44 ♡Pregnant!♡

83 6 3
                                    

Kini sudah seminggu berlalu selepas majlis pertunangan Adyan dan Isqandar berlangsung.

"Abang bangun la , jom turun sarapan. Semua dah siap tinggal Abang je sekarang" kejut Mikhayla lembut sambil menepuk perlahan lengan Eariq yang sedang tidur menelentang itu

"Emmm ngantuk la liebe , 5 minit lagi ehh"

"EARIQ RIZQIN BIN HARRAZ SHAH!! BANGUN CEPAT SEBELUM SAYA SIMBAH ABANG DENGAN AIR!"

"Please Liebe , bagi Abang masa sikit je lagi lepastu Abang janji Abang bangun" pujuk Eariq sambil menggoyangkan sedikit tangan isterinya yang sedang berdiri disebelah itu

"HA TAHU PUN NGANTUK! TU LA GATAL LAGI NAK MERAJUK DENGAN NANGIS SAMPAI KE PAGI. DIA YANG LETAK MERATA KAIN TU LEPASTU DIA SENDIRI YANG MERAJUK! DIA SENDIRI YANG MUNTAH DENGAN MIGRAIN TAPI DIA SALAHKAN KITA JUGA"

"Sorry mein Liebe , Abang tahu Abang salah tapi please give me another 10 minutes more"

"Allah laki aku ni susah betul nak bangun , sama je perangai dengan Diaz Vercetti lain , semua biawak liat" monolog Mikhayla sendirian sambil menggeleng kepalanya perlahan. Penat melayan perangai Eariq yang makin menjadi-jadi sejak dua menjak ni. Fius putus banyak mana pun tak tahulah

"NO EARIQ RIZQIN BIN HARRAZ SHAH! Bangun sekarang! Tak payah nak 10 or 5 minit sangat , tadi kata 5 minit je ni jadi 10 pula. Lepastu kejap lagi jadi 15 minit ha?"

"Ye , kejap lagi 15 pula" Eariq yang masih menekup mukanya dibantal itu mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh isterinya tanpa mendengar dengan jelas

"YA ALLAH EARIQ RIZQIN BIN HARRAZ SHAH! Ni baru kita berdua , takde anak lagi tapi perangai dah tak semegah dah , kalau ada anak entah la apa pula jadinya"

"Ehh jup...Anak? Rasanya Kak Iriss ada bagi tahu ciri-ciri ibu mengandung macam mana haritu masa kat majlis" monolog Mikahyla sendirian sambil mengingati kembali perbualan antara dia dan kakak iparnya

**

Flashback

"Akak , adik nak tanya sikit boleh?"

"Tanya tentang apa tu sayang?"

"Memandangkan sekarang akak dah mengandung 4 bulan kan jadi adik nak tanya la apa simptom-simptom yang menunjukkan seorang perempuan tu mengandung. Like perubahan hormon ke? Adik nak tahu juga pengalaman daripada akak"

"Ohh boleh je sayang , awak nak akak cerita daripada awal ke?"

"Boleh juga , nanti kalau adik ditakdirkan mengandung boleh lah adik agak beberapa tanda yang menyatakan adik mengandung sebab apa yang adik tahu simptom ibu mengandung ni tak banyak beza pun dengan ibu-ibu lain kecuali ngidam je yang akan lain"

"Apa yang adik cakap tu betul , tapi ada perlu ingat satu perkara lagi. Kadang tu ibu mengandung ni tak mengalami perubahan hormon atau ngidam apa-apapun , she looks normal as always lepastu tahu-tahu je dah mengandung 1 atau 2 bulan sebab perut mulai nampak bentuk dia"

"Bila si ibu tak mengalami apa-apa simptom masatu maka si bapa yang akan mengalami simptom menggantikan si ibu. Si bapa akan mengalami morning sickness dan contohnya muntah yang sering meskipun tidak silap makan. Si bapa akan mengalami perubahan mood , mungkin dia akan cepat merajuk , terlalu manja atau cepat marah dan mungkin juga akan cepat sedih. Semua ni bergantung dengan hormon si bapa sendiri. Dia juga akan mengidam pelik-pelik , lakukan perkara yang tak pernah dia lakukan sebelum ini dan masatu kita akan nampak perubahan pada si bapa secara tiba-tiba. Lepas je nampak ada perubahan tu kita kena terus pergi check dan insha Allah mungkin kita dah berbadan dua masatu"

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now