Setelah selesai segala hal yang perlu dilakukan , mereka menjamu selera untuk mengisi perut dan Aryan juga tidak lupa untuk menelefon ahli keluarga Eariq untuk memberitahu tentangnya.
* Nama ahli keluarga Eariq dan juga kedua-dua beradik anak kepada Tuan Luth Irham yang disimpan Eariq
- Daddy ( Tuan Harraz Shah ) : Orang tua
- Mama ( Puan Safia Adilla ) : Perampas
- Aus ( Aus Farhan Bin Afiq Muzaffar ) : Anak perampas
- Ryan ( Aryan Mikhayl Bin Luth Irham ) : Ryan Hanat
- Arda@Khyla ( Arda Mikhayla Binti Luth Irham ) : adik Ryan Hanat
- Rith ( Harith Fayyad Bin Ahmad Fahmi ) : Rith gelabahDalam panggilan ( Ryan x Aus )
"Assalamualaikum , saya nak bertanya , betulkah awak adik tiri kepada Eariq?" tanya Aryan dalam panggilan
"Waalaikumussalam , ya saya adik tiri kepada Eariq. Kenapa ya? Ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Aus daripada sana
"Saya Aryan sahabat baik kepada Eariq , nak beritahu tentang keadaan Eariq , adakah saya mengganggu Aus?"
"Ohhh Abang Ryan , saya tahu. Jangan risau , saya tak sibuk dan tak mengganggu pun , kenapa dengan abang tiri saya ya? Daripada semalam kami tunggu dia balik untuk pergi makan malam tapi sampai sekarang tak balik lagi"
"Maaf kalau berita yang bakal saya sampaikan ni menyedihkan. Sebenarnya abang tiri awak , Eariq Rizqin terlibat dalam kemalangan yang teruk semalam dan kami tidak boleh nak beritahu kepada keluarga dengan kadar segera sebabnya telefon Eariq rosak , tadi baru elok balik telefon dia selepas dibaiki. Saya dah cuba telefon Daddy korang tapi tak angkat tu yang saya terpaksa telefon Aus"
"A-bang saya terlibat kemalangan teruk semalam?!! Sekarang dia macam mana dan dia dekat mana sekarang?!!"
"Ye betul , keadaan dia sekarang masih stabil dan terkawal walaupun sedang koma dan dia sekarang ditempatkan dia wad kawalan kecemasan persendirian di Hospital Petaling Jaya. Saya harap Aus dan keluarga boleh datang melawat dia disini , untuk kad kebenaran boleh telefon saya dulu dekat nombor ni"
"Ba-ik , kami akan datang dengan segera , tolong tengokkan Abang saya dulu ya sementara tunggu kami."
"Baik , saya letak dulu ya , Assalamualaikum"
"Baik , Waalaikumussalam"
Selepas bercakap dengan Aryan dalam telefon , Aus dengan segera menelefon Daddy dan Mamanya untuk memberitahu keadaan Eariq lalu dengan segera mereka bertolak pergi ke Hospital Petaling Jaya yang dimana Eariq ditempatkan.
Disisi Aryan,
Setelah selesai menelefon dan memberitahu keluarga Eariq tentang keadaan Eariq , Aryan dengan segera memandang adiknya dengan penuh kesyukuran.
"Alhamdulillah dah selesai bagitahu diorang" kata Aryan dengan penuh kesyukuran dan kelegaan
"Alhamdulillah" balas Arda sambil tersenyum
"Dah makan kenyang kan , jadi jom kita gerak ke wad Eariq" ajak Aryan sambil menghulurkan tangan untuk dipegang oleh adiknya itu. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk berpegangan tangan kerana daripada kecil lagi mereka sudah begitu.
"Dah , dan jom la kita pergi sekarang , kesian Abang Eariq ditinggalkan seorang diri" balas Arda lalu mencapai tangan yang dihulurkan oleh Alongnya dan menggenggam erat. Mereka keluar beriringan daripada kantin menuju ke wad yang Eariq ditempatkan. Arda yang selalu menggenggam tangan Alongnya , tak kira dimana mereka berada dan ke mana mereka pergi sudah menjadi kebiasaan bagi seorang adik yang manja dengan abangnya seperti Arda.
Sebaik sahaja sampai di wad Eariq , mereka dengan segera masuk ke dalam untuk melihat keadaan Eariq , Arda juga segera membersihkan sekitar badan dan wajah Eariq dengan menggunakan kain basah seperti yang diminta oleh Alongnya , Aryan Mikhayl

ANDA SEDANG MEMBACA
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanfictionYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...