"Liebe...bila awak nak bangun ni hmm? Awak tak rindukan Abang ke?" kata Eariq sambil menggenggam tangan isterinya erat. Kini sudah tiga hari isterinya tidak sedarkan diri kerana cedera parah akibat benturan kuat dikepala. Dia dan yang lain masih setia menunggu isterinya sedar.
Tentang tugas Aus pula , dia telah berjaya meletakkan GPS itu kebahagian badan Mamanya seperti yang diminta oleh Adyan dan Isqandar. Dia juga disahkan menghidap penyakit kanser otak selepas seringkali dia mengalami sakit kepala yang teruk , yang rasanya seperti hendak meletup. Akhirnya dia mengetahui sebab kenapa dia berubah selepas disahkan mengambil ubat sejenis racun yang mampu membuatkan seseorang itu lupa ingatan , hilang kewarasan dengan dos yang banyak oleh doktor.
Hanya Adyan dan Isqandar sahaja mengetahui hal ini kerana mereka yang membawa dirinya berjumpa doktor semasa kepalanya sakit yang teramat sangat. Dia tidak ingin memberitahu sesiapa kerana dia merasakan tiada guna jika diberitahu pun.
"Abang pergi tandas kejap ye. Awak tunggu sini baik-baik tahu , kejap lagi Abang datang teman balik"
****
"Isteri Abang ni lamanya tidur sampai taknak tengok Abang , nyaman sangat ke hmm? Abang rindu nak spend time dengan awak tahu tak? Harini awak ok? Sebelum ni bila Abang tanya macam mana keseharian awak mesti awak balas but now you just give me a silent answer only" kata Eariq lalu mengusap lembut kepala isterinya sambil menggenggam erat tangan Mikhayla sebelum melabuhkan satu kucupan diubun-ubun isterinya. Takungan airmatanya pecah lagi , dia tidak mampu untuk menahan diri untuk tidak mengalirkan air mata
"Abang?" panggil seseorang yang sangat dinanti-nantikan oleh Eariq untuk sedar akhirnya membuahkan hasil. Mikhayla bangun daripada pembaringan dengan perlahan kerana kepalanya masih berasa sakit sambil dibantu suaminya.
"Liebe? Awak dah sedar? Ya Allah terima kasih kerana menyedarkan isteriku kembali. Terima kasih Liebe sebab dah sedar , Abang bahagia. Akhirnya awak sedar juga lepas 3 hari tak sedar. Awak ada rasa sakit apa-apa? Nak Abang panggilkan doktor?" kaya Eariq lalu segera memeluk isterinya
"Abang...saya ok la. Lamanya saya tidur , kesian suami saya ni kena jaga saya. Tapi kenapa Abang makin kurus ni? Abang tak makan ke?"
"Abang tak lalu Liebe. Abang rindu awak , rindu nak awak suap Abang makan macam selalu , rindu kenangan kita dimana kita saling menyuap semasa makan"
"Abang...jangan la nangis. Kenapa Abang sanggup seksa diri macamni? Abang sepatutnya kena makan juga , nanti Abang gastrik macam mana? Siapa nak jaga Khayla?" balas Khayla sambil mengelap airmata suaminya lalu kembali memeluk suaminya.
"Maaf Liebe sebab Abang dah kecewakan awak. Abang dah mungkir janji Abang , Abang tak lindung awak dengan baik sampai awak cedera. Abang kecewakan awak juga sebab Abang buat perangai macam budak-budak , Abang tak makan tapi serius Abang cakap yang Abang memang takde selera makan , Abang rasa Abang hilang nyawa bila awak tak sedarkan diri macamni"
"Abang...jangan la salahkan diri tu , semua ni takdir Allah. Allah dah tentukan semuanya dan mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Abang dah lindungi saya dengan baik , Abang tak mungkir janji pun. Khayla tak kesah pun kalau Abang perangai macam budak-budak macamni tapi saya tak nak la sampai Abang tak makan , saya risau tahu tak? Abang kena makan juga walaupun sikit boleh? You already done your best for me , mein böser Junge" balas Mikhayla lalu mengucup kedua belah pipi Eariq sebelum mencium bibir suaminya itu.
Dia berasa sangat selamat dan nyaman didalam pelukan suaminya. Dia akui sejak berkahwin dengan Eariq , traumanya semakin berkurang dan dia sudah mula terbuka dengan kehadiran Aus serta mampu berbual walaupun sedikit.
![](https://img.wattpad.com/cover/336582326-288-k272188.jpg)
YOU ARE READING
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanficYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...