43 ♡Eariq berubah?♡

99 6 2
                                        

Eariq setia memandang tompokan merah diatas cadar tilam mereka sambil dirinya bersandar di kepala katil , menunggu isterinya keluar daripada tandas , sungguh dia tidak sangka akhirnya mereka melakukan malam pertama mereka dan merupakan hadiah 1st anniversary mereka daripada Mikhayla untuknya. Dia masih lagi dalam keadaan tidak percaya akan apa yang terjadi tadi kerana yang menggoda dulu adalah bidadarinya. Dikala itu dia juga bersyukur kerana isterinya telah memberi kepercayaan penuh kepadanya dan dia takkan pernah sia-siakan seorang bidadari yang sangat sempurna dimatanya , Tengku Arda Mikhayla

Pandangannya teralih ke arah Mikhayla yang sedang menapak keluar daripada bilik air dengan agak perlahan akibat sakit dibahagian kewanitaan dan pahanya selepas mendengar bunyi pintu dibuka. Eariq yang melihat isterinya yang sedang menahan kesakitan mula diselubungi rasa bersalah dan kasihan lalu dengan segera turun daripada katil untuk membantu isterinya kembali ke katil mereka. Mikhayla yang telah siap menyarung kembali lingerie satin hitam terus didukungnya secara bridal style lalu diletakkan dengan berhati-hati diatas katil.

Setelah memastikan isterinya benar-benar selesa maka dirinya juga kembali berbaring disebelah dengan belakangnya disandarkan di kepala katil lalu menyandarkan kepala isterinya didadanya dan beberapa kucupan dihadiahkan diubun-ubun isterinya.

"I'm sorry mein Liebe"

Mikhayla yang sedang mendengar rentak jantung suaminya yang menjadi rutin hariannya sebelum tidur terus mengangkat kepala mencari wajah kacak suaminya dengan pandangan pelik. "Ha?" tanya Mikhayla. Apa hal pula laki aku ni nak minta maaf bagai?

"Es tut mir leid, Liebling, dass ich dich verletzt habe. Früher war ich zu hart (I'm sorry, love, for hurting you. I used to be too hard earlier)" kata Eariq dengan perasaan serba salah

"Abang..Look at me please" panggil Mikhayla sambil mengusap lembut pipi suaminya dengan pandangan redup

"Kenapa Abang nak minta maaf ni? Abang tak buat salah pun dan saya faham perasaan Abang. Saya yang salah sepatutnya sebab dah kecewakan Abang"

"Abang minta maaf la sebab Abang terlepas dan dah sakitkan awak. Buat awak terpaksa bagi hak suami dekat Abang sekarang"

"Dah setahun kita kahwin jadi dah sampai masanya untuk saya lupakan trauma tu dan serahkan diri saya kepada Abang. Saya betul-betul rela bukan terpaksa. Pasal Abang terlepas tadi tu saya tak marah pun sebab saya faham perasaan nafsu Abang. Tak mau minta maaf lagi ok? Kalau Abang minta maaf lagi saya pula yang akan merajuk"

"Baik bidadari Abang , Abang janji takkan minta maaf dah pasal ni. Abang nak ucap terima kasih je dekat Liebe sekarang"

"Terima kasih Liebe sebab dah bagi kepercayaan kepada Abang. Akhirnya Abang dah tanam benih Abang dalam badan sayang dan harap dia membesar dekat sini" kata Eariq sambil mengusap lembut perut Mikhayla lalu mencium seluruh muka isterinya penuh kasih sayang. Mikhayla hanya mengekek ketawa geli dengan perbuatan suaminya itu

"Sama-sama Abang. Abang dah maafkan Khayla? Khayla betul-betul takde niat pun nak sakitkan hati Abang. Khayla cuma tak nak Abang terlalu ikut perasaan dendam tu"

"Abang tak marahkan awak pun Liebe. Sebenarnya Abang diamkan diri bukan sebab marahkan awak tapi sebab Abang tengah cuba fikir perkara yang awak cakap tu dan dalam masa yang sama sahaja je Abang nak buat-buat merajuk , nak tengok awak pujuk macam mana"

"WHAT?! Jadi selamani Abang tak merajuk pun?!"

"Ye bidadari Abang , sorry Liebe. Abang tak sangka pula sampai macam ni awak pujuk tapi rasa best juga sebab dapat hadiah special malam ni"

"EARIQ RIZQIN BIN HARRAZ SHAH!!! TAK GUNA PUNYA LAKI! BOLEH DIA PERKENA AKU! MALANG BETUL DAPAT SUAMI YANG PERANGAI PELIK-PELIK NI!" Mikhayla segera bangun daripada pembaringan lalu mencubit bertalu-talu puting dada dan perut Eariq. Eariq hanya ketawa seronok dengan tingkah isterinya sekarang dan hanya redha dirinya dicubit oleh isterinya. Nampaknya puting dada dan perutnya juga telah menjadi kegemaran isterinya sekarang.

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang