"ABANG AYAN!!! BANGUN!!! PALLI!!" kejut Khayla sambil mengetuk periuk dengan senduk besi milik Mamanya ditepi katil Adyan , dimana tuan empunya badan masih sedap melayan tidur
Adyan yang pada awalnya tidur dalam posisi meniarap dengan menyembamkan muka ke bantal akhirnya berubah dengan mengambil bantal dimuka lalu menekup telinga akibat bunyi bingit yang dihasilkan oleh little girlnya disebelah katil
"ALLAH , LITTLE GIRL! SEKARANG BARU PUKUL 2 PM , MATAHARI PUN TENGAH TERIK TU MACAM MANA NAK BRISKWALKNYA?! KANG PENGSAN PULA NANTI! ORANG BRISKWALK PETANG PUKUL 5 BUKAN TENGAH HARI PUKUL 2!!" Adyan yang masih mamai akhirnya mengalah dengan bunyi tersebut terus membalas dengan intonasi yang terpaksa dikuatkan untuk melawan bunyi ketukan yang dihasilkan dengan kepalanya masih setia ditekup bantal
"APA!! TAK DENGAR!! EIII ABANG AYAN!! BANGUNLAH!!"
Khayla masih setia mengetuk periuk dengan senduk yang diketuk sedari tadi meskipun dia sendiri tidak dengar jelas apa yang dikatakan oleh Abang Ayannya. Dia tidak kisah jika perbuatannya sekarang mengganggu penghuni rumah yang lain , apa yang penting abang sepupu kesayangannya bangun daripada tidur. Dan dia juga tidak kisah jika nanti akan dimarahi oleh Mamanya akibat merosakkan peralatan kegunaan memasak Mamanya. Tengku Arda Mikhayla selalu redha apa yang akan berlaku kedepannya
Punyalah melantak tidur daripada lepas subuh tadi sampai dah masuk Zuhur pun tak cukup lagi , memang teruk betul Tengku Adyan Mateen Bin Tengku Luth Ilham ni. Dah la tinggal seminggu je lagi masa dia untuk berada di Malaysia , boleh pula dia qada' tidur dia , bukannya nak luangkan lebih masa lagi dengan Khayla
"Ya Allah susah betul nak bangunkan biawak liat ni!" kata Khayla lalu menguatkan lagi ketukan tersebut , biar mengamuk biawak liat bernama Tengku Adyan Mateen Bin Tengku Luth Ilham ni
"ABANG AYANNNNNNN !!! BANGUNNNN!!" jeritnya sambil ligat mengetuk tanpa henti
"Allah anak siapa la sebelah aku ni? Adik sepupu kesayangan siapa la budak ni? Ohhh lupa budak sebelah ni anak Pak Teh tapi bukan adik sepupu kesayangan aku. Adik sepupu kesayangan siapa ni? Tolong ambil kejap!!"
< Ohhh time macamni tak ngaku pulak ehhh , Dyan😂 >
"Apa lah dosa aku selama sebulan kat sini sampai tak tenang aku nak tidur kena kacau dengan budak ni? Nak tidur panjang sikit sehari pun tak tenang"
"Malang betul nasib aku. Padan muka kau Tengku Adyan Mateen , siapa suruh kau terima permintaan budak ni untuk tidur kat rumah Pak Teh , kan dah merana kau. Ni nasib sorang je berulah , kalau si katik pun join memang aku rela mati awal"
< Dah terlambat untuk berpatah balik wahai Dyan😌 >
"Lantak kau lah little girl , ketuk la kau sampai kau letih sendiri , biar pekak telinga kau akibat ulah kau tu. Aku tak nak layan"
Monolog Adyan sendirian didalam hati sambil cuba sedaya upaya membuat tak endah dengan bunyi ketukan tersebut
Selepas beberapa minit akhirnya bunyi ketukan tadi sudah tidak kedengaran. Adyan pun apa lagi , memang terus menyambung tidur dengan senyuman bahagia tanpa menyedari bala baru bakal tiba
******
Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku
Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah jangan tersilap
Jangan abaikanku
Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah jangan tersilap
Jangan abaikanku
ANDA SEDANG MEMBACA
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanfictionYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...
![Badboy-Liebe [Diterbitkan]](https://img.wattpad.com/cover/336582326-64-k272188.jpg)