Harith memandang Eariq dan Aryan bersilih ganti dengan muka tidak mengerti "Jadi kau hidup lagi la Riq? Tapi kenapa tadi cara Ryan macam kata yang kau dah mati?"
"Ye la , kenapa? Kau ingat aku dah mati ke? Kau ingat yang depan kau ni hantu ke? Mana ada hantu siang-siang macam ni Yad dan mana ada hantu yang sekacak aku"
"Eleh perasan betul mamat ni. Ryan ahhh yang cakap kau mati masa call , kalau tidak mesti aku tak terkejut macam tadi , nasib tak terkencing dalam seluar"
"Ehhh buat elok sikit , kau yang potong ayat aku masa call tadi. Aku nak bagitau yang Riq dah takde dekat hospital sebab dah dibenarkan balik , tak sempat aku nak habiskan ayat kau dah kata Riq takde , so tu salah kau bukan aku. Kau ni tak pernah tak gelabah kan , kau yang gelabah tapi kami yang dituduh"
"Ye ehhh hehehe sorry , aku minta maaf kepada Riq dan juga Ryan"
"Aku boleh maafkan tapi dengan satu syarat"
"Syarat apa Riq?"
"Esok belanja kitorang MCD dan makanan lain untuk sehari , boleh? Ganti balik kau curi burger aku dan juga disebabkan kau tuduh aku dah mati tadi"
"Boleh-boleh , anything for you two. Janji korang maafkan aku hehehe"
"Kau duduk sini berapa lama pula?"
"Aku duduk macam biasa la , tak balik rumah keluarga dah sebab Mom pun makin sihat dan dalam sesi pemulihan kat rumah. Aku balik bila waktu cuti nanti je"
** keluarga Eariq **
"Ya Allah bang , mana Qin pergi ni? Dia dah keluar hospital tapi kenapa takde siapa pun yang bagitahu"
"Saya pun tak tahu , saya pun buntu nak cari dia dekat mana sebabnya telefon pun tak diangkat"
"Aus rasa abang balik apartment bujang dia kut , apa kata kita pergi sana tengok dulu. Kalau takde abang pun mungkin ada Bang Ryan"
"Mungkin juga , dah jom kita gerak sekarang"
* Dingdong *
Aryan membuka pintu lalu segera bertanya akan kehadiran keluarga Eariq "Ehhh uncle sekeluarga , macam mana boleh datang sini?"
"Kami pergi hospital tadi tapi pihak hospital kata Qin dah keluar , dan Aus teka yang korang dekat sini tu yang kami datang sini , boleh kami tengokkan Qin?"
"Ohhh masuk la dulu , dia pun baru je keluar daripada hospital pagi tadi , saya ada tanya nak bagitahu uncle sekeluarga tak tapi dia kata tak nak"
"Takpe-takpe uncle faham , mana Qin ye?"
"Riq! Keluarga kau datang ni"
"Kejap ehh , saya pergi buat air dulu" kata Aryan lalu dibalas anggukan daripada Daddy , Mama dan Aus
Eariq pun keluar daripada bilik menuju ke dapur untuk meminum air dan menampar punggung Aryan yang sedang fokus menyiapkan air "Ehhh lahanat ni , kau jangan nak cabul aku ehh , aku ni masih teruna dan aku nak isteri aku yang ambil keterunaan aku" kata Aryan
"Bodoh la hanat!" balas Eariq lalu mereka berdua ketawa bersama
^^ Aryan dengan jokes tiba² dia memang menjadi🤣 , ada ke fikir yang Riq nk cabul dia...kamu sangat berdosa Ryan🤣 ^^
Eariq pun segera bergegas ke ruang tamu untuk bertemu keluarganya dengan muka yang sangat tegang "Hmm , kenapa datang?"
"Qin ok?" tanya Mama
"Aku ok dan tak payah la nak kalut sangat pasal aku. Aryan apa semua ada untuk jaga aku , masa aku kat hospital pun Aryan dan adik dia je yang jaga , padahal kitorang bukan sedarah pun. Keluarga aku sekali je datang dan lepastu tak de dah"
"Maaf Qin , Daddy dengan Mama sibuk jagakan Aus sebab dia sakit-"
Eariq mencelah "Lantak lah apa pun masalah korang , yang pasti aku tak nak ambil tahu. Kalau takde apa dah boleh kot beransur pulang? Kitorang ada hal lagi nak buat kejap"
"Oiii hanat , jangan emosi sangat , kang tak pasal-pasal aku ketuk kepala kau kejap lagi" celah Aryan yang baru keluar daripada kawasan dapur
"Qin, Daddy nak kamu ambil alih syarikat utama Daddy kat Ampang , Daddy nak kamu yang uruskan syarikat tu dan Daddy hanya akan urus syarikat kecil je sekarang. Daddy nak kamu ubah cara hidup kamu tu , tengok Aryan dengan Harith , masing-masing dah ada kerjaya."
"Tak silap Daddy , Aryan dah pegang jawatan CEO dekat syarikat utama Papa dia , Empire Legacy kan?" tanya Daddy memandang Aryan yang baru sahaja menghidangkan air dan sedikit manisan tersisa dirumah mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanfictionYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...