48 ♡Sensor 16♡

68 6 0
                                        

Flashback

"Ehh Dyan , asal kau tiba-tiba rajin nak masuk Technologielabor (Technology lab) ni? Kalau sebelum ni liat nak mampus , asyik nak berkurung dalam Computerlabor (Computer lab) atau Trainingsraum (Training room) je" tanya Isqandar yang baru sahaja masuk lalu langkahnya dibawa mendekati sahabatnya , Tengku Adyan Mateen sambil diikuti Hayyan dibelakangnya.

"Sensor 16"

"Sensor 16? Jup! Kau jangan cakap kau tengah sambung buat projek sensor yang tergendala 2 bulan lepas!"

"Ja" balas Adyan singkat sambil tangannya ligat cuba menyiapkan ' Sensor 16 '

"Du machst keine Witze, oder? (You're not kidding, are you?)"

"Nein (No)"

"Aber wir mussten vor zwei Monaten aufhören, weil wir keinen Weg fanden, das zu tun (But we had to stop two months ago because we couldn't find a way to do it)"

"Ich weiß (I know)"

"Warum wollten Sie es dann noch einmal fortsetzen? (Then why did you want to continue it again?)"

"Ich weiß es nicht, aber mein Herz drängt mich, mir zu sagen, dass ich diesen Sensor vorbereiten soll (I don't know, but my heart moves me to tell me to prepare this sensor)"

"Lassen Sie uns also die Produktion dieses Sensors fortsetzen (So let's continue the production of this sensor)" balas Isqandar lalu mereka segera berusaha menyiapkan sensor itu.

Kegagalan sebanyak 3 kali tak bermaksud mereka akan berhenti menghasilkannya kerana bagi mereka kegagalan berkali-kali bukanlah suatu penghalang untuk mereka berputus asa akan perkara yang mereka ingin jayakan. Mereka terus berusaha demi menjayakan sensor tersebut meskipun perlu mengorbankan tidur mereka berhari-hari. Tepat sebulan masa berlalu , akhirnya sensor yang diberi nama ' Sensor 16 ' telah berjaya dihasilkan atas usaha tanpa putus asa mereka selama ini.

' Sensor 16 ' merupakan sensor yang ke-16 dihasilkan oleh Trio SJN iaitu Tengku Adyan Mateen , Noah Isqandar dan Nur Ilhan Hayyan. Kesemua sensor yang dihasilkan oleh mereka adalah ketika berada di Jerman. Berbanding dengan sensor daripada A Series dan sensor daripada R Series , sensor ini hanya sesuai untuk kegunaan peralatan besar seperti kereta dan motorsikal yang bersaiz besar. Setiap sensor mempunyai kelebihan mereka masing-masing. Contoh kelebihan yang terdapat pada ' Sensor 16 ' ini adalah ia mampu menghantar pesanan amaran tanpa henti selagi tidak diterima

******

Disebabkan kelebihan yang terdapat pada ' Sensor 16 ' maka mereka bertiga bersetuju untuk memasang ' Sensor 16 ' dihasilkan ini dikereta Audi A3 yang dihadiahkan oleh Tengku Adyan Mateen kepada Tengku Arda Mikhayla sebagai hadiah perkahwinan. Tanpa disangka mereka akhirnya menggunakan khidmat ' Sensor 16 ' setelah lama ia dipasang , yang pada awalnya hanya untuk mencuba keberhasilannya dan pengawasan kecil ke atas Tengku Arda Mikhayla.

"Kau nak beli kereta apa lagi ni Dyan? Kereta kau kan dah banyak sampai tak terguna pun" rungut Isqandar

"Bila masa pula aku tak guna?"

"Yela kau asyik naik Audi A5 hitam kau je selalu. Tengok la sekarang pun sama" celah Hayyan lalu mengarahkan jari telunjuknya ke arah kereta Audi A5 hitam milik Tengku Adyan Mateen yang terparkir diluar showroom kereta jenama Audi. Tengku Adyan Mateen hanya tergelak kecil mendengar keluhan 2 sahabatnya , Noah Isqandar dan Nur Ilhan Hayyan

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang