6

122 8 0
                                    

Sementara it di rumah Aryan, sedang seronok Eariq berbual dengan Aryan , tiba-tiba

Trittt tritt
Telefon Eariq berbunyi menandakan ada pesanan masuk dan dengan segeranya dia membaca pesanan tersebut. Pengirim pesanan tersebut merupakan Daddynya

"Haishh apa lagi la orang tua ni nak" kata Eariq malas

"Asal? Sapa yang hantar pesanan kat kau tu?" tanya aryan selepas Papa nya masuk ke dalam rumah

"Daddy aku yang hantar, malas ahhh nak buka"

"Kau jangan, aku tahu kau still marah and kecewa pasal tadi tapi jangan la biarkan rasa tu berlarutan sebabnya tu daddy kau dan dia mesti rasa bersalah lepas pukul kau tadi" pujuk Aryan

"Mungkin tadi dia tak de niat pon nak naik tangan kat kau and pukul kau sampai macamni , mungkin dia terlepas sebab dia terlalu geram dengan tingkah kau, percakapan kau, dan macam-macam lagi, cer kau bagitau aku ibu bapa mana yang benci anak dia dan tak nak anak dia bahagia, tak nak anak dia berjaya jadi anak yang berakhlak"

"Papa aku pun ada juga marah aku dengan Arda sebab kitorang nakal tapi kitorang amik kira semua tu daripada sisi positif , sama la macam daddy kau , kau kena ambil teguran dia tu daripada sisi positif , buka mata kau dan buang jauh-jauh pemikiran negatif"

"Kalau la aku duduk tempat daddy kau pun aku rasa aku buat benda yang sama sebabnya aku nak didik anak aku jadi baik dan berakhlak, aku yakin kau pun mesti nak anak yg baik dan berakhlak kan, betul tak?" pujuk Aryan sambil membebel

Eariq terdiam mendengar kata-kata Aryan dan cuba untuk memahami serta mentafsirkan kembali apa yang dikatakan oleh Aryan

30 minit kemudian,

"Macam mana? Dah faham apa yang aku sampaikan tadi?" tanya Aryan sambil menepuk bahu Eariq

"Hurmm yela-yela, betul juga apa yang kau cakap tadi tapi aku masih tak boleh n- haishhh" balas Eariq serabut

"Arghhh sumpah aku rasa serabut sekarang" tambah Eariq

"Ye-ye aku paham, tak pe yang lain tu kita fikir nanti ok? Kau tahu kan apa yang penting kau kena buat sekarang?" tanya Aryan sambil memujuk Eariq untuk bertenang

"Hurmm tahu, aku kena balas pesanan daddy lepastu kena cakap baik-baik , tak boleh tengking dan carut" balas Eariq

"Betul tu, jadi silakan wahai Tuan Muda Eariq Rizqin, sila balas pesanan tu dengan tenang dan sopan kan ayat kau tu" balas Aryan setuju

Eariq dengan segera membaca pesanan yang dihantar oleh daddynya dan terus membalas pesanan tersebut

Selesai Eariq membalas pesanan daddynya,

"Daddy kau kata apa?" tanya Aryan ingin tahu

"Daddy ajak aku keluar dinner sekali dengan diorang malam ni" balas Eariq

"So kau setuju ke tak? Kau jangan kata yang kau tak setuju , aku hempuk kau nanti" tanya Aryan

"Ishh kau ni , aku balas setuju la , dah la aku nak sambung rehat lagi sebelum gerak balik rumah" balas Eariq

"Pukul berapa kau nak gerak?" tanya Aryan

"Pukul 8 aku gerak dari sini sebab malas nak gerak awal sangat" balas Eariq

"Ok kau rehat la , nanti aku kejut kau kalau dah pukul 8" kata Aryan

"Ok baik" balas Eariq lalu kembali rehat sementara menunggu pukul 8

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now