"Siapa disini bernama Aryan? Pesakit ingin berjumpa , dan mohon kepada semua untuk yang berada disini bantu untuk berdoa kepada pesakit yang sekarang dalam keadaan sangat kritikal" celah doktor yang menyebabkan Aryan dan Arda terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh doktor. Lemah hati Aryan selepas mendengar bahawa sahabatnya semakin teruk.
"Sa.. Saya.. Aryan , doktor" kata Aryan gagap sambil menggenggam kuat tapak tangannya sehingga luka yang sudah dirawat kembali berdarah
"Baik silakan masuk kedalam , pesakit sedang menunggu didalam" balas doktor dan dengan segera menyuruh Aryan masuk ke tempat Eariq. Aryan pun dengan segera bergegas masuk untuk bertemu Eariq tanpa memikirkan luka di tangannya.
Disisi Aryan dan Eariq,
"Riq..." kata Aryan tersangkut sambil menahan air mata selepas melihat keadaan sahabat baiknya yang terlalu lemah
"Si..sini la , kena-pa jauh tu? Aku tak la-rat nak ca-kap kuat jadi da-tang la dekat sikit sup-aya kau boleh dengar je-las" pujuk Eariq dan berusaha untuk bercakap meskipun terlalu lemah dan sakit
"Kenapa Riq? Kenapa? Kenapa kau degil? Kenapa kau jadi sampai macam ni?" tanya Aryan sambil air matanya sudah bertakung di mata
"Ni tak-dir aku Ryan , kau sen-diri cakap semua ya-ng berlaku adalah takdir hi-dup kita kan?" balas Eariq sambil tersenyum lemah
"Kau cede-rakan diri ke ta-di? Kau dah ra-sa firasat bu-ruk ke tadi? Kenapa tak ra-wat luka k-au?" tambah Eariq
"Tapi kita boleh elakkan tadi Riq? Kalau la aku paksa kau untuk hantar kau juga mesti semua ni tak jadi. Kau tak payah risaukan luka aku , luka aku biasa je , fikirkan luka kau dulu dan ya luka ni semua sebab firasat buruk yang ganggu fikiran aku tadi" balas Aryan
"Aku cuba untuk buang firasat ni dan yakinkan yang kau tak dak apa-apa tapi apakan daya , firasat tu betul , kau kemalangan teruk sampai macam ni" tambah Aryan
"R-yan sudah , semua dah ja-di , kita kena ter-ima. Sapa lagi ya-ng datang? Family a-ku datang ke?" tanya Eariq
"Baik , aku dengan Arda je yang datang. Aku tak tahu nak bagitahu family kau macam mana sebab aku tak de nombor diorang dan telefon kau pon dah habis bateri lepastu dah rosak" balas Aryan
"Aku fa-ham" balas Eariq
"R-yan , kau kena jan-ji dengan aku yang kau akan bah-agia dan jadi contoh ya-ng baik tak kira untuk siapa pun , jan-gan terlalu sedih aki-bat kehilangan aku. Kau kena ku-at lepas a-ku dah tak dak" amanah Eariq kepada Aryan sambil memandang tepat ke mata Aryan
"Ryan , kau den-gan keluarga kau memang ter-baik. Terima kasih sebab sang-gup bagi kasih sa-yang sebuah keluarga dekat aku walaupun a-ku orang luar yang bukan da-rah daging korang" tambah Eariq
"Kau kena kuat Riq! Jangan cakap macamtu , aku tak kan maafkan diri kalau kau tinggalkan aku sebelum kau betul-betul dapat kebahagiaan kau" balas Aryan tegas
"Ryan , jan-gan salahkan di-ri kau , kau tak salah dan mung-kin ni la penghujung hidup aku , a-ku seronok dapat jadi sahabat kau , terima ka-sih sangat-sangat sebab su-di jadi sahabat aku sejak kita ke-cil lagi , terima kasih selalu ada un-tuk aku" pujuk Eariq sambil tersenyum lemah
YOU ARE READING
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanficYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...