Selepas setengah jam menunggu kepulangan Abangnya , akhirnya Aus terlelap diatas sofa diruang tamu
Disisi Aryan dan Arda,
"Ya Tuhanku selamatkan lah Eariq Rizqin , jangan ambil dia lagi , dia masih belum bahagia" do'a Aryan sambil diaminkan oleh adiknya , Arda
Lampu bilik kecemasan masih bernyala menandakan bahawa operasi masih dijalankan didalam. Satu jam kemudian , lampu bilik kecemasan pun terpadam dan doktor pun keluar untuk memberitahu hasilnya
"Siapa disini ahli berkait dengan pesakit bernama Eariq Rizqin Bin Harraz Shah?" tanya doktor yang bertugas menyelamatkan Eariq
"Kami doktor. Saya sahabat baik pesakit dan ini adik saya. Macam mana doktor?? Sahabat saya selamat kan? Dia masih hidup kan doktor?" balas Aryan dengan perasaan takut dan risau
"Ok macam ni , pesakit telah berjaya diselamatkan tetapi dia disahkan koma untuk beberapa waktu dan juga mengalami sedikit hilang ingatan disebabkan hentakan yang kuat pada bahagian kepalanya , jadi disini kami harap awak berdua boleh jaga dia dengan baik. Bila-bila masa sahaja dia akan sedar daripada koma tapi bila dia dah dalam keadaan sedar tolong jangan paksa dia untuk mengingat sesuatu perkara takut emosi pesakit terganggu" terang doktor tersebut
"Alhamdulillah , terima kasih doktor. Tapi bila dia dah sedar tu berapa ya tempoh masa sebelum boleh bantu dia pulihkan balik ingatan dia?" tanya Aryan lega
"Pesakit dah boleh cuba untuk pulihkan ingatannya pada minggu hadapan , biarkan dia rehat satu minggu selepas sedar untuk memulihkan balik saraf² otak. Kalau dah tak dak apa-apa , pihak hospital akan segera menghantar pesakit ke wad kawalan kecemasan persendirian" balas doktor
"Ohh boleh-boleh silakan" balas Aryan sambil tersenyum
"Encik tolong buat pendaftaran pesakit dulu ya dan ambil kad kebenaran pelawat masuk wad kawalan kecemasan persendirian" terang doktor
"Baik doktor , terima kasih sangat-sangat saya ucapkan" kata Aryan
"Sama-sama , saya masuk dalam dahulu ya disebabkan tiada apa-apa lagi" kata doktor
"Ya silakan doktor" balas Aryan
Selepas doktor kembali masuk ke dalam ruangan bilik kecemasan
"Alhamdulillah Along , Abang Riq dah selamat" kata Arda gembira kerana Eariq telah berjaya diselamatkan
"Alhamdulillah juga , Along bersyukur sangat dia berjaya diselamatkan , dia kuat , Along janji akan jaga dan lindungi dia dengan lebih ketat lagi" balas Aryan lalu memeluk erat adiknya untuk menyalurkan rasa syukur dan bahagia kepada adiknya , Arda
Beberapa minit kemudian,
"Dah jom teman Along pergi daftar Eariq sekali dengan ambil kad kebenaran pelawat masuk wad kawalan kecemasan persendirian" ajak Aryan selepas meleraikan pelukkannya lalu menggenggam jari jemari adiknya supaya mengikut dirinya ke kaunter pendaftaran pesakit
"Jom" balas Arda mengikuti langkah Alongnya ke kaunter pendaftaran pesakit
"Ya Tuhanku terima kasih kerana sudi mendengar dan memenuhi permintaan do'a kami yang meminta bantuan-mu tanpa henti dalam menyelamatkan Abang Riq daripada keadaan kritikal" ucap terima kasih Arda kepada Tuhan
Setelah selesai segala proses pendaftaran , Aryan dan Arda pun bergegas ke wad kawalan kecemasan persendirian untuk melawat Eariq sebelum bergegas keluar sebentar untuk pulang membersihkan diri dan juga pergi ke kedai telefon untuk membaiki telefon Eariq yang telah rosak teruk akibat kemalangan itu.
Selepas siap dibaiki , Aryan dan Arda terus mengberitahu keluarga Eariq tentang keadaannya dan terus kembali ke hospital untuk menjaga Eariq.

YOU ARE READING
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanfictionYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...