14

68 6 0
                                        

Selepas Aryan dan Arda selesai bersiap , mereka pun segera bergegas ke hospital seperti yang diberitahu oleh orang yang menelefon Aryan tadi dengan menggunakan telefon Eariq , Aryan tidak mahu memberitahu keluarga Eariq lagi kerana dia takut mereka gelabah , baginya biar dia yang pastikan dulu keadaan Eariq baru boleh memberitahu keluarga Eariq supaya Mama Eariq tidak terlalu risau

Sesampainya di hospital,

Aryan dan arda pun segera bergegas menuju ke bilik kecemasan untuk melihat keadaan Eariq. Sesampai di sana , mereka melihat ramai yang sedang menunggu , Arda terus menunggu Eariq di kumpulan perempuan untuk mengetahui keadaan kemalangan manakala Aryan pula terus pergi kearah kumpulan lelaki untuk bertanya kan kejadian tadi

Satu jam kemudian,

Doktor yang menangani Eariq pun segera keluar,

"Macam keadaan Eariq doktor? Dia ok kan?" tanya Aryan bertalu-talu disebabkan terlalu risau

"Sabar along , biar doktor cakap dulu ok? Pelan-pelan ok" pujuk Arda sambil mengurut belakang Aryan supaya lebih tenang

"So doktor macam mana keadaan pesakit?" tanya Arda tenang

"Pesakit sekarang dalam keadaan yang sangat teruk dan hanya 40% sahaja anggaran diselamatkan disebabkan hentakkan yang terlalu kuat seluruh badan. Pesakit juga mengalami kehilangan darah yang banyak dan kami disini kehabisan bekalan darah daripada golongan A , dan kami berharap kepada sesiapa yang darahnya daripada golongan A tolong beri kerjasama untuk menyelamatkan pesakit dengan secepat mungkin" terang doktor

"Jadi disebabkan ini pihak hospital memerlukan darah daripada golongan A yang banyak dan dalam kadar segera untuk dimasukkan ke dalam badan pesakit , kami mencari siapa ahli keluarga pesakit disini?" tambah doktor sambil mencari ahli keluarga Eariq

"Keluarg dia masih dirumah doktor , sekejap doktor kami akan cuba cari darah daripada golongan A dengan secepat mungkin" balas Aryan lalu segera memandang Arda disebelahnya untuk bertanya

"Adik , darah Along A ke AB masa kita buat ujian darah hari tu?" tanya Aryan untuk kepastian

"Darah Along masa kita buat ujian haritu AB sama dengan darah Mama" balas Arda

"Arghhh kenapa AB?! Along dah buntu adik" kata Aryan

"Apa kata Along telefon keluarga Abang Eariq je? Telefon Abang Eariq pun dah ada kat Along kan?" pujuk Arda sambil mengusap belakang Aryan supaya lebih tenang

"Tak boleh Dik , telefon dia dah tak de bateri , Along pun tak simpan nombor telefon family Eariq selain Eariq" balas Aryan buntu untuk memikirkan jalan penyelesaian

"Biar adik yang dermakan darah , Along ingatkan yang darah adik sama dengan Papa dan darah Along sama dengan Mama , darah adik dengan Papa A , insha Allah boleh" kata Arda

"Jangan adik , kita cuba cari penyelesaian lain ok? Insha Allah akan ada jalan penyelesaian dia" pujuk Aryan kerana tidak mahu menyusahkan adiknya , Arda

"Tolong la Along , Abang Eariq dah teruk dalam tu dan dia perlukan darah daripada golongan A dengan kadar segera. Bagi adik tak salah pun kalau adik nak derma darah kepada dia sebabnya dia sahabat baik Along dan semestinya Along tak nak kehilangan dia kan , jangan biar dia tunggu lama Along , dia tengah tunggu tu. Derma sedikit darah takkan mudaratkan apa-apa terhadap adik , percayalah" pujuk Arda

"Adik~" panggil Aryan sayu

"Ye Along kenapa? Bolehkan?" balas Arda

"Terima kasih sebab sudi nak tolong selamatkan Eariq dan juga sudi tolong Along selesaikan hal ni" kata Aryan

"Takpe ki-" balas Arda tergantung selepas doktor yang merawat Eariq mencelah

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang