27

61 5 0
                                        

*** Sebulan kemudian ***

Setelah tepatnya sebulan masa berlalu lepas kejadian perbalahan antara Eariq dengan Daddynya , maka tiba la masanya Eariq untuk masuk bekerja seperti yang telah dijanjikan olehnya kepada dua sahabatnya.

** Flashback **

"Kalau aku tolak juga untuk ganti Tuan Harraz untuk ambil alih syarikat utama dia dekat Ampang tu , apa yang korang akan buat?" tanya Eariq sambil memandang Aryan dan Harith bersilih ganti

Harith segera membalas tanpa menunggu sesaat pun "Kalau kau tolak juga , aku akan heret kau sampai dekat bilik kerja kau , kau dah janjikan Riq. Kau ganti Daddy kau pun demi kehidupan kau juga , kau dah lama menganggur tahu"

"Ryan?"

"Kalau kau tolak juga , bagi aku sampai sini je aku nasihatkan kau..aku lepaskan diri aku untuk kau buat keputusan kau sendiri tanpa aku masuk campur. Aku takkan masuk campur walaupun kau merayu sampai teruk macam mana pun. Jangan tolak Riq , ni semua demi kelangsungan hidup kau , kalau kau masih berkeras tak nak terima juga macam mana kau nak teruskan hidup?"

"Ekonomi sekarang makin teruk , barang makin mahal. RM 100 tu boleh beli 2 atau 3 barang je. Kau takkan nak kerja macam dulu balik? Aku rasa kau ingat lagi kan apa yang kau hadap masa kau kerja dekat kedai dulu , kau ingatkan teruk mana diorang buli kau sampai kau resign. Riq aku mohon sangat tolong la fikirkan balik , kau terima la tawaran Daddy kau , bukan untuk siapa pun tapi untuk diri kau juga."

"So sekarang keputusan terletak dekat tangan kau , aku dengan Rith dah cakap apa yang patut."

"Ok aku terima tawaran dia tapi Ryan aku minta tolong sangat kau untuk tolong aku dalam urus syarikat boleh?" Akhirnya Eariq menerima selepas mendengar nasihat Aryan dan Harith

"Boleh , nanti kita boleh gabungkan syarikat kita jadi senang la aku nk bantu sebab bawah naungan yang sama , Rith pun boleh gabung sekali"

"Ok deal!" Jawab Eariq dan Harith serentak menandakan mereka menyetujui pendapat Aryan

Maka keesokan hari bermula lah segala yang dijanjikan.

Seminggu kemudian,

"Akhirnya 3 syarikat kita dan bergabung dibawah naungan syarikat Ryan. Thanks Ryan sebab bantu aku dan terima permintaan kami untuk jadi ketua daripada kami 2" ucap Eariq gembira sambil memeluk Aryan

"Betul tu Ryan , thanks sebab ajak aku gabung sekali walaupun syarikat aku kecil je nak dibandingkan dengan korang berdua" tambah Harith yang juga memeluk Aryan

"Hahaha korang ni , aku tak kesah pun yang penting kita sama-sama berusaha untuk berjaya. Aku faham kenapa korang nak aku yang jadi ketua sebab aku tahu aku yang lebih pengalaman daripada korang so memang wajib aku dilantik ketua"

"Aku nak balik dulu boleh? Nak pergi tengokkan mak aku , risau juga takut jadi apa-apa. Boleh tak Tuan Ketua?"

"Pergi la Rith , balik elok-elok dan tolong kirim salam aku dengan keluarga kau ok. Pasal cuti kau jangan risau , aku approve cuti kau seminggu"

"Betul tu Rith , aku punya nasihat sama je macam Ryan ok"

"Ok! Thanks korang , thanks Ryan sebab bagi aku cuti seminggu" balas Rith lalu segera berlalu pergi

"Ryan"

"Ya"

"Kalau si Aus tu mohon nak gabung syarikat yang dia pegang tu bawah kau nanti kau nak terima tak?"

"Kau nak aku jujur daripada segi profesional ke peribadi?"

"Dua-dua"

"Ok , kalau dari segi profesional mungkin aku akan pertimbangkan dulu syarikat dia pegang tu , tengok sesuai tak untuk gabung dan aku akan ikut pendapat kau , Rith dengan adik aku dulu sebelum aku buat keputusan muktamad"

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang