23

65 5 0
                                    

*** rumah keluarga Eariq ***

"Pia , abang nak cakap sikit boleh?"

"Ye kenapa bang? Ada apa-apa masalah ke yang berlaku kat pejabat hari ni?

Tuan Harraz menggeleng "Saya memang ada masalah yang difikirkan tapi bukan hal pejabat. Kerja kat pejabat semua lancar elok je"

"Kalau bukan pasal pejabat terus pasal apa bang?"

"Pasal Eariq , dah 2 bulan kita tak pergi jenguk dia kat hospital disebabkan terlalu sibuk jagakan Aus"

"Kita punya la sibuk jaga Aus sampai lupa yang Eariq pun terlantar tak sedarkan diri kat hospital"

Puan Safia menepuk dahi "Ya Allah , saya lupa pasal Eariq sebab sibuk sangat fikir pasal Aus yang tak selesai lagi sampai sekarang"

"Apa kata hari ni kita pergi jenguk Eariq? Tah macam mana dia kat hospital tu , Aryan dengan adik dia pun tak bagitahu kita apa-apa lepas kita melawat hari tu"

Puan Safia mengangguk setuju "Boleh tu abang , kejap lagi kita pergi tapi Aus macam mana?"

"Kita ajak la dia , mungkin dia nak ikut memandangkan dia pun dah makin sihat balik"

"Kalau macam tu saya pergi naik bilik dia tanya kejap" lalu Puan Safia segera naik ke atas menuju ke bilik Aus

******

"Again? Arghhh semak ahhh"

******

"Ada sesiapa ke kat apartment? Diorang dah balik ke? Ke ada orang pecah masuk? Ke aku salah apartment ni? Tapi betul la , takkan la aku dah lupa kedudukan apartment lepas tak balik 1 bulan lebih. Aduhhh risau aku , haishhh nak buat macam mana ni?!" katanya gelisah selepas ternampak ada kasut dihadapan pintu apartment

"Haishhh aku call Aryan jela tanya , kang kalau penjahat ada dalam tu memang terus habis riwayat hidup aku , tak sempat nak kahwin lagi"

* dalam panggilan *

"Assalamualaikum , Ryan"

"Waalaikumussalam , ye Rith kenapa?"

"Aku ganggu ke ni? Kalau aku ganggu tak pe la , aku call lain nanti"

"Ya Allah tak ganggu pun Harith Fayyad Bin Daris Muzaffar , kau call aku kenapa? Ada masalah ke? Perlukan bantuan?"

"Woii jangan la sebut nama penuh aku , kan dah terkantoi dengan readers nama Dad aku , baru nak rahsia lama sikit"

"Ehh la budak ni , biar je la diorang tahu , bukan ada masalah pun"

"Ada la masalah dia , takut nanti masa akad nikah tu nanti kena sekali akad je terus sah , tak seronok la , takde moment lawak"

"Astaghfirullahhalazim , kau yang akan akad nikah nanti bukan pengantin perempuan wahai Rith, dah stop sini. So apa hal kau call aku waktu macam ni? Dah la aku tengah sedap tidur"

"Ye juga kan HAHAHAH SORRY , aku salah. Aku call ni nak tanya kau sebenarnya , kau dekat mana sekarang?"

"Aku kat rumah la , kenapa?"

"Kau kat rumah family ke dekat apartment?"

"Aku kat apartment ni"

"Ohhh ok , tapi kau tak pergi jaga Riq ke? Dia masih koma kan? Riq ok je kan?"

"Ye Rith. Tak pun , sebabnya Riq dah takde -"

"APA?! RIQ DAH TAK DE? KAU JANGAN MAIN-MAIN , YA ALLAH AKU TAK MINTAK MAAF LAGI DENGAN DIA PASAL AKU CURI BURGER MCD DIA HARITU , TOLONG MAAFKAN AKU RIQ!"

"WOI RITH , KAU-"

"Takpe Ryan , kau tunggu aku kat apartment , aku tinggal lagi beberapa langkah je nak sampai dah , jangan broken lagi , tunggu aku" kata Harith lalu segera bergegas ke apartment mereka

"WOIII!! . AHHH TUTUP PULAK BUDAK NI!" kata Aryan sambil geleng kepala memandang Eariq yang sedang menahan ketawa dengan gelagat Harith walaupun hanya dalam talian di sofa ruang tamu selepas keluar daripada bilik untuk menunggu Ryan menjawab panggilan telefon bersama Rith.

< teruk sangat Harith punya gelabah ni , pening habis Aryan dengan Eariq >

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now