22

58 5 0
                                        

*** 2 minggu kemudian ***

Eariq Rizqin pun telah dibenarkan pulang ke rumah untuk proses pemulihan diri. "AHHH AKHIRNYA AKU DAH BOLEH BALIK , BORING GILA DUDUK SINI , ASYIK TENGOK MUKA KAU JE , RYAN" sakat Eariq dan juga berasa sangat syukur dirinya sudah dibenarkan pulang ke rumah

"YA ALLAH LAHANAT NIIII!!! SUMPAH STRESS AKU SEJAK LEPAS KAU SEDAR DARIPADA KOMA , PERANGAI KAU MAKIN TERUK NGOK!!" balas Aryan yang terlalu penat kerana selalu disakat Eariq

"HAHAHAHAHA , kan kau kata dah 2 bulan kau rindu aku , rindu nak gaduh dengan aku , jadi aku tunaikan la"

"Tak macam ni juga dho , sesekali sudah la , bukan memanjang kena gaduh , kau tak penat ke? Aku yg tak sakit pun penat , ni kan kau yang sakit tu , sumpah tak penat ka?"

"Penat tapi nak buat macam mana aku terlebih boring , selalu tengok muka kau je"

"Yela-yela , ikut kau je la Tuan Muda Eariq Rizqin Harraz Shah" balas Aryan mengalah

"Ye saya HAHAHAHA , dah jom balik"

"Kau nak balik mana ni , kang hantar tempat silap mau melenting teruk?"

"Balik apartment aku , buat semak je kalau balik rumah yg satu lagi tu"

"Ok , ohhh sebelum lupa , motor kau masih dalam bengkel tau sebabnya kerosakan dia teruk so lambat sikit nak siap"

"Ahhh tak pe , ada motor ke tak de ke sama je , kau mesti tak bagi aku pergi mana-mana juga"

"Ehhh Ya Allah pandainya kau , dah berubah ehhh lepas 2 bulan koma. Makin pandai dah"

"EHHHH LAHANAT NI"

"HAHAHAHA" ketawa mereka bersama

*** Di Apartment ***

"Dah sampai pun , kau boleh ke duduk sorang atau kau nak aku temankan juga?"

"Boleh jela , nanti kalau aku perlukan apa-apa atau ada apa-apa jadi aku gitau la kau"

"Yela , motor aku yang satu lagi ada kat bawah bersebelahan dengan kereta kau , jadi kalau kau nak keluar nanti naik jela yang mana kau nak , janji hati-hati , jangan jadi macam ni dah. Lagi satu sebelum nak pergi mana tu bagitahu aku dulu"

"Ye baik , thanks sebab dah banyak bantu aku , jadi sekarang kau nak pergi dah ke?"

"Tak de la , aku duduk teman kau seminggu , Papa aku bagi cuti , dah aku nak gi siapkan makanan jup" balas Aryan lalu segera ke dapur untuk menghidangkan makanan yang mereka sempat beli tadi selepas selesai mengemas apa yang patut

"Kau pergi la rehat dulu , nanti dah siap aku panggil"

"Ye la" balas Eariq

****

"Weyhhh , Rith tak balik ke?"

"Dia balik kejap haritu tengok kau lepastu dia balik rumah keluarga dia balik sebab Mom dia sakit"

"I see , ingat dia tak jumpa jalan balik sini langsung"

"HAHAHA bodoh , dah cepat habiskan makanan lepastu masuk rehat balik , malam nanti nak kena pergi rumah aku untuk makan malam"

"Ye-ye , aku makan la ni"

Selepas selesai makan , mereka pun segera masuk ke bilik masing-masing untuk berehat

* Kat Apartment bujang tu asalnya diorang tinggal 3 orang iaitu Eariq Rizqin , Aryan Mikhayl dan Harith Fayyad. Diorang merupakan tiga kawan baik tapi Harith ni jarang ada kat rumah sebabnya dia belajar di Universiti lain daripada Eariq dan Aryan dan mereka mula rapat daripada sekolah menengah dulu. Eariq ialah tuan rumah kepada rumah yang mereka tinggal sekarang , manakala Aryan dan Harith juga masing-masing mempunyai Apartment masing-masing dan berada di tingkat yang sama. Kenapa tinggal dekat apartment Eariq? Sebabnya dekat apartment Eariq semua kelengkapan ada manakala apartment Aryan dan Harith masih dalam proses.

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang