16

59 5 0
                                    

"Maaf-kan aku kalau aku ter-paksa mungkir janji antara ki-ta dua , jaga tempat le-pak kita elok-elok , ka-lau nanti kau ada orang ba-ru , tolong jangan bagi dia rosakkan a-tau buang barang-barang ya-ng dah ada dekat situ , aku tak su-ka" kata Eariq

Selepas itu , Eariq pun terus menutup matanya sambil tersenyum

"EARIQ RIZQIN BIN HARRAZ SHAH! AKU TAK KAN PERNAH MAAFKAN KAU KALAU KAU PERGI!! KAU KENA BERTAHAN!! AKU JANJI AKAN SELAMATKAN KAU DAN PULIHKAN KAU!" kata Aryan marah tambah sedih sambil cuba kejut Eariq

"DOKTOR!!!" panggil Aryan lalu doktor pun bergegas masuk untuk proses menyelamatkan Eariq

"Maaf Encik boleh tolong keluar tak? Kami perlu selamatkan pesakit dengan kadar segera , kami akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan sahabat Encik" kata salah seorang jururawat yang berada disitu

"Baik , tolong selamatkan dia ya , saya mohon" rayu Aryan lalu segera keluar daripada situ dalam keadaan lemah

Disisi yang sama ,

"Err kak , saya nak derma darah saya untuk pesakit boleh? Darah saya daripada golongan sama seperti pesakit " kata Arda kepada seorang jururawat yang bertugas dalam menyelamatkan Eariq sebentar tadi

"Baik boleh , mari kita ke bilik untuk proses ambil darah" balas jururawat tersebut lalu segera ke bilik darah sambil diikuti oleh Arda

Selepas selesai proses pengambilan darah ,

"Alhamdulillah selesai juga masalah darah dan terima kasih Cik sebab sanggup bantu kami, semoga Cik dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh-Nya" kata jururawat yang mengambil darah Arda untuk dimasukkan kedalam badan Eariq

"Alhamdulillah terima kasih , semoga akak pun dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh-Nya , mungkin ini adalah takdir saya untuk menyelamatkan sahabat baik abang saya" balas Arda sambil tersenyum manis

Lalu mereka pun bergegas kembali ke bilik kecemasan , jururawat tadi segera menyerahkan darah tersebut kepada doktor manakala Arda kembali duduk menunggu alongnya keluar daripada bilik tersebut. Dan beberapa minit kemudian , Alongnya Aryan pun keluar daripada bilik tersebut dengan keadaan lemah sambil doktor dan para jururawat sibuk masuk ke dalam

"Macam mana Along? Abang Eariq teruk sangat ke?" tanya Arda risau

"Teruk sangat-sangat , dia cakap dia nak pergi dulu , dia dah mengalah dan dia dah penat" balas Aryan

"Sabar Along , insha Allah Abang Eariq akan selamat" pujuk Arda sambil mengurut belakang Aryan

"Dia tak cukup darah Dik" balas Aryan sedih

"Adik dah dermakan darah tadi masa Along masuk dalam , jururawat dah bagi dah pun kat doktor darah tu" kata Arda

"Dik , terima kasih sebab sanggup bantu untuk selamatkan Eariq , Along dengan Eariq terhutang budi sangat-sangat kat adik" balas Aryan tersenyum lega lalu segera memeluk tubuh mungil adiknya itu

"Sama-sama Along , adik tak kesah , selagi adik boleh bantu adik janji akan bantu" balas Arda sambil tersenyum manis dan membalas pelukkan Alongnya

Selepas itu , mereka pun setia menunggu Eariq yang sedang diselamatkan didalam sana sambil tidak putus-putus mendoakan Eariq berjaya diselamatkan dan kembali kepada sediakala.

Disisi keluarga Eariq ,

"Lambat lagi ke bang? Saya risau sangat-sangat ni" tanya Mama

"Takpe kita pergi rehat dekat atas dulu ya , mungkin Eariq tak jadi atau ada masalah apa-apa" pujuk Daddy

"Kalau tak jadi kenapa dia tak bagitahu?" tanya Mama

"Ma , Mama ingat lagi kan perangai abang macam mana? Tak pe Mama dengan Daddy pergi la naik rehat dulu biar Aus tunggu Abang balik" pujuk Aus lalu Daddy dan Mama pun segera naik ke atas.

Badboy-Liebe [Diterbitkan]Where stories live. Discover now