You won't always be lucky if you bother people who are remains quiet
- Alpha
Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️
Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
* Harith Fayyad. Seorang siswa lulusan Seni Bina kata lain ialah Seni Ukur yang juga merupakan sahabat baik kepada Eariq Rizqin dan Aryan Mikhayl. Persahabatan yang bermula daripada waktu mereka masih hinggusan telah berkekalan sehingga sekarang dengan nama geng iaitu 3R meskipun Harith berbeza Universiti. Harith atau lebih dikenali sebagai Rith adalah seorang yang cepat gelabah dan penghibur semua orang untuk menutup kesedihan dan kekecewaan yang berlaku pada keluarganya dengan senyuman dan lawak randomnya. Momnya yang menghidap kanser paru-paru telah membataskan lagi dia masanya dengan Eariq dan Aryan kerana sibuk belajar dan menjaga Momnya. Kegelabahan dan kerandoman Harith menyebabkan Eariq kalah dengannya jika dalam situasi bergaduh cara mereka dan selalu menguji kesabaran Aryan. Aryan yang paling tenang dan matang akan selalu stress akibat tingkah random yang dilakukan Harith dan Eariq.
***Apartment 3R***
"RYANNNNNN!!"
Disebabkan terlalu kalut dengan perkara tadi , Harith terus lari masuk ke dalam rumah tanpa membuang stokinnya dan "ALLAHUAKBAR!! ADUHH AKH LUPA LINCIN PULA!". Dirinya telah pun jatuh tersungkur dengan mukanya yang mendarat tepat ke lantai dan menyebabkan hidungnya berdarah. Dengan segera dia merasa menyesal akibat tidak membuang stokin dahulu akibat terlalu kalut.
"RYAN!!! HUAAAAAA SAKIT!! , HIDUNG AKU BERDARAH!!" Harith menangis seperti anak kecil sambil memanggil Aryan , yang dianggapnya seperti abang sulung , sama dengan Eariq yang mengganggap Aryan adalah segalanya dalam geng mereka , bak kata Eariq dan Harith 'ARYAN THE ALL ROUNDER TO SHOW HIS LOVEALWAYS'
"Allah!! kau ni , dah tahu lantai licin nak juga nak lari sambil pakai stokin , nasib hidung je berdarah , kalau ada patah-patah macam mana?Kalau rumah kita runtuh macam mana? Dah la kita ni duduk tingkat 8 ni". Dengan segera Aryan membantu Harith bangun untuk duduk di atas sofa sambil membebel dan dengan segera menghentikan pendarahan hidung Harith.
"MUHAMMAD HARITH FAYYAD BIN DARIS MUZAFFAR! KAU-"
"Ryan , aku takde Muhammad la , macam korang juga" kata Harith dengan selamba
"Allah silap pulak aku , ok kita ulang sekali lagi"
"HARITH FAYYAD BIN DARIS MUZAFFAR!! KAU NI DUDUK ELOK-ELOK SIKIT BOLEH TAK? JANGAN MENGADA SANGAT! KAU TU JANTAN FAHAM?". Geram Aryan selepas Harith yang duduk tidak diam semasa dirinya sedang membantu merawat Harith.
"Ok Abe Ryan hehehe" , bukk! Kepala Harith diketuk Aryan disebabkan terlalu geram
**
"Ryan , kenapa Riq cepat sangat tinggalkan kita? Dia tak sayang kita ke?"
"Mana la aku tahu , kau pun jenguk lama pun dia sekali je lepastu yang lain semua sekejap je , harap aku dengan adik aku je yang jaga dia daripada sampai akhir" balas Aryan dalam mood lakonan selepas berpakat dengan Eariq
"Aku sibuk tu yang datang jenguk sekejap je , aku rindu Riq la Ryan"
"Yela , aku pun rindu tapikan dalam call tadi kau ada cakap yang kau tak sempat nak minta maaf dekat Riq pasal burger MCD dia , bila masanya kau curi burger dia? Asal aku tak tahu pun?"
"Hehehe aku curi masa hari Riq pergi Petaling Jaya tu , aku tengok ada burger dan masa tu aku ingat kau punya tapi kau lupa makan , tinggal lama dalam peti ais , nak dikatakan tepat pula masa tu aku lapar , memang aku ambil jela."
"Dah makan habis baru teringat tu burger Riq si Naga Jadian tu , kecut terus perut aku , nak keluarkan balik memang tak boleh dah , nak pergi beli tak sempat sebab aku kejar masa nak pergi jaga Mom so aku diamkan jela"
"Astaghfirullahhalazim , asal kau tak bagitahu aku je , kan aku boleh tolong kau , masa tu pun aku pergi beli makanan kan"
"Aku gelabah kot masa tu , dengan tak tahu nak buat apa dulu , tapikan aku nak tanya kau ni , kau tak rasa ke ada benda yang kurang dalam rumah ni?" tanya Harith risau
"Benda yang kurang? Aku memang daripada hari tu lagi dah rasa ada benda yang kurang lepas balik daripada rumah keluarga aku tapi tak tahu la apa dia , kenapa kau tanya?"
"Aku cakap ni kau janji tak marah ehh"
"Ye"
"Betul?"
"Betul la hanat"
Jawab Harith sambil gigil takut "Ak- Aku terpecahkan akuarium Mel (Ikan Aryan) kau , Mel kau aku letak dalam bekas lain"
"HARITH FAYYAD BIN DARIS MUZAFFAR!! KAU NI KAN! SEKALI TAK BUAT HAL MESTI TAK BOLEH KAN?!"
"HUAAAAA SORRY!! Kau dah janji kau takkan marah. Jangan la marah , aku takut nanti kau mati sebab terlalu marah , aku tak nak kau pun tinggalkan aku , aku janji aku akan beli akuarium baru untuk Mel kau"
"Woii siapa ajar kau cakap macam tu dan kalau aku mati sebab terlalu marah pun semua sebab kau , kau yang buat aku marah"
"Dah gi masuk bilik kau , nak marah pun tak guna dah sebabnya semua dah jadi. Nak tak nak kena redho je la tapi pastikan beli akuarium baru"
Harith pun segera berenjak daripada sofa dan memulakan langkah menuju ke biliknya selepas meminta maaf kepada Aryan "Baik dan sorry tau Ryan"
"ARGHHH HHHHH HANTU!!! RYANNN TOLONG ADA HANTU!!"
"WOI YAD! APA MASALAH KAU NI? TERJERIT-JERIT"
Harith yang terjatuh didepan bilik Eariq akibat terkejut dengan segera memeluk kaki Aryan kerana terlalu takut dan menunjuk ke dalam bilik Eariq menggunakan jarinya "ADA HANTU DALAM BILIK RIQ!! MUKA DIA MACAM RIQ!!"
*Harith punya terkejut dan takut tu sampai menangis pelukan kaki Aryan guys , nasib tak terkencing member😂(^○^)