedua-dua belah tangan along luka , biar adik yang bawa along naik kereta pergi sana" kata Arda lalu segera bergegas ke biliknya , bukan sahaja dirinya merisaukan Eariq malahan juga risau akan keadaan Aryan , alongnya yang juga mengalami kecederaan meskipun ulah alongnya sendiri

"EHHH adik! Tak-" panggil Arda tetapi dicelah Arda dan akhirnya mengalah

"Along please la jangan degil , nanti bukan abang Eariq je yang teruk takut sekali dengan along ikut sekali masuk hospital" pujuk Arda lalu segera kembali ke biliknya

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now