7

111 7 0
                                    

30 minit sebelum pukul 8,

"Woii Eariq! Haishh dia ni , wahai Tuan Muda Eariq Rizqin!!! Bangun la hanat!! Dah nk dekat pukul 8 ni! Kang terlewat baru tahu! Kau mandi dengan bersiap pun tak lagi! Bangun cepat!" jerit Aryan kerana Eariq masih sedap melayan tidurnya

"Allah , dah macam bapa-bapa dah cara aku kejut si Eariq ni , macam Papa dah bila kejut kitorang , memang bapa borek anak rintik betul aku ni , ni kalau adik dengar ni mati aku kena bahan tak henti-henti" tambah Aryan lalu ketawa sendiri lepas sedar kerana cara kejut nya seiras macam seorang bapa seperti Papanya

5 minit kemudian Eariq pun bangun daripada tidurnya akibat terkejut dengan ketawa Aryan dan bukannya kerana dikejutkan oleh Aryan

"Kau punya gelak tu memang tak boleh nak perlahan dah ke? Aku nak lena pun tak senang!" marah Eariq yang masih tidak sedar waktu yang hampir pukul 8

"Kepala otak kau!! Bangun la setan! Dah nak dekat pukul 8 dah ni! Kau kata nk gerak balik pukul 8 tapi sebelum tu kau nak mandi dengan bersiap dulu sebab balik tu terus nak gerak pergi tempat dinner" bebel Aryan geram

"Ohhh dah nak dekat pukul 8 , EHHHH APA KAU CAKAP TADI?! DAH NAK DEKAT PUKUL 8??!! ASTAGA AKU TAK MANDI DAN BERSIAP APA LAGI NI!!" balas Eariq kelam kabut

"ASAL KAU TAK KEJUT AKU SETAN!! KAN DAH TAK SEMPAT NI!!" tambahnya lagi

"EHHHH LAHANAT NI!! AKU DAH KEJUT KAU BERKALI-KALI KOT! 30 MINIT SEBELUM PUKUL 8 TU AKU DAH KEJUT KAU TAPI KAU YANG TAK BANGUN-BANGUN SEBAB KAU TIDUR MATI" marah Aryan disebabkan tuduhan yang dilemparkan oleh Eariq

"DAH LA BANGUN PERGI MANDI DENGAN BERSIAP CEPAT! AMBIL JE BAJU MANA PUN KAU NAK PAKAI DALAM ALMARI TU" tambahnya lagi

"YEKE KAU DAH KEJUT? AHHH SORRY LA AKU PENAT SANGAT TADI TU YANG TAK SEDAR KAU KEJUT TU" balas Eariq

"Betul ni aku boleh ambil baju kau yang mana pun?" tanya Eariq untuk kepastian

"Ye hanat , pergi cepat" balas Aryan

"Ye-ye" balas Eariq lalu segera berlari naik ke bilik Aryan untuk membersihkan diri dan bersiap

Tiba-tiba ,

"ADUHHH ALONG NI , KELAM KA- , AAAAAA" jerit seseorang

"EHHH SORRY-SORRY , saya tak perasan , maaf-maaf" balas Eariq gelabah kerana ternampak rambut adik Aryan iaitu Arda , seorang gadis yang sangat menjaga auratnya

"WOIII ADIK! KAU OK TAK? OHHH FAHAM!" celah Aryan yang baru sampai ditingkat dimana bilik Aryan dan Arda ditempatkan

"ALONGGGG TOLONG LA ADIK! RAMBUT ADIK TERNAMPAK!!" rayu Arda

"Ye-ye kejap" balas Aryan lalu segera melepaskan kain tuala yang berada di bahunya lalu dengan segera meletakkannya diatas kepala Arda

"Sorry awak , saya minta maaf sebab naik tanpa tengok keadaan dulu , saya ingat awak dah tidur tu yang saya naik terus , maaf sebab saya tertengok aurat rambut awak tu tadi" kata Eariq meminta maaf dengan bersungguh-sungguh kerana rasa bersalah selepas terlihat rambut Arda

"Errr tak pe , saya pun nak minta maaf juga sebab keluar macamtu je tanpa pakai pelitup kepala dulu sebab saya ingat awak dah balik" balas Arda yang juga meminta maaf atas kejadian tadi

"Dah-dah , sekarang sama-sama salahkan dan dah minta maaf kan , jadi untuk adik , nanti nak keluar tak kira la bila pun tolong pakai pelitup kepala sebab kita takkan tahu sapa yang akan datang rumah dan untuk Eariq , maaf atas kejadian tadi dan nanti bila kau nak naik tu kau tolong tengok dulu sekeliling ok? Sebabnya adik aku ni dia akan keluar ikut suka dia je jadi susah sikit" celah Aryan sambil memberi nasihat kepada Eariq dan Arda

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now