"Sedia?" tanya Tengku Luth Ilham kepada anak saudaranya , Aryan , anak sahabatnya , Eariq dan pengantin lalu dibalas dengan anggukan daripada mereka berempat yang menandakan bahawa mereka telah bersedia.
"Saudara Tengku Aryan Mikhayl Bin Tengku Luth Irham?"
"Ya saya"
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Irisya Belinda Binti Ghaz Bazli dengan mas kahwin sebanyak 30 ribu ringgit tunai"
"Aku terima nikahnya Irisya Belinda Binti Ghaz Bazli dengan mas kahwin sebanyak 30 ribu ringgit tunai" balas Aryan lancar dan tenang
"Sah?"
"Sah!" jawab saksi setelah selesai bahagian Aryan lalu diteruskan bahagian Eariq pula
"Saudara Eariq Rizqin Bin Harraz Shah?"
"Ya saya"
"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Tengku Arda Mikhayla Binti Tengku Luth Irham dengan mas kahwin sebanyak 30 ribu ringgit tunai"
"Aku terima nikahnya Tengku Arda Mikhayla Binti Tengku Luth Irham dengan mas kahwin sebanyak 30 ribu ringgit tunai" balas Eariq yang juga lancar dan tenang
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah , mari kita baca doa" lalu mereka semua segera mengangkat tangan untuk mengaminkan doa yang dipimpin oleh Tengku Luth Irham
"Amin"
"Baiklah pengantin lelaki boleh mulakan pembatalan air sembahyang" beritahu Mami Irisya lalu kedua mereka segera bergerak ke arah pasangan masing-masing
"Woii Hay , dah sold out dho diorang dua tu" kata Harith perlahan tetapi masih boleh didengar oleh Hayyan termasuk juga Adyan dan Isqandar yang berdiri rapat dibelakang mereka
"Iye dho , tinggal kita 4 je lagi ni yang tak laku lagi"
"Kita dua jela bodoh yang tak laku , dua belakang tu ramai nak cuma diorang memilih tu yang sampai sekarang still si- aduhh" Harith mengaduh sakit dengan suara perlahan selepas Isqandar mencelah dengan mengetuk kepala Harith kerana geram dengan dua budak mulut celupar dihadapannya itu
"Kau apa hal Qan?"
"Kau yang apa halnya , diam boleh tak? Majlis orang kot ni"
"Ishh yela"
"Hahaha dah rileks bro , biasa la diorang tu takkan la kau tak kenal lagi"
"Terlebih kenal sampai malas nak kenal dah" balas Isqandar meluat lalu mereka berdua ketawa kecil
"Assalamualaikum Meine Liebe (my love)" ucap Eariq sambil tersenyum manis dan dibalas "Waalaikumsalam Abang" oleh Mikhayla lalu dengan segera Eariq menyarungkan cincin ke jari manis dan juga memakaikan gelang di pergelangan tangan isterinya , Tengku Arda Mikhayla
Sama juga dengan Aryan dan Irisya , "Assalamualaikum Schätzchen (sweetie)" dan dibalas "Waalaikumsalam Hubby" lalu Aryan pun menyarungkan cincin ke jari manis dan juga memakaikan gelang di pergelangan tangan isterinya , Irisya Belinda
Setelah selesai menyarungkan cincin dan memakaikan gelang , pengantin perempuan segera mencium belakang tapak tangan suami mereka dan sama bagi pihak lelaki dimana mereka juga melabuhkan ciuman dan juga membaca doa di kepala isteri mereka
"Senyum sikit! Ok nice" kata Harith kepada Aryan dan Irisya
"Ok , woiii cium la dahi bini kau tu hanat" kata Hay kepada Eariq dan Mikhayla
Kekiri kekanan mereka akibat sibuk menjadi jurugambar berjaya hari ini. Adyan dengan Isqandar dan lari jauh sebab malu
Memang ada-ada je kerenah diorang ni HAHAHAHA

YOU ARE READING
Badboy-Liebe [Diterbitkan]
FanficYou won't always be lucky if you bother people who are remains quiet - Alpha Sedikit pemberitahuan daripada Hazel⚠️ Novel DV's SECRET: ALPHA telahpun diterbitkan. Jika sesiapa yang ingin membelinya boleh pergi ke ig admin-admin Hazel dekat bio ig Ha...