11

86 7 0
                                        

Eariq telah pun tidak sedarkan diri sepenuhnya semasa dalam perjalanan ke hospital kerana terlalu lemah akibat pendarahan teruk.

** Sebelum kejadian berlaku **

*** Disisi Aryan ***

"Ahhh baik aku mandi dulu untuk segarkan diri sementara tunggu si Eariq tu hantar pesanan bagitahu kata dia dah selamat sampai" kata Aryan selepas sampai di biliknya

"Tapikan kenapa ya hati dengan perasaan aku rasa tak tenang dan tak sedap hati sangat ehhh , rasa macam ada sesuatu yang berlaku , Eariq ok je kan?" tambah Aryan mula risau akan keadaan Eariq

"Ahhh tenang Aryan Mikhayl Bin Luth Irham , tenang ini hanya perasaan kau je , tak ada benda yang berlaku punya , percaya yang Eariq tak de apa-apa , kau ni cepat sangat la berfikiran buruk , tapi sebelum ni apa yg aku rasa semuanya menjadi nyata , AHHHH BERHENTI ARYAN!!! JANGAN TERLALU BERFIKIRAN BURUK , MAYBE KALINI TAK MACAM SEBELUM NI , SEMUA AKAN BAIK-BAIK JE , TENANG ARYAN TENANG" tambah Aryan lagi lalu segera masuk ke dalam bilik air untuk mendapatkan ketenangan dan menyegarkan badannya tetapi apa kan daya pemikiran Aryan masih dengan aura buruk nya sehingga dia menjadi sangat stress dan melepaskan nya dengan menjerit kuat dan memukul dinding didalam bilik airnya sehingga tangannya mengeluarkan darah supaya lebih tenang.

*Aryan , seorang remaja lelaki yang semakin meningkat dewasa yang mempunyai suatu kebolehan sejak kecil lagi dimana dia boleh rasa firasat apa yang akan berlaku kepada  orang dia sayang di sekelilingnya dengan hatinya. Tak kira firasat baik atau buruk semuanya dapat dirasakan olehnya dan apa yang dirasainya akan berlaku selepas itu tepat seperti yang dirasainya.

Disebabkan itu , dia mempunyai tahap risau dan takut yang teruk jika dia merasai sesuatu yang buruk akan berlaku kepada mereka seperti sekarang dimana dia sangat merisaukan keadaan Eariq selepas kehadiran firasat buruk terhadap Eariq. Disebabkan kebolehan ini juga menyebabkan Aryan menghidap penyakit tekanan diri dan ketakutan yang terlalu berlebihan , dia hanya boleh mengurangkan tekanan ini hanya dengan menjerit kuat dan mencederakan diri seperti memukul dinding.

*** Disisi Arda ***

"Abang Eariq baik-baik je kan? Kenapa aku rasa lain sangat ehhh masa tengok muka dia tadi? Macam akan ada sesuatu yang berlaku je , nak bagitahu Along ke tak ehhh tapi kalau apa-apa pun mesti Along dah halang dengan tegas sebabnya perasaan Along lagi tepat dalam sesuatu tu , harap Abang Eariq selamat dan dilindungi oleh rahmatNya" kata Arda pelik tambah risau akan keadaan Eariq dan berdoa agar Eariq selamat sampai ke rumahnya.

*Arda , seorang remaja perempuan yang semakin meningkat dewasa yang juga mempunyai suatu kebolehan sejak kecil lagi dimana dia boleh lihat firasat apa yang akan berlaku kepada orang yang dia sayang di sekelilingnya dengan hanya melihat perubahan aura riak wajah mereka. Tak kira firasat baik atau buruk semuanya dapat dilihat olehnya dan apa yang dilihatnya akan berlaku selepas itu tepat seiring dengan apa yang dirasakan oleh Alongnya .

Disebabkan itu , dia juga mempunyai tahap risau dan takut yang teruk jika dia melihat sesuatu yang buruk akan berlaku kepada mereka seperti sekarang dimana dia sangat merisaukan keadaan sahabat baik Alongnya iaitu Eariq selepas dirinya melihat aura buruk diriak wajah Eariq tadi. Disebabkan kebolehan ini juga menyebabkan Arda menghidap penyakit seperti Alongnya tetapi masih terkawal dan tidak seteruk Alongnya , dia hanya boleh mengurangkan tekanan ini hanya dengan mendiamkan diri dan menunggu.

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang