Kini sebulan telah pun berlalu. Hubungan adik-beradik antara Eariq Rizqin dan Ekmal Rizqi sudah membaik dan bahagia. Eariq menjaga adiknya dengan penuh kasih sayang sambil dibantu isterinya dan yang lain.
"Betul ke adik tak nak tinggal dengan Bang Qin sekali?" tanya Eariq sambil menyuap adiknya , Ekmal Rizqi makan
"Ye betul. Adik tak nak jadi penganggu dalam rumahtangga Bang Qin nanti. Cukuplah dulu" balas Ekmal atau lebih dikenali sebagai Aus sebelum ini.
"Dulu Bang Qin khilaf , dik. Sekarang Bang Qin harap sangat adik duduk dengan Bang Qin. Bang Qin nak tebus semua kesalahan yang Bang Qin dah buat dekat adik dan Bang Qin nak jaga adik Bang Qin sorang ni dengan minyak yang penuh"
"It's ok adik faham. Tapi adik betul-betul tak nak duduk sekali dengan Bang Qin. Bukan sebab dendam atau apapun cuma adik dah selesa sangat tinggal dekat sini. Tak semestinya kena pindah baru Bang Qin boleh jaga adik betul tak? Bang Qin boleh je datang tengok adik dekat sini bila-bila masa yang Bang Qin nak"
"Hmm yelah Bang Qin mengalah. Bang Qin ikut keputusan adik. Untuk sekarang , tolong maafkan Bang Qin ye. Banyak dosa yang Bang Qin dah buat dekat adik. Bukan mental je tapi fizikal sekali Bang Qin dera dulu."
"It's okay. I already forgave you a long time ago. I'm never held a grudge against you. I loves you , Daddy and Mummy's soul so much"
"Thanks dik. Bang Qin pun sayang adik sangat sama macam Daddy dan arwah Mummy. Bang Qin janji akan balas dendam dekat orang yang dah hancurkan keluarga kita"
"Tak payah. Allah ada untuk bantu kita membalas segala kejahatan dekat orang itu" halang Ekmal sambil memegang lengan kanan Eariq
"Don't be too much rush , Riq. Afraid that the results will not be the same as expected" celah Adyan yang sedang bersandar dimuka pintu bilik Ekmal duduki. Terlihat Isqandar juga bersandar bersebelahan Adyan. Dimana ada Tengku Adyan Mateen , disitu ada Noah Isqandar
"Betul dan lagipun kau takde bukti apa-apa pun untuk buktikan siapa yang salah. Jangan gelojoh tanam perasaan benci dan dendam kau dalam hati." tambah Isqandar tenang
"Tapi..."
"Biar kami yang siasat dahulu. Kau jangan kalut macam sebelum ni. Kau tak sayang nyawa kau takpe tapi tolong fikirkan perasaan Khay dan Ekmal sebab diorang perlukan kau yang merupakan pelindung" celah Adyan
"Hmmm baiklah"
"Adik" panggil Eariq sambil melihat Ekmal sedang fokus tengok televisyen diruang tamu rumahnya. Ekmal tinggal bersamanya 2 minggu setiap bulan seperti yang dipersetujui oleh kedua pihak.
"Ye" balas Ekmal dengan mata yang masih fokus dengan cerita kartun Ejen Ali yang sedang ditayang di televisyen milik abangnya.
"Can I talk to you for a bit?"
"Boleh tapi lepas habis cerita ni boleh?" rayu Ekmal sambil membuat muka sedih ke arah abangnya semasa iklan sedang ditayangkan
"Sure" balas Eariq sambil mengusap kepala adiknya dengan penuh kasih sayang.
"Jadi Bang Qin nak cakap apa?" tanya Ekmal yang tidak sabar untuk mengetahui apa yang ingin dikatakan abangnya itu setelah cerita kegemarannya habis ditayang
"Adik tak nak jumpa Daddy? Tak nak balik rumah Daddy?" tanya Eariq dengan tangannya masih setia mengusap kepala adiknya.
"Nak tapi.." ayat Ekmal terhenti akibat mula menggigil ketakutan. Eariq yang sedar akan keadaan itu terus menarik adiknya masuk ke dalam pelukan untuk menenangkan adiknya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanfictionYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...
![Badboy-Liebe [Diterbitkan]](https://img.wattpad.com/cover/336582326-64-k272188.jpg)