Satu jam kemudian,
Trutt trutt
Menandakan ada panggilan masuk di telefon Eariq
"Assalamualaikum , bang Ryan , kami dah sampai dekat tempat letak kereta ni , baru nak bertolak ke bahagian lobi" kata Aus daripada pihak seberang
"Waalaikumussalam , ohh dah sampai ke? Kejap saya turun ke bahagian pintu masuk , saya pakai baju hoodie hitam sebelah , biru sebelah ya"
"Ahh baik , kami gerak ke sana sekarang"
"Baik"
Selepas selesai sahaja percakapan antara Aryan dengan Aus,
"Siapa yang telefon tu Along?" tanya Arda
"Adik tiri Riq , diorang dah sampai , Along turun bawah kejap tau nak ambil diorang , adik duduk sini kejap tengokkan Riq ok?" balas Aryan sambil menggosok lembut kepala adiknya
"Baik! Along pergi la sekarang , kesian pula diorang tunggu lama nanti" kata Arda sambil tersenyum manis
"Ye Along nak pergi la ni wahai adik manja Along sorang ni" balas Aryan lalu ketawa kecil
"Ishhh Along ni main-main pula , dah cepat pergi dan cepat balik sini" marah Arda lalu mencubit lengan kecil lengan Alongnya
"Aduh sakit lahhh adik! Dah Along gerak dulu , duduk baik-baik tau dengan Riq" balas Aryan sambil menggosok lengannya selepas dicubit oleh Arda
"Ye Tuan Muda Aryan Mikhayl Bin Luth Irham" balas Arda lalu ketawa kecil selepas memanggil Alongnya dengan nama penuh
"Ya Allah budak ni , geram pulak aku dengan Cik Muda Arda Mikhayla Binti Luth Irham ni" kata Aryan geram dengan adiknya yang memanggil nama penuhnya dan membalas dendam lalu segera turun ke bawah untuk berjumpa dengan ahli keluarga Eariq Rizqin
Selepas Aryan menghilang sepenuhnya daripada pandangan Arda ,
"Abang Riq cepat sihat tau , ramai rindu Abang Riq terutamanya Along. Arda yakin yang dia masih salahkan diri dia akibat kemalangan ni , tapi dia sembunyikan daripada Arda. Abang Riq cepat bangun tau , kebahagiaan tengah tunggu Abang Riq tu , kita sama-sama usaha ok?" kata Arda sambil memandang wajah Eariq tepat dengan pandangan yang redup
Beberapa minit kemudian , Aryan pun kembali bersama dengan keluarga Eariq dan membuat Arda terkaku tanpa bicara
"Adik? Adik ok tak?" tanya Aryan risau selepas melihat adiknya diam kaku dan begitu juga dengan Aus
"Along ingat lagikan bekas teman lelaki adik yang adik cerita tu?" tanya Arda kembali
"Ahhh budak lelaki tu , ingat tapi Along tak kenal muka dia , kenapa tanya?" balas Aryan pelik dengan pertanyaan adiknya
"Dia tu ialah Aus yang sekarang ni adik tiri kepada Abang Riq , lelaki yang adik benci sangat" balas Arda membuat Aryan terkejut teruk lalu melihat Aus dengan pandangan yang tidak percaya
"Betul ke bekas teman lelaki adik tu Aus? Adik tiri Eariq Rizqin?" tanya Aryan untuk kepastian
"Ya" balas Arda singkat disebabkan ketidak selesaannya apabila berjumpa kembali dengan Aus
"Arda..Saya minta maaf pasal kisah silam kita dulu , saya dah betul-betul berubah" kata Aus sambil memandang sayu ke arah Arda , seorang gadis yang juga merupakan bekas kekasihnya yang sangat dia rindui sehingga kini
"Takde Arda kat sini , dan tolong hormat yang lain" balas Arda tegang
"Arda.." kata Aus tidak sempat menghabiskan ayatnya selepas dicelah Aryan
"Uncle dengan Aunty boleh la tengokkan Eariq dulu , kami berdua keluar tunggu kat luar" celah Aryan lalu segera menarik adiknya Arda untuk segera keluar
"Arda saya betul-betul minta maaf dengan tindakan saya sebelum ni , saya khilaf dan percayalah yang saya masih sayangkan serta rindukan awak" kata Aus dalam hati sambil melihat kelibat Arda dan Aryan yang semakin menghilang daripada pandangannya dengan sayu
![](https://img.wattpad.com/cover/336582326-288-k272188.jpg)
YOU ARE READING
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanfictionYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...